Kenapa Laman Web Atau Blog Penting Untuk Anda?
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah pelbagai perkongsian saya berikan dalam blog ini dan setelah berkecimpung 2-3 tahun dalam perniagaan internet ni, saya nak tanya anda semua, kenapa laman web atau blog penting untuk anda?
Jika saya tanya, mesti ramai dah ada blog atau web sendiri samada berbayar atau free..Tahniah kepada yang dah ada. tapi saya tetap nak tahu kenapa ianya penting untuk anda? Ramai kat luar masih tertanya-tanya kenapa perlu adanya blog atau laman web sendiri? Anda ada jawapan? Berkongsilah kat sini. Semoga ramai yang beroleh untung dari perkongsian anda ini.
30 March 2009
Masa 1:02 pm
Rasanya kalau ada blog, pelanggan dapat beri komen tentang produk/perkhidmatan yang mereka pernah guna.Dari sini akan membantu pelanggan lain lebih yakin tuk dapatkan produk/service dari kita.
30 March 2009
Masa 3:25 pm
Betul tu mantra. Selain laman web untuk perkongsian dan penerangan tentang produk, kita juga boleh tahu tentang pandangan peribadi pelanggan dan bakal pelanggan kita. Pandangan dan komen inilah akan membawa kejayaan kepada produk kita kita. Jangan fikir jika hari ini produk kita di tegur, esok sudah tidak laku. Jika ditegur tu maknanya ada orang minat pada produk kita cuma mungkin ada kekurangan pada produk tersebut. Maka perbaharuilah ia sebaiknya.. So, sape ade idea lagi?
30 March 2009
Masa 7:27 pm
kalu ngan blog nie kita bleh bina kredebiliti diri kalu bergiat ngan im la… sbb sblum daku xmembuat blog nie rmai org tanya ade blog x, tu yg rasa cam ade yg ckup dalam dunia im nie….tu pendapt ku wanmus…
30 March 2009
Masa 8:55 pm
hehe..betul tu yoji. ape makna jadi im jika tak ada blog. Blog adalah landasan pertama untuk mengenal selok belok dunia internet ni.
30 March 2009
Masa 9:32 pm
kalau yang tak bergiat dalam im, apa lak kepentingan blog kepada mereka?
30 March 2009
Masa 10:25 pm
@wandy… pada yg tidak bergiat dlm im plak bleh jadikan tempat untuk berkongsi idea atau diari harian kepada kita… betul x tuan tanah… hehehe
31 March 2009
Masa 12:35 am
@wandy: alaa wandy, meh lah wat blog jugok..malu2 lah pulok.. Kato ado Celcom Broadband laju doh..haha..mula ngan blogspot pun xpo
@yoji: betul tu bos. Ramai jugok yang kongsi cerita hidup tapi dapat tarik beribu pelawat setiap hari. Dan bila ramai pelawat=duit
31 March 2009
Masa 12:48 am
Mula dengan blogspot sebagai folio/hobi kejer teman, kini telah menjadi satu kerjaya pula.
31 March 2009
Masa 1:34 am
@switch_image: Bagus tu. Dari hobi jadi kerjaya tu dah bagus sangat2. Sebab susah sebenarnya nak jadikan hobi kita sebagai kerjaya
17 February 2011
Masa 11:56 pm
dahulu, buat blog sekadar suka-suka, hobi masa lapang. lepas tu, mulalah menjana pendapatan darinya.