AWAS! Email Penipu Scammer CPanel

Penulis: wanmus Kategori: Cpanel | Internet | Scam | web hosting Tarikh: 15 October 2009 | 24 komen

email-cpanel-tipu-scammer

Adusss..makin berani scammer ni..Kalau orang tak tahu sikit-sikit pasal scammer ni dan baru belajar bab2 internet ni, pasti terkena bila dapat email sebegini.  Mana taknya..Email penghantar pun service@cpanel.net, memang ramailah akan percaya

Tengoklah email yang dihantar tu (klik gambar atas untuk besarkan). Tak semua orang tahu bagaimana nak cek email tu email scammer atau betul. Ni apa yang tertulis dalam email tu:

Tajuk: Reconfirm Your Account
From: “cPanel” <service@cpanel.net>

Dear Customer,

During our regularly scheduled account maintenance and verification procedures, we have detected a slight error in your Hosting account information.

Please update and verify your information by clicking the link below:

http://cpanel.net/webhosting/

If your account information is not updated within 72 hours then your ability to access your account will become restricted.

© 2009 cpanel.net. All Rights Reserved

Designated trademarks and brands are the property of their respective owners.

Haa..kalau korang rasa camner? tahu ke  ni email scammer? Untuk tahu link http://cpanel.net/webhosting/ tu pergi ke  mana, saya pun klik dan link itu sebenarnya link ke http://users5.nofeehost.com/penpanel/Cp.htm (seperti gambar kat bawah ni yang sebijik macam login ke cpanel). Kalau korang type at browser pun, url http://cpanel.net/webhosting/ tu tak ada pun page tu sebenarnya.

cpanel-tipu-scammer

Saya pun cubalah masukkan detail palsu sebab biasanya scammer ni main amik je data yang kita masukkan dan takde sistem detect betul ke tak input yang kita masukkan tu. So saya try dan terkejut kerana login mengarut saya tu terus di bawa ke page google..gambarnya seperti kat bawah ni.

google

Jadi berhati2lah kalau terima email sekarang ni..Banyak penipu..tapi ada jugak yang betulnya. So, jika dapat apa jua email, pastikan link tersebut betul dengan apa yang ditulis. Sebab macam tadilah, tulis url cpanel tapi bila klik pergi ke page ape ntah, paparan je sama. Begitu juga dengan email scammer bank2. Tu lagi bahaya.



  1. jue

    scammers ni mmg gilerr! yg bank sy pernah dpt, maybank, ambank..tp sy dah report lah dkt bank2 berkenaan..tp kalau org yg jenis tak perasan / kisah, mesti dah terkena..

    great info..salam singgah =)

  2. wanmus

    @jue: scammer ni memang jahat melampau..semua detail tentang kita dia nak curi. Cuma perlu berhati-hati bila dapat email dan jangan klik sebarangan. Thanks sudi singgah 🙂

  3. ahfizfazi

    adehh..
    lagi advance scammer nih
    mau aje ramai senang tertipu nih
    pepepun, aku tak layan mana2 email yg suruh login kat link yg dia kasik
    aku rajinkan diri type sendiri kat browser
    hhhuuu

  4. wanmus

    @ahfizfazi: tulah yang sepatutnya..taip ler sendiri link kat mana korang nak login tu. nanti dah terkena menangis tak berlagu

  5. kuina

    harap kita tak tertipu

  6. wanmus

    @kuina: yang penting berhati2

  7. alan tan

    Bahaya jugak ni…

    kena hati-hati

    Terima kasih atas info ni

  8. rohaizad

    Phewww… hari tu dia pakai billing dari Godaddy, skang, dia pakai CPANEL plak… giler laahh

  9. Anarm

    mekasih sbb share info nih.. x abih2 la diorang ni nk wat jahat.. sula laju2 kang baru tau.. hahaha

  10. wanmus

    @rohaizad: semua benda diorang nak guna utk tipu..pastu nyusahkan orang pulak tu..suka2 je amik duit orang

    @Anarm: sama2.memang blog tempat berkongsi idea atau pun makluman untuk semua.

  11. luthtextile

    wahhh goood infooo..
    tq broo.. bahayaa ni

  12. galut

    Harap kita semua berhati-hati,scammer ni tiada keja lain memang scammer lah keja dorang.

  13. TanyaLelaki.com

    uikkss!! mana dia dapat emel ni bro? pandai pulak dia cari emel.. dia pilih secara rambang ke atau dia select? sbb cam tau2 je emel otai..

  14. wanmus

    @luthtextile: memang penting untuk kita kongiskan

    @galut: sekali jadi scammer, mesti gatal nak buat 2-3 kali lagi

    @TanyaLelaki.com: dia main rembat je rasanya..mana ade otai, newbie muda lagi ni..huhu

  15. Faisal

    Huh! Banyak betul penipuan internet skrg nie.

  16. wanmus

    @Faisal: betul, dan tolong jangan lakukan spam di sini

  17. tunepal

    betul. kita kene hati-hati sekarang. Macam-macam boleh jadi.

  18. aku

    salam all..

    macam mane scammers tu leh gunakan domain cpanel.net ? padahal email tu dari official domain cpanel kan..aku penah gak dapat email dari domain maybank2u.com.my…tapi..aku tak penah pun ade akaun maybank2u ?

  19. wanmus

    @aku: tu dia menyamar je..guna software dan letak email dia sebagai email cpanel..diorang ni main rembat aje senarai email banyak2..dan ada juga software yang harvest senarai email dari forum2 dan pelabagai tempat lagi..tu yang diorang main hantar banyak2 email tu

  20. aizat kamal

    ekonomi dunia yg makin terok buat orang x menentu…
    akan buat apa ja asalkan dapat duit…

  21. wanmus

    @aizat kamal: macam2 cara akan di buat kalau dah tertekan nak cari duit

  22. aidi

    mcm mana nak beza email ori atau scammer?

  23. wanmus

    Mudah je..bro cek url yang diberikan. Jika berlainan dari sepatutnya, itu scammer.
    *Bank tak pernah hantar email makluman. Jika ada kes emergency sebegitu, memang akan call dan bukan melalui email je

  24. mhnizam

    scammer ni skrg dah berlambak dari sms,email semua diorg sapu…geram gak ngan diorg ni