Anda Makin Kreatif Ketika Rileks Tau
Berfikir guna otaklah! Fokus sikit, baru berjaya! Yup, itulah ayat yang selalu mak ayah bagi kat anak-anak time belajar..Namun tahukah anda bahawa otak kita lebih kreatif untuk menjana idea ketika rileks?? kenapa pelukis perlukan tempat yang tenang untuk melukis? Kenapa untuk rehatkan jiwa, kita perlu membaca Al-Quran atau pergi tepi pantai dan bukannya pusat karaoke?
Jawapanya, sila teruskan membaca post ini 🙂
Ok, ceritanya pada hari tu saya ada pergi ke Petrosains (sebab nak tahu jugak ada apa yang orang cakap best sangat). Jadi dalam sepanjang penjelahan 3 jam dalam Petrosains kat KLCC tu, macam-macam idea saya dapat tengok. Semuanya berasaskan konsep sains yang kita belajar masa sekolah dulu.
Tima duk jalan tu, sampailah kat satu bahagian iaitu Mind Game kalau tak silap. Ianya perlukan 2 pemain menggerakkan bebola besi menggunakan tangan & kaki otak sahaja untuk dimasukkan ke gol pihak lawan. Time saya pergi tu ada family chinese duk main. Sebelah anak pompuan dia maybe masih sekolah rendah kot. Sebelah lagi abang budak ni maybe sekolah menengah.. Dan pemenangnya, budak pompuan tu..Saya pun naik pelik kenapa adik boleh menang. Saya fikir sebab otak budak lagi kot, jadi fresh..tak macam otak abang dia dah macam2 menda tak elok masuk..ehehehe
Oleh kerana tak puas hati, mak budak ni pulak fight ngan anak pompuan dia tu, dan sekali lagi mak dia ditewaskan dengan mudah. Mak sedara dia pun tak puas hati, fight punya fight, last2 tetap kalah dengan budak pompuan tu..Saya pun tak puas hati..takkan orang tua yang banyak makan asam masin pun kalah ngan budak hingusan..
Dalam keadaan terpinga2, saya pun mencari rahsia game ni..cari punya cari, adalah papan info kat situ..nahhhh itu rupanya rahsia.. Nak tahu rahsianya??? Rahsianya ialah …japlah nak cerita lagi ni (bersambung kat bawah).. Then lepas tau rahsia, saya pun cabar buah hati saya untuk fight tgk sape menang..Hehehe saja je wat dia berani. then kitorang pun bersiap pakai belt game ni kat kepala. Dengan lafaz Bismillah, kami mulakan game..main punya main (bukan main ape tau, jgn salah faham) game tu, akhirnya saya menang dengan 2 percubaan sahaja saya dah berjaya menjaringkan gol..hehe
Apa lagi, buah hati saya ni tak puas hati dan nak korek rahsia, jadi saya bagitau, bacalah kat papan info tu sambil tersenyum dengan bangga.. 🙂 ..Jadi rahsianya ialah :
Otak kita menghasilkan gelombang alpha, beta, theta dan delta. Di saat ketika rileks, anda menghasilkan lebih banyak gelombang alpha dan delta. Lebih banyak gelombang alpha dan delta dihasilkan maka lebih banyak idea dapat dijana dan lebih kreatif. Begitu juga dikala anda terlalu fokus kepada sesuatu benda, makin kuranglah gelombang alpha dan theta dihasilkan. Jadi makin anda fokus pada sesuatu benda, makin kuranglah idea terjana.
Jadi nak dikaitkan dengan game tadi, pemain yang lebih rileks akan menang dengan mudah. jadi saya sedang bermain, saya bayangkan tengah duk tepi pandai dengan bunyi air laut yang tenang..Dan itulah memberikan saya kemenangan..Buah hati saya pula fokus je untuk memasukkan bola tersebut ke dalam gol saya. So, lebih rileks anda, lebih banyak idea dapat dijana, anda lebih kreatif dan anda mampu mengawal situasi dengan lebih bijak. Inilah kenapa lelaki dijadikan sebagai ketua kerana lebih tenang berbanding perempuan, ini penting untuk membuat keputusan yang terbaik dan tidak terburu-buru.
1. Gelombang alpha – gelombang ini mempunyai frekuensi di antara 9 – 13 Hz, orang yang berada dalam gelombang otak ini akan berasa tenang, santai dan tidak banyak berfikir. Gelombang Alpha biasanya wujud pada peringkat permulaan hendak tidur. Gelombang alpha sangat bagus untuk mencetus kreativiti.
2. Gelombang Beta – gelombang ini mempunyai frekuensi di antara 14 – 30 Hz, juga dikenali sebagai gelombang semasa sedar. Orang yang berada dalam gelombang otak ini akan berasa bersemangat dan ghairah. Seringkali seseorang yang berada di dalam tahap gelombang otak ini akan bertindak terburu-buru dan pada waktu malam sukar untuk tidur. Fungsinya adalah untuk mencetus keghairahan dan semangat.
3. Gelombang Theta – gelombang ini mempunyai frekuensi di antara 4 – 8 Hz, orang yang berada dalam tahap gelombang ini sedang berada di antara keadaan sedar dan keadaan tidur. Gelombang otak ini memberikan ketenangan yang paling tinggi kepada orang yang mengalaminya. Pada keadaan ini, seseorang akan berinteraksi dengan minda separa sedarnya.
4. Gelombang Delta – gelombang ini berlaku apabila seseorang sedang tidur nyenyak dan bermimpi.
**Info gelombang otak dari 1001cures.biz
17 August 2009
Masa 4:18 am
oo patut la kalau saya releks byk je idea mencurah2, tp ble nk fokus nk wt abis ilang trus, kosong je otak huhu.. thanks bro for this 🙂
17 August 2009
Masa 11:18 am
@johnjimat: betul tu bro..lagi rileks lagi banyak idea. welcome
17 August 2009
Masa 12:28 pm
info berguna! baru aku tahu.
terima kasih
17 August 2009
Masa 12:52 pm
@megat: yup..memang sangat berguna
20 August 2009
Masa 1:28 am
ini bab punya cerita bleh baca buku dr tuah iskandar. banyak info menjana minda yang boleh dipelajari berkenaan penggunaan minda dengan optima..
20 August 2009
Masa 1:42 am
@abdfatah: wahh bagus info ni..Dr tuah memang byk pun buku bab2 cmni
07 February 2011
Masa 9:58 pm
time relax aku raser nak tidur tak palk raser kretif he he
07 February 2011
Masa 10:03 pm
sgt setuju..time relaks ar mcm2 idea timbul secara spontan dan kita tenang jer..
07 February 2011
Masa 10:12 pm
idea ader cuma takder action jer kan kan kna
18 February 2011
Masa 6:23 pm
Tak sangka ada perkara sebegini. thanks kerana berkongsi info.