Status Carian "Perniagaan internet"

Sekitar Seminar JomSeminar

Penulis: wanmus Kategori: Business | hosting | Internet | jomseminar | review | seminar internet | Share Tarikh: 12 May 2008 | 11 komen

JOMSeminar yang telah dijalankan semalam 10hb Mei 2008 di Hotel Armada, Petaling Jaya telah berjalan dengan jayanya..saya pun tak lepas join sekali..Alhamdulillah segala input yg diberikan adalah yang diharapkan..Sebab bercakap melalui ilmu dan bercakap melalui pengalaman adalah dua situasi yang berbeza sebab pengalaman akan mengajr segalanya..tapi ilmu pun tetap perlu untuk berjaya..Sebab tu saya join seminar perniagaan internet ni sebab nak cari ilmu perlbagai bidang dan strategi dalam sehari adalah mustahil akalu search internet jer..tu yg join..fuhhhh…tak sangka (more…)

Tentang WanMus

Penulis: wanmus Kategori: Tarikh: 17 August 2007 | 2 komen

Wanmus.com adalah asas kepada nama wan mohd musyris…beliau seorang pelajar di UTM Skudai dan mengambil Ijazah (Master) Kejuruteraan Mekanikal selepas tamat Ijazah Sarjana Mudanya (Degree) juga di UTM dengan jurusan Kejuruteraan Mekanikal-Major Kejuruteraan Bahan.

Anak muda hensem kelahiran Besut, Terengganu ini memulakan pembelajaran mengenal erti ABC di Tadika Yayasan Islam di Batu Burok sehinggalah dipindahkan ke bangunan Tadika Yayasan Islam K.Terengganu. Selepas dah kenal ABC, beliau pula bergerak ke Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 1 (SRSS1) yang juga di K.Terengganu bagi pembelajaran yang lebih tinggi. Oleh kerana ayah kerja kerajaan, terpaksalah berpindah ke Dungun dan bersekolah pula di Sekolah Rendah Sultan Omar (SRSO) selama 3 tahun (Darjah 2-5). Lepas tu kena hantar balik ke K.Terengganu sebab kerajaan panggil balik.

Lepas habis Darjah 6 di SRSS1, beliau mula angankan untuk ke MRSM tapi hampa. Beliau hanya di terima di Sekolah Panji Alam walaupun UPSR dapat 3A 1B..huhu..tapi bukan setakat di situ sahaja. Akhirnya beliau diterima masuk ke SMKA Sheikh Abd Malek (SHAMS) bermula penghujung Tingkatan 1 hingga habis SPM. Kerana ego, beliau menolak tawaran matrikulasi sebab dapat kolej yang hampir nak roboh 🙂 ..Ego pun ego jugak, tapi takut tak dapat mana-mana sambung belajar risau jugak. Tapi kerana berkat ibu bapa, akhirnya anak muda hensem ini diterima direct untuk ke Degree di UTM. Alhamdulillah..

Sehingga kini, walaupun beliau bergelar Siswazah Kejuruteraan Mekanikal (dan dah hantar borang untuk daftar BEM untuk Jurutera Siswazah), hati beliau tetap dengan perniagaan internet yang mula beliau ceburi sejak 2005-2006 lagi.

Wanmus adalah pengasas syarikat Wanmus Technologies (JM0499956-W) yang beribu pejabat di JB dan cawangan di Terengganu. Dengan syarikat ini, beliau telah membangunkan beberapa perniagaan internet iaitu:

  1. Wanmus.com
  2. JOMHosting.net
  3. asasministe.com
  4. myekamus.com
  5. duittwitter.com
  6. duitsurvey.com

Blog Lama Tak Update Tapi Still Ramai Pelawat Sebab Kekuatan SEO

Penulis: wanmus Kategori: Cara Bayar Bil Online | jomhosting | kadkahwincantik.com | Perniagaan Internet | Search engine | SEO Tarikh: 16 March 2013 | 8 komen

Perghh panjangnya tajuk gara-gara lepas geram lama tak update blog kot..lama tak menconteng kat blog kesayangan ni..Namun masih terkejut sebab rating pelawat masih tinggi dan tak menjunam jatuh. Kenapa? Kenapa? Semuanya sebab SEO atau search engine optimization yang diguna pakai kat blog ni. Jangan risau blog tak update (tapi jangan lama sangat tak update) sebab jika SEO rating blog tu tinggi masih akan ada pelawat aka visitor dek google yang akan membawa pelawat tu ke blog kita tanpa diminta.. tak caya tengok graf sitemeter blog wanmus ni kat atas tu.. (more…)

Seminar Niaga Wajib Anda Sertai

Penulis: wanmus Kategori: Berniaga | Seminar Niaga | wanmus | Wanmus Technologies Enterprise Tarikh: 13 August 2012 | 13 komen

Seminar Niaga akan dianjurkan lepas raya nanti bertujuan untuk membantu sahabat-sahabat yang ingin berniaga, ingin mengembangkan lagi perniagaan atau ingin mempertingkatkan jualan perniagaan. Anda yang baru nak mula, ada idea nak berniaga, nak berniaga tapi tak tahu nak meniaga apa, dah berniaga tapi juala kurang memang sesuai sertai seminar ini. Ini bukan macam seminar sangat tapi campur bengkel kerana ianya lebih kepada interaksi 3 hala yang pasti dapat membantu anda nanti.

(more…)

Jeles Diriku Kat Korang Semua!

Penulis: wanmus Kategori: hidup seorang blogger | internet marketer | Kerja | Kerja Kerajaan | wanmus.com Tarikh: 09 August 2011 | 14 komen

Jeles..jealous..cemburu..dengki.. dan seangkatan dengannya lagilah..yerlah apa korang dapat tapi saya ni tak dapat..yerlah bila tak dapat apa orang lain dapat memanglah naluri manusia biasa akan jeles dan dengki..tapi apa boleh dibuat, dah ditakdirkan saya sebegini..takdir yang membezakan antara kita..yang memang tak sama tapi mungkin satu hari nanti akan sama..hmmm..apa lah nasib diriku ini..

(more…)

Kaya Dengan Menjadi Agen Topup Prepaid?

Penulis: wanmus Kategori: Bisnes | Buat duit | Celcom | Digi | Maxis | Prepaid Tarikh: 05 August 2011 | Tiada Komen

Bila sebut prepaid,rasanya semua orang pernah guna pakej prepaid talian handphone kan? Tak kiralah topup maxis ke, topup celcom ke, topup digi ke, atau apa jua nama..sekarang ni lagi lah, budak sekolah pun dah pakai handphone dan mestilah guna prepaid..Jadi pertanyaan di sini, betul ke boleh kaya dengan jual topup prepaid ni? bisnes topup atau perniagaan topup prepaid ni memang berkembang pesat sekarang ni..tengoklah semua kedai nak jual topup..Restoran jual topup, kedai runcit jual topup, pasar malam pun jual topup..

(more…)

Hidup Seorang Blogger

Penulis: wanmus Kategori: Blog | Blogger | Buat duit | Duit dengan blog | hidup seorang blogger | Social bookmark | Syukur | wanmus Tarikh: 22 August 2010 | 35 komen

Hidup Seorang Blogger tu indah ke? ceria ke? sedih ke? Happy ke? Hanya blogger tu sahaja yang tahu bagaimana HIDUP SEORANG BLOGGER..tak kisah blogger tegar, sampingan atau pun picisan, kita sebenarnya sebahagian dari reporter seluruh dunia tau..Jangan ingat tulisan korang tu orang kulit coklat atau sawo matang sahaja yang baca, kulit hitam, kulit putih, kulit kelabu, kulit pink pun baca tau silap2..Tulah hebatnya hidup seorang blogger ni, ada tu lebih terkenal dari seorang reporter maupun artis..Tak percaya?

(more…)

Domain Dot Com Murah RM28 Setahun [Limited]

Penulis: wanmus Kategori: Blog | Business | Discount | domain | jomhosting | Jualan Murah | Promosi Tarikh: 03 April 2010 | 14 komen

Tawaran Terhad! Limited! dari kami di JOMHosting.NET! Domain .com, .net, .org, .info, dan .biz yang biasanya RM35 setahun tapi kini kami tawarkan pada harga kos iaitu RM28 untuk tahun pertama bagi jangkamasa tertentu sahaja sehingga 12/4/2010. Iya, itulah tawaran tak masuk akal kami untuk membalas jasa pelanggan sedia ada dan untuk bakal pelanggan kami.

(more…)

Kenapa Saya Masih Di sini?!

Penulis: wanmus Kategori: Blogger | Blogging | Buat duit | Internet | Otai | wanmus Tarikh: 10 February 2010 | 19 komen

Kenapa saya masih disini? Kenapa masih perlu ada blog sedangkan saya dah ada perniagaan sendiri? Kenapa perlu saya berkongsikan pendapatan dan tips jika saya boleh kaya dengan semua benda tu? Kenapa saya masih mengaku newbie kalau orang baru pun boleh dapat gelaran otai? Kenapa saya masih berblog atau berforum?

(more…)

Masih Ramai Tak Percaya Dengan Online Banking

Penulis: wanmus Kategori: Business | ebay | hidupku | Pos | Setem Tarikh: 12 January 2010 | 38 komen

PEJABAT POS sesak

Nampaknya masih ramai rakyat Malaysia tak percaya dengan sistem perbankan atas talian atau online banking system ni..Kenapa? Bukankah itu lagi senang dari beratur panjang kat pejabat pos yang kekadang tu hanya buka 1@2 kaunter je?Bukankah itu makan masa yang lama juga? Kan lagi senang dengan klik2 je kat komputer tu..Kenapa?? kenapa???

(more…)