Kristian agama penyelamat??

Petikan dari bible:

Ketahuilah hanya Kristian yang dapat menyelamatkan kamu dari api
neraka, “Yesus: ‘Tidak ada seorangpun yang dapat datang kepada Allah,
jikalau tidak melalui saya'”…

– Bukalah mata, bahawa seseorang Muslim yang telah memeluk agama Kristian adalah:
a) Tanpa paksaan
b) Tidak perlu berperang ataupun memerangi orang lain
c) Menganggap semua manusia adalah bersaudara dan berasal daripada adam & hawa – Kalau Islam, hanya sesama muslim sahaja bersaudara dan yang bukan muslim adalah musuh dan harus diperangi walaupun adik-beradik.
d) Tidak perlu mati syahid(meletupkan diri) untuk membunuh orang lain yang tidak bersalah, sebaliknya sanggup mati demi keamanan.
e) Kristian beranggapan bahawa dunia ini adalah milik Allah dan didiami oleh manusia secara berkongsi – Umat Islam beranggapan bahawa hanya Muslim sahaja yang layak menduduki muka bumi ini dan yang bukan muslim harus dilenyapkan dari muka bumi ini.
f) Kerajaan Islam Malaysia telah membuat pelbagai cara, bagi duit, biasiswa, kemudahan, keistimewaan, menyekat Muslim daripada murtad, menyekat aktiviti keagamaan Kristian, menangkap para Paderi, memberi pelbagai tekanan terhadap Non-Muslim… Tetapi Muslim masih Murtad, kenapa ?
Sebab terlalu banyak perkara mengarut dalam Islam dan, tetapi Kristian tidak perlu main paksa, tidak perlu beri duit, tidak perlu keistimewaan tetapi tetap juga Muslim mahu menganuti agama Kristian kerana hanya dalam Kristian terdapat penyelamatan dan jalan kebenaran…. Nabi Muhamad sendiri tidak pernah yakin untuk masuk Syurga malah minta didoakan oleh kita agar dia boleh masuk syurga, jadi kalau dia pun tidak dapat masuk syurga apalagi kamu bernafsu mahu masuk syurga… Malah Nabi Muhamad sendiri telah mengatakan dengan sejelas-jelasnya bahawa Yesus(Isa anak Maryam) lah yang akan datang untuk membuat pengadilan pada hari Kiamat nanti bukan Nabi Muhamad(juga akan dihakimi oleh Yesus)… ingatlah “Yesus: ‘Tidak ada seorangpun yang dapat datang kepada Allah, jikalau tidak melalui saya'”…

Sahabat-sahabat..nih antara petikan pamplet edaran mubaligh kristian…kenapa dia bagi kepada semua orang? Nih lah yang dikatakan perang psikologi oleh orang kafir untuk mengkristiankan orang-orang Islam terutama kepada yang cetek ilmu dan iman…Selamatkanlah umat islam seluruh dunia Ya Allah

22 Comments

  1. aaaquariuspurple27

    God bless you…… kita tak berhak mengadili agama apa yg masuk surga atau neraka…..ketahuilah bahawa yang mahakuasa sedang memerhatikan setiap perbuatan kita…. walau pun anda merasa agama anda benar ,tetapi anda tidak patut menindas,menghina atau menganiaya mereka… kerana saya percaya bahawa ajaran kristian tidak mengajar untuk menindas agama lain,walaupun sesetengah kata orang kristian itu kejam….. kerana sepanjang saya tinggal dalam kristus ,banyak jenis agama kristian saya temui…..terpulang kepada seseorang untuk meganutinya…… agama saya sendiripun ditindas tetapi kami tidak mengabar ke media atau benci orang -orang itu… kerana saya tahu TUHAN itu maha adil… yang memberikan upah mengikutperbuatan seseorang itu …kerana saya tahu akhir zaman itu tidak jauh……. saya yakin suatu hari nanti seluruh isi bumi akan menyaksikan….. kebesaranNYA ……

  2. Terima kasih..islam juga tiada paksaan untuk sesiapa memeluknya..tapi kami sesama agama perlulah saling mengingati supaya tidak tersasar..rasanya mana2 agama pun begitu

  3. soda

    astaghfirullah hal azim..aku faham maksudnya kau akan membawa sistem pluralism agama..dan aku harap ko akan tarik kenyataan berunsur murtad ini..aku takutdengan kenyataan kau ini kau akan murtad dan kau akan memurtadkan orang..semoga kau akan dilaknat..amin..

    p/s:sebutkan nama ulama’ ustaz yang mengeluarkan kenyataan menjadi sumber rujukan ko?

    kirim salam dekat ayah pin wahai iblis laknatullah..

  4. xxraygama

    org bole ckp apa saja ..tapi yg pasti……kebenaran akan kita semua akan menyaksikan suatu hari nanti..dan pada hari itu tiada siapa dapat menyangkalnya… meskipun seorang yg beriman atau org yang tak tahu apa-apa

  5. Mari kita lihat komen saya plak:

    a) Tanpa paksaan

    komen: islam pon xde paksaan gak. nak peluk islam atau tidak, terpulanglah…so, kristian xyah la nak dabik dada ngan statement nie.

    b) Tidak perlu berperang ataupun memerangi orang lain

    komen: islam pon sama. kenape nak perangi org lain. osama lain cite, mamat tu gile perang. semua org dia nak bunuh. jihad la konon, tapi bg aku dah lari sgt dr islam. islam benci berperang. islam sendiri bermaksud aman dan selamat. islam akan berperang kalu ia diperangi. lihat sejarah islam, islam kena hentak cukup2 ngan kaum musrikin mekah, ada islam nak berperang pada awalnye. islam start berperang pon bila dah dpt green light dr Allah SWT. tu pon sekadar yang perlu. bila musuh surrender, islam mesti stop berperang. dah tertulis dah dalam quran benda nie. (nampak sangat si pembuat pemplet tu tak wat homework kaji quran!). malah dalam perang salib, org krisitian turun perang gak..sanggup bperang smpai 200 tahun ngan org islam. inikah yg dikatakan :Tidak perlu berperang ataupun memerangi orang lain..lu pikirlah sendiri….

    c) Menganggap semua manusia adalah bersaudara dan berasal daripada adam & hawa – Kalau Islam, hanya sesama muslim sahaja bersaudara dan yang bukan muslim adalah musuh dan harus diperangi walaupun adik-beradik.

    komen: fakta yg “teramat” salah. mana fakta dia amik tah. nampak sgt2 xwat homework kaji quran sebelum wat pemplet..tahu nak tipu org je..tolonglah, jgn malukn kristian wahai si mubaligh kristian…buatlah homework dulu yee..

    d) Tidak perlu mati syahid(meletupkan diri) untuk membunuh orang lain yang tidak bersalah, sebaliknya sanggup mati demi keamanan.

    komen: hahaha…mesti sebab osama n geng2 jihad. dalam islam, si peletup diri tu masuk neraka sbb 1) bunuh diri..2) bunuh org yg xbersalah..mereka bukan mati syahid, tapi mati katak. bukan syurga menanti mereka, tp neraka Allah SWT.

    dalam islam, berperang pon ada caranya. perang jihad osama TERAMAT X 10000000000000 lari dari islam. aku rasa org islam yg ada pelajaran agama pon tahu pekara nie.

    e) Kristian beranggapan bahawa dunia ini adalah milik Allah dan didiami oleh manusia secara berkongsi – Umat Islam beranggapan bahawa hanya Muslim sahaja yang layak menduduki muka bumi ini dan yang bukan muslim harus dilenyapkan dari muka bumi ini.

    komen: Fakta salah, dan TERAMAT SALAH! kesimpulan, si pembuat pemplet x wat homework kaji islam sebelum wat pemplet. memalukan kristian je..

    f) Kerajaan Islam Malaysia telah membuat pelbagai cara, bagi duit, biasiswa, kemudahan, keistimewaan, menyekat Muslim daripada murtad, menyekat aktiviti keagamaan Kristian, menangkap para Paderi, memberi pelbagai tekanan terhadap Non-Muslim…

    komen: politik maaa..aku pon tahu pekara nie, n pekara nie salah disisi islam…islam cintakan keamanan n keadilan. kalu islam betul2 diamalkan dimalaysia, nescaya hilang hak istimewa org melayu di malaysia kerana tidak hak istimewa perkauman dalam islam. semua manusia sama je. islam jugak menjamin kelangsungan agama lain, sejarah khalifah membuktikan pekara ini. kristian jamin ke kelansungan agama lain??
    (penerangan lanjut, silalah belajar sejarah perang salib n zaman gelap eropah…lu pikir la sendiri…!!

    “Nabi Muhamad sendiri tidak pernah yakin untuk masuk Syurga malah minta didoakan oleh kita agar dia boleh masuk syurga, jadi kalau dia pun tidak dapat masuk syurga apalagi kamu bernafsu mahu masuk syurga… Malah Nabi Muhamad sendiri telah mengatakan dengan sejelas-jelasnya bahawa Yesus(Isa anak Maryam) lah yang akan datang untuk membuat pengadilan pada hari Kiamat nanti bukan Nabi Muhamad(juga akan dihakimi oleh Yesus)… ingatlah “Yesus: ‘Tidak ada seorangpun yang dapat datang kepada Allah, jikalau tidak melalui saya’”…”

    komen: hahahaha…aku pasti org islam yang ada pendidikan agama akan tergelak sakan membaca fakta yg salah nie..nak tipu umat muhammad pon agak2 la..jgnlah nampak sgt “kebodohannya”, biar nampak bijak skit fakta yg diberikn.

    nasihat aku kepada si pembuat pemplet:

    buatlah homework pasal islam dulu, then baru wat pemplet…kerna
    nampak sgt kesalahan fakta2 yg diberikan.org islam yg lemah iman pon bleh trace kesalahan fakta nie..malukan kristian je.

    nasihat aku kepada org islam:

    ada gak org islam yg wat pekara sama macam nie kepada kristian. sama je modus operandi dengan teknik pemplet si kristian nie. so, nak dakwah biarlah dengan fakta yg betul. takyahlah dgn fakta yg merepek2 dan menipu, kerna manusia tu x bodoh. sebab tu manusia diamanahkan Allah SWT tuk jaga bumi. kepada org islam yg buat pekara yg sama kepada org kristian: buat malu islam je lah korang nie..

    sekian dr aku, kita pukul sama rata..

    wslm..

  6. Gagasan satu Malaysia

    Salam satu malaysia…. tidak perlulah buat komen2 yang boleh buat org sakit hati..perhatikan sahaja apa yang berlaku di Malaysia..baik apa pun agama, sila hormati…tidak perlu isu mengkafirkan orang..yg penting lihat diri sendiri. ramai org hendak mengubah dunia tetapi tiada yang hendak ubah diri sendiri…JAGA MULUT SENDIRI..

  7. xx-ray

    ya betul…jugakan…pasti…kalau kita terus begini..pasti…..apa yg kita usaha ini…..akan hancur..

  8. Orang Islam harus jalankan dakwah.Ni bila orang berdakwah kita lari.Patut kita gunakan segala Platform untuk berdakwah.Dan saya sokong wanmus mendedahkan perkara ni dan ini juga adalah platform berdakwah untuk mengingatkan kesesatan yang bakal dihadapi jika tidak berjaga-jaga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.