Rehat atau malas
Lepak, rehat atau malas? adakah ianya sama? hoho..susah nak jawab. kekadang kita rehat sekejap, orang dah kata kita lepak. Pastu dah kata lepak, kata pulak kita ni malas buat keje. Betul ke? atau kite betul-betul nak rehat sekejap?
yoshh..susah betul nak huraikan makna ni.
Mengikut kamus dewan edisi ketiga dalam software e-kamus saya,
1- Rehat = melepaskan lelah, mengaso
2- Lepak = budaya (tabiat) ~ amalan negatif di kalangan masyarakat, spt di kalangan remaja yg menghabiskan masa dgn duduk-duduk tanpa melakukan kegiatan yg berfaedah
3- Malas = tidak mahu berbuat apa-apa (bekerja dll), segan
Mengikut kamus Malay-English pula:
1- Rehat = rest
2- Lepak = very fair; to be tired; to idle; to be unemployed
3- Malas = lazy; reluctant
Jadi kita di tempat yang mana? saya kita sebenarnya bukan malas, tapi kurang berminat ngan kerja yang dilakukan sekarang. Kalau kita buat apa yang kita minat, insyallah tidak timbul soal malas. Tapi betul ke buat apa yang kita minat, kita akan buat bersungguh? hoho..susah betul hidup ni. Ada orang kata, untuk setiap pekerjaan yang kita lakukan, cuba buat dengan satu matlamat yang abadi. Buat perniagaan ni lagilah perlukan matlamat. Tak kira perniagaan online atau pun perniagaan offline.
Contohnya kita bekerja kat syarikat tu untuk tengok awek kerani yang cantik setiap hari. Tapi tak kan abadi kerana suatu hari nanti, awek tu akan berhenti kerja jugak. Apakah yang abadi? TUhan..ALLAH abadi. tetapkan niat bekerja untuk-Nya. Insyallah kita akan bahagia dan berjaya dalam hidup dan setiap kerja yang kita buat.
05 January 2009
Masa 10:00 pm
Betul, saya sokong. Kita perlukan ketetapan @ matlamat yg abadi.
Buatla sesuatu, kerana Allah Taala, kerana sesungguhnya, itu lebih baik.
07 February 2011
Masa 6:33 pm
betoi tu.. minat penting.. klu kita ni malas.. tapi klu kita minat, kita akn jdi rajin buat benda yg kita minat tu..
07 February 2011
Masa 6:35 pm
sebabb malas lah hidup kita tak kan kemaner kene rajin macam skang nih rajin mengomen ha ha ha
16 February 2011
Masa 11:18 pm
Minat tu penting.Jika kita tidak minat melakukan sesuatu perkara, malas akan melandah.