Ada yang sejuk tak kak?

Penulis: wanmus Kategori: Internet | Perniagaan Tarikh: 21 May 2011 | 10 komen

“Kak..ada yang sejuk tak kak?” tulah pertanyaan saya pada akak penjualan minuman dan makanan ringan kat gerai medan selera jerteh.yerlah nak beli air 100 Plus tapi ada yang tak sejuk je..nak tahu apa jawabnya? (setelah ditranslate dari bahasa klate-besut)”Takde peti sejuk lah dik, akak jual pun gerai tolak ni je..macamana nak tolak peti sejuk”..Tergamam saya dengan jawapan tu..

Pastu saya jeling gerai sebelah pun sama..tak ada peti sejuk atau menunjukkan yang menjual air botol sejuk..oleh kerana dah dahaga sangat, saya beli je lah..yang saya geram kat sini adalah jawapan akak tu..Yerlah, ada kah nak jual air botol atau air minuman sejuk perlukan peti ais??

Setahu saya, berpuluh tahun hidup atas muka bumi ni, ada je orang jual minuman sejuk tapi tak ada peti ais..kan ada polisterin boleh masuk air batu tu..letaklah air batu..kan boleh jual air minuman sejukkkk..betull tak?kenapalah pendek sangat fikiran..nak kembangkan perniagaan macamana kalau duk stay macam tu je..

Katalah dia jual yang sejuk dan gerai sebelah tak jual, bukan ke perniagaan dia lebih untung??



  1. akuzle ayu

    itulah kalo dh rasa cukup ngan niaga mcm itu ajer. dh comfortable, dh contented.sudahnya mungkin sampai matilah level dier mcm tuh

  2. Peja - Asas Pendapatan Blog

    ni dkt mane ni?

  3. wanmus

    Tulh masalahnya..kalu org x buat,apa salahnya kte buat.

  4. wanmus

    Ni kt bndr jerteh.tepi econjaya tu.skrg dh lawo medan selera tu..tp xde lh peti ais..hehe

  5. muhammad fakhruddin

    Selesa dalam comfort zone, malas mencabar diri masuk ke dalam courage zone.

  6. Sabahan Bloggers Club

    Salam.
    Hahahahaha…. Pedas gak jawapan dia tu? Kalau saya mau lari terus tak jadi makan kat situ.

  7. Malaysia Travel Blog

    dia tak nak untung lebih kot. Musim cuaca terik macam sekarang ni, sure banyak yang nak cari minuman sejuk…

  8. cara buat duit online

    mmungkin cara jawab dier yang buat ko angin tapi kalo ko tanya “kak mintak ais boleh?” mungkin dier boleh paham ha ha

  9. ejoncb

    lama tak pergi jerteh, dulu econ jaya tu kita taraf the stores la tu kan..hehe.. Asal Bro tak suggest kat akak tu, apa kata akak letak air tu dlm sekotak ais!.( Dia takut tak untung kot beli ais dgn air tu)

  10. wanmus

    a’aaa..kire pasaraya besarlah kt jerteh tu..hehe..alaa dah jawapan macam tu, malas nak bagi idea, nanti banyaklah jawabnya..