Inventing My Own iPad Application for Maxis

Penulis: wanmus Kategori: Apps | Internet | iPad | iPhone | Maxis | Smartphone Tarikh: 22 December 2010 | 15 komen

Maxis contest participant badge

Semuanya kini hendak dihujung jari. Dari info, tempahan makanan, wayang dan hiburan, kini semuanya di dalam smartphone atau tablet pc kita. Bila disebut tablet pc, iPad kini memang gajet menjadi kegilaan kita semua kan? Termasuklah saya 🙂 sebab mudah nak di bawa ke mana-mana. Kekuatan suatu gajet ialah pada apps atau aplikasi yang tersedia untuk pengguna gunakan samada percuma atau berbayar. Apa yang saya fikirkan? sudah tentulah suatu apps yang memang tak ada lagi tapi sangat diperlukan..iaitu

Teruskan membaca:->

Masalah yang timbul:

Saya sebagai bakal bapa beberapa bulan lagi pasti tercari-cari info dan maklumat lengkap mengenai:

  1. 1.Penjagaan isteri mengandung
  2. 2.Keadaan anak dalam kandungan
  3. 3.Gizi lengkap untuk ibu mengandung dan anak dalam kandungan
  4. 4.Kiraan bulan kandungan dengan tepat
  5. 5.Sifat kandungan ketika itu
  6. 6. dan macam-macam lagi info yang perlu diketahui

Lazimnya saya dan isteri akan search di internet dan pembacaan buku-buku berkaitan.Namun jarang sangat bergambar lengkap dan ada term yang memeningkan kami. Jadi kami pendam sahaja sehinggalah berjumpa doktor atau sesiapa yang lebih mengetahui.

Maka lahirlah idea untuk adakan apps “My Baby”..

Apa itu My Baby?

My Baby ialah satu apps iPad yang lengkap mengenai info ibu mengandung dan anak dalam kandungan yang sangat mudah digunakan dimana pada permulaan ibu hanya perlu masukkan tarikh akhir kedatangan haid dan My Baby app akan membantu bakal ibu tersebut mendapatkan info penting.

Kelebihan My Baby ialah ia dapat memberikan info lengkap yang sangat perlu bakal ibu dan bakal bapa ketahui iaitu:

  1. Tarikh jangkaan kelahiran bayi
  2. Countdown untuk ke hari kelahiran
  3. Gambar kedudukan dan keadaan bayi terkini
  4. Keadaan anak kandungan dari semasa ke semasa
  5. Gizi seimbang yang perlu untuk ibu ketika itu
  6. Sickness yang mungkin berlaku untuk ibu ketika itu
  7. Penyelesaian untuk masalah ketika kehamilan
  8. Info penting untuk ibu mengandung
  9. Perkara perlu dielakkan oleh ibu mengandung
  10. Senarai nama terbaik untuk anak mereka
  11. Peralatan perlu dibeli bagi menyambut kelahiran
  12. Kepercayaan agama dan bangsa mengenai mengandung dan kelahiran
  13. Peringatan untuk berkomunikasi secara betul dengan kandungan

Aplikasi My Baby ni akan sentiasa update bakal ibu dan bapa setiap hari supaya keseluruhan keluarga iaitu bakal ayah, bakal ibu dan kandungan mendapat kesempurnaan.

Perghhh suka giler kalau app ni ada tau. Rasanya kalau sape yang pernah mengandung, sedang mengandung atau akan mengandung pasti akan suka dan ternanti-nantikan aplikasi ni. Hanya bakal ibu dan bakal bapa tahu betapa pentingnya aplikasi sebegini.Please Maxis, jadikan My Baby satu aplikasi yang berjaya bagi membantu ramai suami isteri di luar sana. My Baby boleh upgrade ke My Kid pulak selepas baby lahir..perghh lengkap gituh..

Ohh iPad..iPad.. kini kat Maxis dah boleh angkat dari RM70 sebulan tuh.. boleh semak plan maxis ipad di http://www.maxis.com.my/personal/broadband/ipad_postpaid.asp

Apa kata korang tentang My Baby ni? sape sokong??



  1. ahfat

    bagus ni geng, good luck !

  2. wanmus

    thanks bro 🙂

  3. akubiomed

    Tentu menarik kalau ada aplikasi seperti ini kita boleh mengikut perkembangan janin hingga dilahirkan.

    Good luck bro 🙂

  4. farra-eng

    wah kreatif lah
    good luck

  5. wanmus

    memang sgt menarik..harap2 dapatlah direalisasikan..

  6. wanmus

    terima kasih…insyallah

  7. mobile

    nak menang besar..layari my-peraduan.blogspot.com

  8. Dylan ZD

    Good Luck~!

  9. Glo-w

    Wow, such a lovely idea! especially the balanced diet part, a mommy needs all the good nutrient right? ^^

  10. wanmus

    yes..that is really important info for pregnant mummy..hope this idea win and be a real phone apps 🙂

  11. budak mengong

    bini un xdew agy..hihi

  12. jutawansenyap

    teringin gak nak pakai ipad nih tapi mcm belum ader kepentingan lagik

  13. Ladfe Amir

    memang bagus jika ada my baby. bukan sahaja bermanafaat utk semua, tetapi utk bro Wanmus juga. boleh dapat pahala berkekalan dengan pengkongsian ilmu. InsyaAllah

  14. mulan

    nak joint gak tp lum ade idea… idea u best sgt… good luck…
    mulan

  15. wanmus

    dah lama tamat contest ni 🙁