Beli Semasa Sale Atau Semasa Murah?

Penulis: wanmus Kategori: Beli-belah | Megasale | Murah Tarikh: 01 September 2009 | 2 komen

Apakah beza “Megasale” dan “Cheapsale”?? Megasale adalah jualan promosi barangan secara besar-besaran dan potongan harga tidak semestinya murah sangat. Tapi jika Cheapsale, sudah tentu ianya jualan murah tapi tak semestinya banyak pilihan.hmmm.. Kenapa saya tulis post ni ek kali ni?

Sudah tentu ada yang saya nak kongsikan kepada pelawat setia wanmus.com ni. Kisahnya kita selalu terkejut kalau parking Jusco penuh time Jcard Day. Tak perlu jauh, kat Jusco Taman Universiti Skudai ni pun dah nampak kesannya. Sampaikan parking depan kedai yang dekat Jusco tu semua penuh. Kiri kanan jalan tu takyah cakaplah.. Tapi betul ke MURAHHHHHH ??

Memanglah diskaun sampai 70%, 80% tapi logik ke diorang bodoh sangat nak murahkan sampai macam tu sekali? jangan haraplah diorang nak jual murah camtu sesuka hati. Sebenarnya kalau korang suka gi survey, cuba survey baju @ seluar sebelum JCard Day dan semasa JCard Day, mesti korang terkejut sebab tertipu..Kenapa? Sebab murah pada JCard Day hanyalah murah RM10 je dari harga jualan hari biasa, Kalau ada yang murah giler tu, pastu kualiti kureng atau stok lama. Tak caya, gilah buat survey.. Tu baru contoh JCard Day kat Jusco, belum lagi kat tempat @ pasaraya lain. SOGO? takyah cakaplah sebab SALE setiap hari!!!

Lagi kat mana selalu buat Sale? JAKEL? pompuan sukalah gi Jakel sebab kain murah. Memang murah sebab kualiti kain tu takdelah mahal sangat. Nak tahu cerita? Ok, dulu pernah pergi ke Jakel nak beli kain untuk buat baju batik program. Jadi time duk syok cari kat rak (masa tu sales jadi penuh giler ngan pompuan), kami jumpalah beberapa design yang cnatik dan murah. Pastu ada sorang mamak ni, eksekutif jakel tegur kitorg dan tanya nak cari apa. Lepas bagitahu niat, dia terus ajak masuk bilik dia. Kami peliklah kenapa tak kat luar tu je..

Dia pun story lah..Kain kat luar tu kain murah, tu kita boleh jual murah. Kalau nak kain yang mahal, ada kat dalam ni kami simpan. Masa jualan murah ni, kami tak bolehlah jual sekali ngan kain yang mahal..So masa hari biasa baru kami bawak keluar kain-kain ni..

Jadi inilah yang peniaga sorok dari kita. Bila ditanya, semuanya yang baik dan elok punya..So kita fikirlah sendiri sapa yang tertipu sebenarnya kalau bukan kita sebagai pembeli. So, sama-sama lah kita berfikir dan merancang perbelanjaan kita. Jangan tengok diskaun banyak je terus beli.

Begitu juga dengan produk internet. Tolong jangan beli jika sebab anda rasa ia murah, tapi beli sebab jika anda rasa ianya berguna dan berbaloi untuk anda dapatkan. Memang banyak Cheapsale dan Megasale produk internet. Contohnya :

Team Flarebiz mengadakan CHEAPSALE untuk produk keluaran mereka tapi untuk jangkamasa terhad sahaja! 4 produk killer dan dapat lagi 7 produk BONUS! Giler? Memang giler! Mereka namakan ianya Produk Pakej Ramadhan.  Untuk pengetahuan anda, mereka mempunyai sebab tersendiri mengapa menggabungkan kesemua komponen-komponen ini di dalam satu pakej. Pakej ini sangat lengkap untuk anda 1) belajar bagaimana ingin mencipta produk digital, 2) bagaimana ingin membina web jualan, 3) bagaimana ingin setup affiliate, 4) bagaimana ingin meledakkan produk di pasaran dan banyak lagi!

Apa anda akan dapat?

Komponen #1 – Pakej Rahsia 10K

Komponen #2 – Bina Minisite Cepat

Komponen #3 – Panduan Affiliate

Komponen #4 – Case Study PC

BONUS 1 : Panduan “Killer” Salesletter

BONUS 2 : eCover Action Script

BONUS 3 : Koleksi Template Minisite

BONUS 4 : Koleksi Grafik & Imej Minisite

BONUS 5 : Soal Jawab Perniagaan Internet

BONUS 6 : Diskaun Pakej Kit Photoshop

BONUS 7 : Diskaun Pembelian Hosting

Opppss..hanya untuk 30 unit jualan sahaja tau! so dapatkan sekarang jika ada rasa ianya berguna untuk anda. Kalau rasa membazir, abaikan je. Tapi jangan nanti mesej saya tanya tentang produk ni lagi kalau anda tak sempat membelinya sekarang. NO email saya selepas produk ni dah habis dijual sebab saya dah nasihat awal-awal untuk beli jika rasa berguna. Tak berguna sekarang, mungkin berguna lepas ni.



  1. wanmus

    produk pakej ramadhan hanya dibuka untuk 30 unit jualan sahaja lagi.

  2. […] cerita bab jeans pulak kali ni? Adakah sebab dah nak sambut hari raya ni? Mungkin sebab dah banyak mega sale sekarang […]