Artikel SEKS hari ini…

Penulis: wanmus Kategori: Uncategorized Tarikh: 20 August 2007 | 12 komen

artikel seks hari ini?semua mesti pelik kenapa tajuknya macam ni..tapi baca dulu apa yang ingin dikongsikan bersama-sama..

Nenek 65 tahun masih jual tubuh
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Realiti yang mengejutkan apabila masih ada warga emas mencecah usia 65 tahun terus bergelumang dosa dengan menjadi pelacur di Jalan Chow Kit di sini, sehingga menimbulkan persoalan mengapa perkara ini harus terjadi.

Wanita yang layak digelar nenek itu mendakwa masih perlu ‘menjual’ tubuh untuk meneruskan hidup selain memastikan anaknya berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti.Perkara ini didedahkan Presiden Persatuan Wawasan Warisan Wanita (Warista), Dr Mai Sargeant selepas melakukan lawatan ke kawasan hitam sekitar Chow Kit serta beberapa rumah perlindungan kepada penagih dadah, pekerja seks dan golongan mak nyah, semalam.

Menurutnya, lawatan yang disertai lapan ahli Warista itu cuba mendekati golongan berkenaan, sekali gus cuba mendapatkan gambaran sebenar masalah dihadapi mereka.
“Ketika melawat rumah perlindungan Yayasan PT yang menyediakan program pemulihan kepada wanita dan mak nyah, saya dimaklumkan nenek terbabit menggunakan wang lacur untuk membesarkan anaknya.
“Namun, selepas anaknya berjaya mendapat ijazah serta pekerjaan bergaji lumayan, dia enggan mengaku wanita tua itu ibunya kerana malu,” katanya.

Menurutnya, perbuatan itu amat dikesalkan, namun ia dianggap antara cerita `duka’ golongan berkenaan yang perlu dijadikan iktibar.”Hakikatnya golongan ini bukan mahu menjadi pekerja seks. Mereka mempunyai cerita pahit dan sejarah duka hingga terjebak ke lembah hina.

“Malah, kurang pendidikan dan latar belakang keluarga bermasalah turut menjadi punca mereka menjadi pekerja seksi. Namun, maklumat juga mendapati ada antara pekerja seks di kalangan mak nyah adalah siswazah,” katanya.

Menurutnya, sikap orang ramai yang memandang hina dan menyisihkan golongan ‘lembut’ menyebabkan mereka seolah-olah tiada tempat dalam masyarakat sehingga akhirnya terperangkap dalam kancah pelacuran.

“Lebih membimbangkan apabila golongan ini tidak mendapat pembelaan sewajarnya berikutan sikap masyarakat yang lebih memandang hina berbanding keinginan membantu mereka mengubah cara hidup.

“Akibatnya ada antara mereka terpaksa membawa anak kecil ketika menjual tubuh, malah bekerja 24 jam sehari bagi membesarkan anak-anak,” katanya.

Helah ‘gadis kuaci’
Oleh Zainal Zawawi Mohamed

KUALA LUMPUR: Kebanjiran wanita warga China atau lebih dikenali sebagai ‘gadis kuaci’ dikesan berpura-pura menjual makanan ringan itu kepada pelanggan yang mengunjungi sebuah restoran di Jalan Pasar, di sini, sebelum menawarkan perkhidmatan seks.

Golongan itu dikatakan mampu memperoleh pendapatan sehingga RM20,000 dalam tempoh 15 hari sebelum pulang ke negara asal sebaik pas lawatan sosial mereka tamat tempoh.

Wanita yang ‘mencari makan’ dengan menawarkan khidmat seks itu akan mengunjungi setiap meja kononnya untuk menjual kuaci tetapi sebaik mengesahkan pelanggan itu bukannya pihak berkuasa mereka akan terus menawarkan khidmat seks.

Gadis kuaci terpaksa berpura-pura menjual biji tumbuhan itu kerana takut kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

Tinjauan Harian Metro di restoran itu mendapati gadis asing terbabit akan mula memenuhi setiap sudut restoran sambil membawa bungkusan besar kuaci setiap seorang kira-kira jam 7 petang.

Ada belasan gadis kuaci akan muncul di sekitar restoran itu tetapi mereka akan memerhati pelanggan yang sedang minum atau makan sebelum mengunjungi meja itu dengan menawarkan kuaci.

Apabila pelanggan prihatin membeli kuaci itu gadis yang hanya faham bahasa ibundanya akan terus menawarkan khidmat seks dengan menunjukkan bahasa isyarat.

Harga ditawarkan bagi perkhidmatan gadis berusia 20 hingga 30-an itu ialah RM60 hingga RM80 untuk `short game’.

Tinjauan mendapati, sebaik membuat pembayaran gadis kuaci itu akan membawa pelanggan ke bilik sewa mereka untuk melakukan hubungan seks dan tidak lagi menyewa hotel seperti dilakukan sebelum ini.

Gadis kuaci dikatakan menggunakan modus operandi baru itu bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

Difahamkan, gadis itu tidak menggunakan khidmat ‘bapa ayam’ kerana tidak mahu mempunyai ikatan dengan mana-mana pihak selain mahu memperoleh pendapatan lumayan.

Jadi, dimanakah kita dalam hal ini? tiap-tiap hari ada berita mengenai seks, rogol, aksi lucah, video lucah dan macam-macam lagi..apa tindakan kita?



  1. mhnizam

    kadang2 terfikir juga,dah banteras tapi keadaan ni masih berlaku dan peliknya makin berkembang.Akhirnya kita kena akur bahawa hukum manusia itu banyak lemahnya,kembalilah kepada hukum Allah

  2. Ronaldmohoni

    Pelacuran ini bermula sejak dahulu kala lagi. Sukar untuk dibendung. Jika baca kat blog Mazidul Akmal pun, kes pelacuran nih tak pernah berhenti.

  3. kasimo

    mungkin kena tubuhkan satu jabatan khas bagi banteras masalah ni…

    hari-hari p serbu tempat panas….

  4. akuorgkmpng

    mkin mnjdi jdi benda trkutub ni..
    yg tua pn x mau tobat2 lgi..
    tau nk syok ja..

  5. akuorgkmpng

    manusia mmg lemah utk mlwan nfsu ni..
    hnya 1 cra ja nk hlang.. dekatt2 kn lah dgn yg maha Kuasa..

  6. akuorgkmpng

    mmg susah nk bnteras gejala ni.. tmbh2 lgi dgn pngaruh luar yg negatif.. mudah sgt la trjebak

  7. akuorgkmpng

    ntah la nk ckap apa.. klu ada pn, susah cuba nk bnteras.. sbb org skrg pndai cari port..

    cara mudahnya.. kena kn hukuman yg dsyat..

  8. mat kalut

    yang dekat tu mmg satu hal dah,penguatkuasan tu yg lemah,org skang xtkut undang2 lagi,undung allah xnak pkai

  9. mat kalut

    haha,btul tue..kalau dah org atasan pn ske makan luar camne nk banteras,semua pkai kabel huuuu

  10. mat kalut

    haha,dia xpkir dah tu mati,pkir nikmatttt jaaaaa hahahaha

  11. Ladfe Amir

    pelacuran adalah pekerjaan pertama dan masi bertahan lagi sehingga kini.

  12. Ladfe Amir

    yang haram itulah kebanyakan orang suka lakukan. tambah2 lagi jika ianya melibatkan part sedap ni.