Ape pompuan tak suka dan apa lelaki jawab…

Penulis: wanmus Kategori: Blog | hidupku | Kasih sayang | Lelaki dan Perempuan | positif | review | Share | si dia Tarikh: 04 July 2008 | 10 komen

man-woman

Ape pompuan tak suka dan apa lelaki jawab…

Ni dapat dari blog syahumaira. Sebagai panduan untuk kita.best n kekadang kelakar pun ada..just untuk share supaya kita tahu pendapat kedua-dua belah pihak..barulah flat n square bak kata omputih..

yang ada background biru tu pompuan tulis (luahan hati) dan yang bawah tulisan tu jawapan dari hati lelaki..P=pompuan & L=lelaki

1. MENINGGIKAN SUARA

P=Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

L=Kalau tinggikan suara dikatakan ego.
Kalau rendahkan suara cakap perlahan dikatakan macam cakap dalam kelambu.
Kalau halus suara dikatakan pondan !!

2. MAIN KAYU TIGA

P=Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

L=Yang menggoda lelaki tu…. bukan perempuan ker? Kenapa dah tau lelaki tu ada awek pun pompuan sanggup goda lelaki? Nak salah laki juga ker? Lain ler kalau yang mengoda laki tu si jantan jugak!!

3. SUKA ‘CUCI MATA’

P=Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun
sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

L=macam ler pompuan tak penah cuci mata !! Siap boleh cakap ‘ alamak hensemnya !” depan bf sendiri. Ada lelaki marah ker? Lelaki cool jer la…. tak rasa tercabar pun….

4. MENGONGKONG

P=Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macammana tu?

L=Kalau kita tak tanya , tak ambil tau dikatakan tak caring la… tak romantik la…. macam-macam tak lagi la…. Dah ambil tau…dikatakan mengongkong!! Saja nak cari gaduh la tu…!!

5. EGO

P=Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

L=Kalau rimas ngan ego lelaki… jadi la les….. tak payah pk pasal ego lelaki!
Lelaki mana yang dijadikan sebagai pemimpin wanita tak ada ego! Pondan pun ada ego …!!

6. MENIPU

P=Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

L=Bila lelaki cakap yang benar pompuan tak nak percaya. Pompuan cuma nak dengar apa yang sesuai dengan pendapat dia. kalau hitam dia kata, lelaki pun kena kata hitam walaupun benda tu putih..!! Benda ni pun 2 x 5 …la….

7. PERASAN

P=Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!

L=Itu juga tanggapan pompuan saja. kerana perempuan perasan mereka cantik dan dengan senangnya dapat menawan mana-mana lelaki hensem. Tapi sayang lelaki hensem ini terpikat pada perempuan yang plain dan tak menarik di pandanag pompuan perasan tu. Tu yang kutuk sakan…..!! pastu kutuk ada jantan muka cam tongkang pecah ank ngorat dia..etc…! Lelaki tak penah menghina pompuan dengan gelaran tongkang pecah…..

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

P=Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

L=pompuan hanya mahu perasaan mereka dijaga. Tidak penahkan mereka terfikir nak jaga perasaan lelaki?

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

P=Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

L=kalau diberikan perhatian yang penuh dikatakan MENGONGKONG !!

10. CEMBURU BUTA

P=Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

L=Takkan tak penah dengar pepatah CINTA ITU BUTA. Bila laki cemburu dikatakan cemburu buta….. betul ker cemburu buta. Kalau laki cuci mata dah boleh buat pompuan isytihar perang besar tu cembru apa hah? barangkali itu bukan cemburu tapi BUTA PERUT !!

11. MATA DUITAN

P=Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

L=Dah tau tak lojik mengapa biar sampai terkikir. Nampak sangat pompuan tak guna akal. And I believe pompuan yang tulis artikel ni lagi la tak guna akal!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

P=Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja.

Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

L=takde keja nak bagi anak orang makan apa? pasir ? tanah?
ulat lam batu pun boleh mati !! ingat senang ker nak dapat kerja….! berjuta penganggur tu. Tak reti bersyukur langsung pompuan ni yang dapat laki yang komited ngan kerjaya!!

13. PANAS BARAN

P=Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak tendang? Kalau nak sepak tendang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah.

Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

L=dah tau laki panas baran nak jugak kat laki tu. Pilihan berlambak…!! takpun laki tu dah cakap elok2 taknak dengar..sape x panas.orang cakap semua xnk caya.

14. KAKI MEROKOK

P=Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

L=cari jer la orang yang tak merokok. Dah kenal sejak azali laki tu merokok. yang nak jugak kat dia buat apa? Bukan dia merokok selepas kenal pompuan tu…

15. PENGOTOR

P=Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

L=Nak suruh lelaki pakai parfum yang sebatu pun orang boleh cam… macam pompuan pakai? jarang basuh seluar tu.. maknanya pasangan jantan tu pemalas & pengotor jugak..

16. GELOJOH

P=Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

L=Gelojoh.. isu yang sengaja ditimbulkan… kalau nak lihat kegelojohan yang sebenar pegi kenduri kawin tengok sapa yang gelojoh nak makan, gelojoh nak bergosip… gelojoh nak tayang barang kemas….gelojoh tayang bodi…

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

P=Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

L=kawan -kawan tak ajak keluar selalu.. kalau ada aktiviti baru ajak…
pompuan… dia rasa boring jer… ajak je laki keluar tak kira masa..!!

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

P=Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya.

Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

L=Lelaki menghargai dengan kejujuran hati bukan dengan kata-kata. Kata -kata boleh disalah tafsirkan oleh pompuan. Lelaki wat keje x kecoh2 cam pompuan.

19. PUTAR BELIT

P=Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

L=‘putar belit’ ini ialah istilah pompuan bagi mana-mana jawapan anda yang tak sam dengan dengan apa yang terkandung dalam fikiran nya. ditambah pula dengan batu-batu api…. mengapi-api….. citer yang bukan-bukan…..! Lihat siapa yang karang kan email layang yang heboh satu malaya, siapa yang heboh sms layang yang tengah hot ni.. Jantan ker?

20. SUKA KONTROL MACHO

P=Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga! .

L=lelaki yang tidak ada keyakinan diri buat apa. Kalau nak tunggu pompuan kata macho baru nak yakin dirinya macho… baik tak payah jadik lelaki. pondan pun lagi macho kalau macam tu…

sekian harap maklum..

p/s: jangan gaduh2, yang penting gunakan artikel ni untuk kite lebih memahami. kita same je baik pompuan atau lelaki. same2 ada kekurangan. jangan terlalu harapkan KESEMPURNAAN pada pasangan. Ambik sebagai pedoman hidup..Setiap orang berbeza sifat dan perangai..Cubalah saling memahami..

HangMan

Credit for Syahumaira



  1. tension grl

    i tension dgn bf i jelus je memanjang.
    pantang ade i kait dgn laki mcm lh i duk dunia perempuan..

    buat assgmnt buat keje dgn laki pun komplain bkn i ni sgt kt laki lain..
    ade time tue lect suh 1baris kn duk.. so i terpakse duk sblh guy ni than sblh guy ni ade gf die dh.. tue pun die suh tkar bkn i ckp pun dgn guy tue..

    tension2…

    event dgn lect laki pun kne cre full..

    btl stment kt ats.. pgi mne je nk tahu.. bile time die pgi mane2 blik keje or ape x bgtau pulak mane lh i xtension..
    tpi xpe i saber je tpi nk sabar tahap mane..

    nanti i nk kawin dgn die jgk..

    mcm mne nak buat??

    i bakal nk hidup lame dgn die..
    we dh couple 4thun…

    die mcm xfhm2 lgi i ..
    tpi kate i xfhm die, i fhm die sgt2.. tpi laki dlm dunia ni sape i nk elak..
    even i ckp dgn abg kndung i pun die nk jelouse..

    how to solve my problem…

  2. wanmus

    wahh panjangnya..hehe..lelaki ni sebelum kawen memang camtu. sape tak jeles lagi2 salah sorang dah keje.tapi awak kene syak dia jugak sikit2 tau. takpun awak belikan ebook rahsia cinta lelaki ni dan bagi kat pakwe awak. insyallah dia paham. leh dapatkan di
    http://www.panduancintalelaki.com/index.php?ref=wanmus

  3. qaseh

    Asslmkm…sebagai wadah untuk difikirkan bersama.Bukan menunjukkan sy ni serba sempurna…sekadar berkongsi rasa!!!Tidak lelaki,tidak perempuan,semua mengharapkan mendapat jodoh yang baik.Berdoa siang dan malam,memohon didatangkan seorang pemimpin yang dapat dibawa ke tengah ke tepi.Dapat dikongsi susah dan senang,samada sebelum kawin atau selepas.Nah…setelah Allah kurniakan,Allah terbitkan rasa kasih di antaranya,maka bermulalah episod benci tapi rindu!!!Harus kita berpaling pada permintaan kita sebelumnya.Bukankah kita mengharapkan pasangan yang baik???Kenapa kita dapat si fulan,bukan si fulan yang lain.Sebab itulah pilihan Allah Yang Maha Tahu.Maka dialah yang terbaik untuk kita.Tarbiahkan hubungan iman dan takwa,jangan didahului dengan nafsu serakah…Iblis kan suka menghasut!Lihatlah,apa yang jadi bila nasfu di dahului…tak kan kekal hubungan tu.Didatangkan pelbagai ujian…tak kira lah dari pihak perempuan atau lelaki.Ada lelaki jujur,tapi pompuan pulak buat pasal.Dikikis segala duit n harta lelaki.dah tu cari jal;an tabur fitnah…kata lelaki ada airlah,cemburu butalah,panas baranlah..macam-macam.Kerana apa?Semata-mata nak lepaskan diri.Lelaki pulak,asal saja dapat popuan yang boleh diatur sesedap rasa…hah,ambik kau!!!Maka,tibullah manis madu sepah dibuang…Siapa punya keje ni?Siapa yang nak disalahkan???Hah,sendiri mau ingat,kitaaaaaaa yang salah.Agama kita letak kat tapak kaki.Maruah mak bapak kita toing kat punggung…maruh sendiri jangan cakaplah..HANCURRRRR…Allah tak pernah menzalimi hambaNya.Tapi kita…ketidaksempurnaan itu memang sifat makhluk dahhhh.Sy ni pun banyak diuji Allah.Pengalaman mengajar sy erti sabar dan tabah menghadapi kerenah suami.Dalam pada sabar pun,suami masih leka menangung ego.Sy pilih jalan terbaik untuk anak dan sy,agar sy tidak dibelenggu dosa hari-hari.Tipulah sy,andai sy kata sy tak pernah derhaka pada suami.Kelantangan suara,mencari hak sebagai isteri,walau sebenarnya sy di pihak yang benar…tetap derhaka namanya…Penceraian jalan terbaik,kerana tidak semua bercerai itu buruk akibatnya.Tengoklah pada keadaan…Hati kena bersihkan dulu,banyak-banyak buat solat taubat dan hajat.Nescaya,Allah akan beri petunjuk.Ditakdirkan sy bertemu jodoh pulak…dapat anak tiri.Sy diduga lagi.Namun,hati cekal mengata,apa yang Allah takdirkan bukan sia-sia walau terang-terang suami membuat beza..Sy letakkan Allah di depan dan suami ke dua,kerana syurga neraka ada padaNya.Allah melaknat isteri yang derhaka..tapi Allah Maha Pengampun.Kita tak akan dapat memuaskan hati pasangan kita kerana kita bersifat makhluk yang punya nafsu tak terkawal.Andai kalian yang membaca wadah ini,ambillah ikhtibar,jangan perdayakan kelemahan pasangan kita semata-mata untuk memuaskan agenda kita…Balasan Allah tetap ada,cuma cepat atau lambat.Bagi perempuan,andai rasa diri teraniaya,kebbali pada muhasabah diri…jangan lagi menungkit salah lelaki.TentukanAllah di depan kita.Banyak mengharap pada Allah…nescaya kita kan dapat hidayah,adakah pasangan itu memang untuk kita.Jika ada ruang untuk menjauh dan itu yang terbaik,lakukanlah dengan berhemah.Begitu jugaj dengan lelaki.Akuilah andai kamu bersalah…tak kan hilang maruahmu dengan mengakui kesalahan.Didiklah diri mencari jati diri abadi,kerana kalian sebenarnya pemimpin yang dipilih untuk kami.Jangan menyalahkan kuasa yang kamu punya kerana kudrat seorang wanita tak dapat menandingi kerakusan nasfu dan ego kalian.Hati yang terpimpin dengan iman tak akan tergama perlakukan insan bernama perempuan seperti budak suruhan…Kita sama makhluk,sama punya rasa sakit benci dan sayang…Akuilah…kasih sayang yang dianugerahkan Allah Al Khalid,jangan disia-siakan….maafkanlah andai sy bnyk menyinggung…kerana yang buruk dan bodoh adalah sy.Yang baik dan cantik milik Yang Kuddus….

  4. akuorgkmpng

    semua ada jwppn balas.. haha..
    bgus2..

  5. Ronaldmohoni

    Biasalah tu. Yang paling penting, Saling faham memahami. Jika berlaku pertelingkahan, salah seorang harus mengalah.

  6. SYAIFUL AZHAR

    yg pnting persefahaman pasangan tu

  7. SYAIFUL AZHAR

    pnjang tol ko merepek ak bca pndek je
    hehehehe

  8. SYAIFUL AZHAR

    cinta ni perlu saling percaya
    xleh nk ikut 1 pala je mmg parah la

  9. mhnizam

    kalau kita nak semua perfect payahlah kan…kena sama2 terima kelemahan..kalau yg boleh ubah tu kena ubahlah

  10. muhammad naim

    cinta memang selalu membuatkan saya x tentu arah dalam kehidupan,,,jadi biar lah bercinta selepas kawin,,mungkin itu lebih mengasyikkan