Harga petrol dan diesel turun mulai esok!

Alhamdulillah..Harganya minyak dah mula turun kat Malaysia ni..so harga barang pun akan turunkah? harap2 kerajaan juga mengesyorkan harga barangan diturunkan serta merta..huhu..apa-apa pun kite mesti tetap berjimat.. Dari Berita Harian online

Harga petrol, diesel turun mulai esok: PM

PUTRAJAYA: Harga diesel dan petrol akan turun antara lapan sen dan 22 sen seliter mulai esok, demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hari ini.

Beliau berkata Kabinet memutuskan harga runcit petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter manakala harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.

“Harga runcit diesel akan dikurangkan sebanyak lapan sen seliter daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.