Baru Beli Buku Buat Duit dengan Terbit Sendiri Buku
Alhamdulillah, akhirnya saya beli juga buku untuk kegunaan sendiri dan atas kerelaan hati 🙂 , bukan tak pernah beli buku sebelum ni cuma beli sebab nak beli tapi bukan nak baca sampai habis. Saya dah wat order dan pembayaran untuk Buku Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku ni pagi tadi.
Kenapa saya beli buku ni? Kerana ianya ditulis oleh seorang yang berpengalaman dalam menghasilkan buku iaitu Nazrul Samsudin. Sape dia ni?
Beliau adalah Pengurus Penerbitan di PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. (PTS Pro). Syarikat yang beliau uruskan ini fokus menerbitkan buku kategori bisnes, pengurusan dan pendidikan dalam bahasa Melayu untuk pasaran di kedai buku dan juga sektor sekolah.
Jika anda ke kedai-kedai buku utama seluruh negara seperti MPH, Popular dan lain-lain, perhatikan di rak-rak buku bisnes dan pengurusan dalam bahasa Melayu, kebanyakan buku di rak itu diterbitkan oleh PTS Pro. Berikut latar belakang pendidikan beliau:
* Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) dari UIAM pada tahun 2002
* Ijazah Sarjana Undang-undang Perbandingan juga dari UIAM pada tahun 2004
* Sijil Pengurusan Syarikat dari Pusat Undang-undang, Kulliyah Undang-undang, UIAM pada 2003.
Beliau berkecimpung dalam bidang penerbitan buku hampir 7 tahun. Sebaik tamat pengajian peringkat ijazah sarjana muda, beliau terus dipelawa menyertai PTS. Kerjaya beliau dalam bidang penerbitan bermula dari bawah. Berikut antara jawatan yang pernah beliau sandang di PTS.
* Jurulatih Kanan, PTS Consultants Sdn. Bhd. (Jun 2002 – Ogos 2002)
* Editor Perolehan, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.(September 2002 – Jun 2004)
* Pengurus Pengeluaran, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.(Julai – Disember 2004)
* Pengurus Penerbitan, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. (Januari 2005 – sekarang)
* Pegawai Undang-undang, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.(2005 – sekarang)
Dan sebentar tadi dah dapat pengesahan penghantaran oleh penerbit iaitu saudara Nazrul Samsudin.
Sekarang ni tengah download 3 book bonus yang diberikan percuma. 3 ebook itu ialah 1. Akta Hakcipta 1987 2. Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984 3. Tip Menulis Buku Bukan Fiksyen
Assalamualaikum.Tuan Wan Mohd Musyris,Didoakan tuan sihat walafiat.Terima kasih kerana membeli buku seperti di atas. Buku itu sudah dihantar menggunakan pos ekspres pagi ini (2/4/09). Mengikut poskod alamat tuan, buku itu dijangka sampai pada 3/4/09.
Ini nombor pos ekspres untuk tracking: LX512079531MY. Semakan status melalui internet boleh dibuat melalui laman web www.pos.com.my.Bersama-sama ini juga saya attach 3 e-book PERCUMA sebagai bonus:1. Akta Hakcipta 19872. Akta Mesin Cetak & Penerbitan 19843. Tip Menulis Buku Bukan Fiksyen3 e-book ini adalah untuk bacaan sendiri dan tidak boleh diniagakan.Selamat membaca, menulis dan menerbit sendiri buku tuan. Sebarang soalan, bolehlah emel terus kepada saya.Terima kasih.
Untuk dapatkan maklumat lain secara lebih terperinci,anda bolehlah ke laman web beliau di http://www.terbitsendiri.com/. Untuk dapatkan info dan untuk membeli buku ini, anda boleh terus ke laman jualan Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku.
02 April 2009
Masa 2:35 pm
seorang usahawan perlu mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang yang diceburinya..
ilmu amatlah penting dalam perniagaan..
duit cuma sekadar alat untuk mencapai matlamat tetapi ilmu tetap yang paling utama..
membaca menambah ilmu..
02 April 2009
Masa 3:28 pm
hehe..betul tu bro jaws. membaca amalan mulia. membaca menambah ilmu. ni baru ada semangat nak membaca..hehe..lagi2 kene dengan matlamat kita nak capai 🙂
02 April 2009
Masa 7:13 pm
Aku pun tak habis lagi baca buku ni baru separu je.
02 April 2009
Masa 9:41 pm
Bro maizul pun beli jugak ke buku ni? x sabar nak tggu buku ni, nanti saya akan review..hehe
02 April 2009
Masa 9:44 pm
Apa yang perlu.. Kita perlu bnykkan membaca… ILMU nie lagi kita tau.. LAgi bnyk kita perlu baca..
Apa pun, jika dah FOCUS.. Pasti tiada penat..
02 April 2009
Masa 10:15 pm
Tau xpe..lagi banyak membaca, makin kita rasa makin banyak kita tak tahu..huhu
04 April 2009
Masa 7:55 am
Hehe..dah dapat buku ni tengahari semalam. Baca pun tak habis lagi.hehe
17 February 2011
Masa 11:52 pm
Tak perasan pula kehadiran buku nih kat kedai buku.