STOP Playing On HUDUD Issue!

Penulis: wanmus Kategori: 1Malaysia | Hudud | Islam | PAS | UMNO Tarikh: 04 October 2011 | 14 komen

We are Muslim..We are not UMNO, PAS, PKR or others to stand here just to say YES, Saya sokong hudud..once muslim, agree or not, we must implement hudud..STOP..STOP..STOP making a joke with hudud. Betullah pada akhir zaman ni Islam jatuh kerana umatnya sendiri..Tengoklah pembesar, berita dan akhbar melayu yang mempersendakan hukum Allah ni. Kalau non-muslim berkata begitu takpe jugak..ni sah-sah Muslim..Ya Allah..tak takut ke balasan Allah nanti? haa??

Jangan mainkan hukum hudud kalau nak menang pilihanraya. Hudud bukan hak PAS semata..tapi ianya adalah hukum Allah..Allah tahu bagaimana hamba-Nya jadi Dia juga tahu macamana hukuman terbaik buat hamba-Nya yang bersalah..tapi orang melayu sekarang lebih suka tengok cara orang putih tu..semua nak refer diorang.. Siapalah yang terbaik kalau kita nak yang terbaik kalau bukan dari pencipta kita..

Yang DAP, MCA semua nak mengamuk tu kenapa..Diorang nak hudud jugak ke?aduss..tak belajar habislah diorang.. cubalah pemimpin besar sekarang yang berkuasa tu bercakap benar..bagitau diorang macamana hudud ni.. ustaz dan ustazah rasa ramai jadi pemimpin besar, tapi kenapa tak betulkan? Sekali lagi nak bagitau yang ini bukan pasal UMNO atau PAS..tapi atas kesedaran sebagai Muslim! kalau kita orang Islam pun permainkan hukum Allah, apatah lagi yang bukan Islam..lagilah bertepuk tangan persendakan Islam..Nauzubillah

Pembesar dan Timbalan cakap belum sesuai HUDUD dilaksanakan di Malaysia sebab kita berbilang kaum!! – ada betul ke ni? hanya orang tak faham hudud je cakap macam ni..

Rasanya ustaz dan ustazah perlu betulkan fahaman diorang ni..TOLONGLAH!!

Berubahlah UMNO jika nak maju dan sokongan orang Islam kat Malaysia ni..kalau bab utama iaitu bab Agama Rasmi Malaysia, Agama Islam pun diperlekehkan..pemimpin macamana lagi kami nak sokong?? Agama rasmi tu sekadar di kertas sahaja ke? pertegakkanlah kalau nak menang pilihanraya ni..

*Ingat.. Allah tak tanya apa hasil dari apa kita buat, tapi Allah akan tanya apa yang sudah kita buat!



  1. kerol

    Kenapa orang kita nak takut dengan hudud jika dia tak buat salah? kesian kat orang yang buat salah? macam-macm dunia ni

  2. ROSLIZA

    Betul…saya sokong 100%.Kenapa orang Islam nak ikut orang bukan Islam.Kita ada jati diri kita sendiri.Tak menjadi masalah walaupun dijalankan di negara yang berbilang kaum sebab ia tidak melibatkan orang bukan Islam, yang muslim berdosa pertikaikan hukum Allah.Tunggulah balasan Tuhan.

  3. wanmus

    betul..takutlah ALLAH dan bukan DAP atau MCA..

  4. fauzi

    Perkara macam ni terjadi antaranya kegagalan kita sendiri sebagai umat Islam untuk memberi penjelasan dan gambaran sebenar tentang Islam kepada orang bukan Islam.

    Bertahun-tahun lamanya berkawan, tapi ramai yang tidak cuba beri penjelasan yang betul. Lagi dimomokkan ada la…

    habis tangan kena potong, macam-macam lagi…gambar kartun di utusan pun makin memburukkan keadaan.

    Kalau difahamkan dengan baik, pasti ramai yang setuju malah menyokong lagi usaha hudud ni

    Lagi satu, peribadi umat Islam Malaysia yang longlai ni memainkan peranan juga..

  5. wanmus

    umat islam kini sendiri yang lemah

  6. wanmus

    mereka takut dengan bayang-bayang sendiri

  7. Esempoi

    suatu hari nanti, manusia sendiri akan nak kepada hukum islam..

  8. Azim Norazmi

    Sy sokong wanmus… tak berat sebelah…. hehehehe

  9. bukit gambang

    betul tu, saya juga sokong..

  10. zuang

    Sokong WanMus!

  11. jihaddd

    masaalah dengan hudud ni,sipelaksana tu akan keluarkan perkara ni semasa nak pilihanraya,lepas tu sejuk.klu sebelumnya orang lain beri alasan,lepas tu dia pulak.jika kita betul2 nak laksana hukum hudud ni,buat dgn sungguh2,jgn hangat2 taik ayam aje

  12. sabree hussin

    hukuman yang digariskan dalam hukum hudud sebenarnya setimpal lah dengan kesalahan yang di lakukan

  13. wanmus

    masalahnya sebab pemimpin atas banyak menghalang..undang2 bukan boleh tukar jika orang atas tak luluskan dan banyak je cara diorang nak menyekat..tu susah tu

  14. atieyy

    tak paham hudud tp main cakap & hentam jer…kalau non-muslim yg x setuju atau hentam yer la…dh non muslim…ni org Islam sendiri yg hentam…hentam sbb apa…faham2 je la…