Bukti Pembayaran Tu Ape? Macamana?
Ok..ni saya dah banyak dapat pertanyaan sebegini..Ada lagi best antar mesej atau email ” Saya dah buat bayaran”..Boleh ke macam tu? Ni sebab masih ramai yang tak faham apa itu bukti pembayaran walaupun mungkin ada panduan atau contoh diberikan.. Bila dah dapat email atau mesej macam ni, peninglah nak cari bayaran tu untuk apa dan akaun mana..kalau nama @ email tu sama seperti order tu takpe..ni buat order email lain, bayaran guna email lain..hoho pening..so ni ada sikit panduan menghantar bukti pembayaran
Ok macam ni..Biasanya setiap peniagaan online ni perlukan anda sebagai pembeli membuat bayaran ke akaun bank atau third party payment mereka (seperti paypal, 2co, libertyreserver dan macam2).. so macamana nak hantar kat diorang ni?
Pembayaran melalui bank
- 1- Online bank transfer: Jika anda membuat bayaran melalui akaun bank ke akaun bank yang sama, ianya akan terus aktif pada masa yang sama. Cuma anda perlu masukkan di ruangan “Recipient email:” tu dengan email si penjual tersebut. Di ruangan “Description of transaction:” tu perlu juga anda masukkan info penting kenapa bayaran dibuat. Ini contohnya:
- 2- Interbank GIRO Transfer: Perkhidmatan ini disediakan pihak untuk pindahkan wang dari satu bank ke bank yang lain dan biasanya caj RM2 dikenakan untuk setiap transaksi. RM2 murah jika anda perlu bersusah payah ke bank untuk bank in. Mula-mula anda perlulah pastikan bank mana untuk pindahkan wang ke akaun penjual tu. Semuanya seperti di bawah:
- 3- Bank-in guna Cash Deposit Machine..alaa mesin masuk duit kat bank-bank kan sekarang ni banyak..haa mesin tu lah..ok caranya mudah je..kan selepas anda masukkan duit guna mesin tu akan ada resit..Resit anda perlu scan dan emailkan kepada penjual..Kalau tak ada, amik gambar pun boleh asalkan detail penting pada resit tu nampak. Ni nak mudahkan penjual kenalpasti bayaran anda tu. Contoh resit scan tu seperti:
Pembayaran melalui third party payment transaction
- 1- Bayaran menggunakan paypal. Selepas membuat tempahan, anda boleh pilih untuk bayaran menggunakan paypal. Kemudian klik pada subscribe untuk buat pembayaran. Penjual akan mendapat makluman selepas bayaran dibuat.
- 2- Third party payment transaction yang lain seperti 2checkout.com, libertyreserve, ipay88 dan macam2 lagi, sistem hampir sama iaitu anda perlu masukkan email dan detail pembeli dan penjual..pastikan detail tu betul dan tepat.
Ok..
Selepas bayaran di buat
Anda perlulah email atau buka support ticket (jika ada) untuk maklumkan kepada mereka yang anda telah membuat bayaran..Bukan tulis “Saya sudah buat bayaran”…
TAPI..
Contoh email bukti pembayaran:
Saya telah membuat bayaran untuk domain dan hosting wanmus.com invoice #3858 seperti berikut:
Hoho..so macam tu je lah..harap2 mudahlah urusan antara penjual dan pembeli atas talian (online) selepas ini..Jangan kita persusahkan sesuatu yang mudah.
**Tambahan: Jangan cuba menipu resit pembayaran sebab penjual boleh semak akaun mereka online time tu jugak.. Jika disyaki bukti pembayaran anda palsu, kan malu..hoho
21 July 2010
Masa 6:27 pm
resit kena simpan . penting tu..
Yossi Benayoun Ke Chelsea, Joe Cole Ke Liverpool
21 July 2010
Masa 6:32 pm
contct lens ku beli on9 dh sebulan lebih x dpt2 lagi. huhu
21 July 2010
Masa 8:13 pm
haha.. tension gak dpt email mcm tu tp biasala wan kalo x bg tahu mane deorg tau bukti pembayaran tu ape..
21 July 2010
Masa 11:27 pm
Tapi untuk semak pembayaran melalui maybank pun susah gak sebab takde detail(time&date), kalau cimb ada, 1 jualan sehari oklah tapi kalau berpuluh tak ke pening. Untuk pembeli yang dah buat pembayaran melalui ATM tu nak kena scan resit tak perlu kot sebab leceh la nak kena amik gambar/scan plak, bagi detail pun dah cukup rasanya.
22 July 2010
Masa 4:58 am
bagus betul penerangan. harap orang yang tak pandai buat online banking baca. hehehe…
22 July 2010
Masa 7:57 am
Moga takde lagi yang bertanya.. “Bukti pembayaran itu apa?” Haha..
22 July 2010
Masa 9:17 am
info yg serba lengkap.. bagus! *angkat ibu jari tangan*
nnt kalo ade yg tanye Bukti bayaran tu ape, bleh directkan terus ke entri ni..
22 July 2010
Masa 11:47 am
memang pun..sangat penting.
22 July 2010
Masa 11:48 am
tu beli dari mana? tu boleh call direct si penjual, kot2 dia tak perasan awak dah bayar.
22 July 2010
Masa 11:48 am
tu yang sampai buat entri khas untuk makluman kita sama2..
22 July 2010
Masa 11:52 am
maybank memang susah skit sebab takde detail time dan date pembayaran.cuma kita boleh kesanlah kalau bayaran waktu pagi, ianya akan duduk awal skit kat list transaction..tu je..
22 July 2010
Masa 11:55 am
sangat2 perlu di baca..supaya semua senang untuk berurusan..
22 July 2010
Masa 11:57 am
kalau ada tanya juga, minta mereka baca kat sini je..hehe
22 July 2010
Masa 11:58 am
drectkan aje..nanti kita tak pening dah nak terang..hehe
24 July 2010
Masa 12:22 am
Benda penting. Tapi ada yang buat x kisah. Bila nak guna dan tersalah, baru nak gelabah. Hoho.
25 July 2010
Masa 11:50 pm
masa aku baru berkecimpung dengan dunia online ni, aku pun pening tang mane nk tunjukan bukti pembayaran. bukan pening je, tapi siap takut kalau ada apa2 prob. tapi bukan lagi sekrang…mostly beli barang sekarang online. hahahaha. nice sharing mus! memudahkan newbie
02 February 2011
Masa 5:35 pm
saya dulu pun cam pening gak caner nak tahu org tu dah terima pembayaran kita…caner nak buktikan kita dah buat pembayaran…tp itu dulku..skang dah pandai..hehe
04 February 2011
Masa 9:24 pm
link ke post ni boleh diletakkan di laman maklumat pembayaran ni..
senang sikit keja aku
07 February 2011
Masa 2:37 pm
pembayaran kena la bagi ke email yang diberikan,sales@jomhosting.net tul tak hehe?sebab selalu hantar bukti pembayaran ke situ