Celcom Broadband Daily Unlimited Ada Limit Ke?

Penulis: wanmus Kategori: broadband | Celcom | Celcom Broadband | Internet | Penipu | Risiko | website Tarikh: 03 October 2010 | 21 komen

Post ni bagi menjawab soalah en fatah kita ni bagi post saya yang lalu tentang salah faham pengguna unlimited celcom broadband. Soalan dia berbunyi:

“maknanya kalo rm6 untuk 24jam bukan unlimited masa laa… dan rm20 utk 7 hari bukan unlimited masa macam streamyx laa… dan pakej rm68 sebulan bukan unlimited jugak laa… bayar bulan2 rm68 caj semasa tetap kena jugak?”

Jawapannya ialah:

Pakej broadband oleh semua wireless broadband tak kira celcom, maxis, P1, Digi ataupun apa juga yang wireless ni, semuanya ada limit.

LIMIT APA?

Limit data usage per month atau juga dipanggil bandwidth. Untuk celcom, korang boleh semak di plan celcom broadband seperti gambar kat bawah ni.

Ok, untuk daily unlimited plan tu, harga RM6/hari, limit yang dikenakan ialah speed limit ialah 384kbps sahaja dan limit data usage yang dibenarkan ialah 1GB. Maknanya data yang korang boleh akses tak kira upload, download atau view, ianya mestilah tidak melebihi 1GB untuk 1 hari langganan pakej ni. Jika lebih, automatik speed akan reduce ke 64kpbs mengikut fair usage polisi oleh celcom tapi tidak dikenakan apa2 bayaran. Begitu juga jika korang langgan pakej 1 week tu. Cuma bandwidth dibenarkan ialah 2GB.Speed reduce adalah seperti dibawah.

HABIS APA YANG UNLIMITED?

Unlimited yang heboh diiklankan ialah penggunaan a.k.a masa penggunaan anda. Maknanya jika anda langgan pakej daily tu, dalam 24 jam anda bebas menggunakannya. Begitu juga jika korang pakai pakej 1 bulan tu. Unlimited masa penggunaan, bila2 masa selagi ada line dalam masa 1 bulan tu.

Celcom fair usage policy ni diadakan untuk mengurangkan bebanan pada servis mereka sebenarnya. Yerlah kalau semua dalam connection 3.6Mbps unlimited, mau jammed server mereka. Bukan celcom sahaja, kebanyakkan semua wireless broadband macam tu. Tapi lagi teruk, jika anda guna berlebihan dari bandwidth yang mereka benarkan, caj tambahan dikenakan. Yang saya tahu setakat ni untuk Maxis, jika dah nak habis limit bandwidth tu, korang takleh connect langsung dah. Kalau nak guna jugak, kena call support center untuk tambah bandwidth (dan tambah bil bulan tu)..kenapa maxis dan celcom broadband je saya cerita? sebab tu je yang ramai guna dan banyak komen.

JADI MANA LEBIH BAIK?

Jika tanya saya, ikut penggunaan dan kemampuan. Jika penggunaan tinggi, baik amik streamyx je senang. Takpun kalau mampu amik je unifi. Tapi kalau penggunaan tak tinggi dan jarang-jarang pakai, juga saya saran streamyx tapi pakej paling murah Pakej Streamyx RM77 je termasuk modem. Celcom broadband pun sebulan RM68.Tambah sikit je RM9 anda pun tak perlu pening kepala dah, unlimited time dan bandwidth lagi tu.

Tapi kalau jenis bergerak atau mobile, saya cadangkan amiklah celcom broadband ni sebab kat mana2 pun boleh selagi ada line celcom. Ni cadangan saya je mengikut pengalaman dan infrastruktu yang telah tersedia kini..Korang boleh pilih penyedia broadband lain, ikut penggunaan dan kemampuan anda.

*Saya memang nak angkat digi iphone 4 tapi tak boleh sebab line digi tak bagus kat kampung..hoho



  1. Mazuki Mustaffa

    unlimitted penggunaan kan..bukan unlimited masa..

    dari segi kos…prepaid punye lagi mahal la… mnde ni aku hanya guna bila balik kg…

  2. wanmus

    yup masa penggunaan je..prepaid memang lagi mahal kalau untuk 1 bulan guna. kalau sama mesti org pakai yang prepaid semua.aku pun guna masa kat kampung je 🙂

  3. Anarm

    buat org keliru je dgn perkataan ‘unlimited’..

  4. sabree hussin

    part unlimited tu yang selalu orang salah tanggapan. bagi pendapat saya pulak perkataan unlimited tu hanya berguna untuk orang berhenti sekejap di booth celcom dan tanya soalan pada jurujual. tu je.

    Ice catcher semata-mata

  5. Ladfe Amir

    setakat ni..pakej umobile je yg betul2 unlimited. bayar rm68..gunalah dan download sampai muntah, still akan laju macam biasa.

    tapi itu kata adik saya la…saya guna streamyx selepas bercerai ngan maxis

  6. mhnizam

    pakej celcom memang ada limited..skrg ni internet still slow la tak kira pakej mana mungkin tgk kawasan gak kot sebab kawasan saya agak jauh dari bandar

  7. Ryoji Shun

    bek pakai digi internet prepaid ag bgs..
    Rm10 6 ari..
    laju gk..
    jimat

  8. hariz

    saya baru guna samsung galaxy s 2… tapi tak tau plan celcom yang mana sesuai untuk digunakan.. boleh main internet + bercakap yang paling jimat.. internet pun main2 je

  9. wanmus

    sebaiknya teliti dulu baik2..kan tak pasal2 bil melambung

  10. pajo

    kalu bukan unlimited cakap la limited… bukan semuanya org tahu… kesian org yg x tau apa2…. unlimited konon

  11. pajo

    streamix pun bukan unlimited sia2 bayar rm110 sebulan, unlimited konon baru download berapa movie sdh lambat mcm cipan… klu lambat ok lg ni lansung x bleh acsess

  12. pajo

    betul tu… unlimited konon

  13. Oh! budu

    selalu langgan masa hujung minggu kat kolej.. ahaksss

  14. helme

    Saya pun rasa tertipu dgn perkataan unlimited celcom ni… saya upgrade plan power 148, maknanya sebulan saya wajib bayar RM 148.00, promoter tu ckp unlimited jadi saya pon sanggup tandatangan kontrak selama dua tahun. Setengah bulan penggunaan saya terima sms dari celcom menyatakan telah sampai had penggunaan 5gb… ermmm.. rasa tertindas dgn penipuan pulak. Nk tukar plan nnti kena denda. Celcom mcm sengaja perangkap dgn kontrak2…

  15. YAYA

    nk tanye boleh, kalau broadband ni, kite x renew subcription and x guna, dye charge x?

  16. wanmus

    kalau amik yg prepaid n tak renew, tak kene caj lah

  17. lian

    salam, saya ada soalan la nak tanya.
    contohnya kan, if saya langgan yang daily punya contohnya la, rm6 sehari 1gb, jadi, if saya tak habis guna 1gb dalam sehari tu, boleh sambung untuk hari ke 2 x? or dorang akan block penggunaan kita ya? tima kasihhhh..

  18. KAI

    nope,x boleh access utk hari ke-2.data usage hanya limit utk 24 hours,honestly aku pelik dgn word unlimited tu.unlimited ape?masa unlimited,data usage pun unlimited.hmmm

  19. KAI

    eh silap.masa limited 24 hours.data usage limited 1GB.

  20. Arman

    macam mana nak ‘UNSUBSCRIBE’ celcom internet mobile daily/weekly.
    Tolong ye

  21. wanmus

    once activated tak boleh.. sebab macam prepaid, auto tolak akaun terus