Belajar CPanel Siri 4: Upload File Guna Perisian FTP
Siri 4 kali ini akan berkongsi cara untuk upload atau muat naik fail dan folder web anda menggunakan perisian FTP. File Transfer Protocol (FTP) merupakan satu protokol rangkaian piawai yang digunakan untuk memindahkan fail dari satu hos kepada hos lain melalui rangkaian berasaskan TCP, seperti Internet. Banyak perisian FTP yang percuma namun yang popular dan banyak digunakan pengguna ialah CoreFTP, filezilla dan SmartFTP. Dalam siri 4 belajar cpanel ini, saya akan tunjuk cara upload file menggunakan CoreFTP kerana ianya lebih ringan dan lebih secure.