Buat Duit Dengan Blog

Penulis: wanmus Kategori: Blog | Duit dengan blog | Duit Percuma | Teknik Wanmus Tarikh: 31 January 2009 | 6 komen

Blog untuk menconteng-conteng sahaja dah memberikan pulangan USD100-1000 sebulan untuk blogger yang pandai mengambil peluang. Itu hanyalah blogger sambilan, kalau blogger full time pula sudah tentulah anda akan terkejut dengan nilai yang saya tunjukkan.

Ramai bertanyakan saya termasuklah budak-budak rumah sewa saya tentang bagaimana dengan menulis apa-apa aja dalam website tapi dapat duit ??? Itulah kelebihan jika kita tahu 5 soalan iaitu apa, bagaimana, bila, siapa dan kenapa.

KONSEP 5 SOALAN

Konsep 5 soalan ini saya selalu gunakan untuk setiap kali menulis dan membina blog. Jadi saya ingin berkongsi dengan anda konsep istimewa yang saya utarakan ini:

1- APA ?

Apa ingin di tulis sebenarnya dalam blog ni? Apa tajuk utama yang menarik untuk post saya kali ini?

2- BAGAIMANA ?

Bagaimana menulis ayat yang kemas dan menarik untuk dibaca pelawat saya? Bagaimana menjadika idea saya ini menjadi satu idea yang menarik?

3- BILA ?

Bilakah sesuainya post saya ni di tulis?

4- SIAPA ?

Siapakah sasaran blog anda? Siapakah sasaran post anda kali ini? Siapakah yang akan menyokong dan membenci idea atau tulisan saya ini?

5- KENAPA ?

Kenapa saya menulis blog ini? Kenapa banyak post saya berkaitan produk tertentu sahaja? Kenapa perlu ada theme blog yang kemas?

Hmmm..Macamana saudara/i? sudah pening dengan persoalan tersebut? Sebenarnya saya rasa anda pun sudah boleh menjawab persoalan di atas..Tapi bolehkah jawapan anda itu memberikan pulangan yang menarik kepada anda? Nantikan penerangan saya di post selepas ini.



  1. Saif

    Saya setuju dengan wanmus. kita perlu menjawab soalan itu dahulu sebelum menulis atau membuat sesuatu sebenarnya, bukan sahaja untuk perniagaan internet. Perancangan ini perlu untuk mengelakkan sebarang promosi kita sia-sia sahaja.. Bagus wanmus..keep going

  2. Ladfe Amir

    masa mula2 ada blog..memang tak de idea nak tulis topik apa. tapi skrg ni..semuanya tersusun dalam ingatan dan akal

  3. Ronaldmohoni

    Hakikatnya, dunia blogging mampu memberikan pulangan yang berbaloi jika kena caranya.

  4. akuorgkmpng

    betoi tu..
    kena ada hala tuju la blog kita tu..

  5. akuorgkmpng

    ok la tu..
    aku x trsusun lgi ni..
    dh terabur ada la..uhuhu

  6. akuorgkmpng

    aku dh mula mngatur strategi ni utk buat pulangan gak.. tapi duk asyik komen ja.. blog aku pn ntah kemna.. hahaha