Bagaimana Setan Goda Kita Selama Ni

Godaan syaitan atau setan ni takkan berhenti sehinggalah hari kiamat nanti..Kita semua tak terlepas dari godaannya..Kita dah rasa terbaik tapi sebenarnya kita masih banyak kelemahan termasuk diri ni..Alhamdulillah dibulan puasa ni dapatlah kita kurangkan sikit termakan hasutan setan-setan tu..Jadi sedarkah kita macamana godaan si setan ni pada kita selama berpuluh tahun kita hidup ni?

video ni gambaran macamana syaitan hasut kita dah betapa mudahnya kita tergoda..subhanallah..malu rasanya sebab benda tu mudah sebenarnya kita nak elak, tapi kita tetap nak ikut buat (terkena batang huidung sendiri)..hoho..bersama kita jauhkan dari godaannya..aminn Ya Allah

Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.”

(al-Bukhari)

6 Comments

  1. Terima kasih hadiah soft ware membina forum. Didoakan semoga tuan sentiasa sejahtera sekeluarga.
    He he Bab Setan ni . .
    Setan sebenar memang gitu perangainya.Boleh dihindari dengan berbagai cara seperti diajar tok guru kita. Ada setan jadian, yg ni boleh santau kita, tipu kita, FITNAH, BAGI MAKAN RACUN dan macam2 lagilah di buat kat kita, malah boleh upah setan lain utk masukkan setan sebenar ke dalam badan seseorang, yang jenis ni lagi susah nak atasinya pengikutnya banyak dan makan rasuah lak tu. Setan jadian ni bulan puasa pun boleh duduk cokoh depan kita. Hai nasib badan . .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.