Salam Maal Hijrah

Penulis: wanmus Kategori: hidupku | Hijrah | Rohaizad | wanmus | wanmus.com Tarikh: 07 December 2010 | 6 komen

Salam Maal Hijrah 1432 buat semua sahabatku..Hari ni 1 Muharram 1432 merupakan tahun baru dalam kalendar Islam. Iya, ianya tak sama sambutan tahun baru orang putih tu 1 Januari nanti. Namun maknanya sangat besar sepatutnya untuk kita semua. Jom berhijrah semua orang boleh sebut. Saya pun mengaku banyak benda tak berhijrah lagi.

Tapi rasanya lepas kahwin, banyak yang dah berhijrah dalam hidup saya. Yerlah dulu hidup sorang2 kurang makna hidup ni. Sekarang ada jugak teman untuk setiap masa lagi2 orang yang berniaga online macam saya ni. Yerlah takkan nak bercakap dengan komputer ni..nak jugak bercakap dengan orang.

Hmmm sebut bab kahwin ni, ramai kawan2 dah kahwin. Kelmarin pun baru balik dari Butterworth ada kawan saya kahwin, Fuad ni member masa kat UTM, geng KKDK dulu2. Ezad pulak geng blogger yang baru kahwin minggu lepas tapi tak berkesempatan nak pergi turun JB. Yang paling penting, katanya ada geng blogger otai iaitu si ijad tu nak kahwin..katanya insyallah tahun depan..Ye ke? sama-sama kita nantikan..hehe..

Apa pun..kahwin juga adalah salah satu bentuk penghijrahan dalam diri dan hidup kita. Yang penting hijrahlah dalam bentuk kebaikan apa pun..jangan biarkan hidup kita statik..Insyallah tahun depan hidup saya akan berubah lagi bila tahun ni berdua dan insyallah tahun depan bertiga..sama-sama doakan ek.. 🙂



  1. tips-kurus

    Salam Maal Hijrah:)

  2. wanmus

    Semoga kita sama2 berhijrah ke dunia yang lebih baik

  3. lin azlina

    smg tahun baru hijrah ni sy akan dipertemukan dengan jodoh yang baik dan dapat membimbing saya ke arah kebaikan…

  4. mhnizam

    thn hijrah dah lama berlalu dah nak masuk maulidur rasul pun…jom kita hayati kembali azam kita dan kenang kembali perjuangan Rasullullah

  5. jutawansenyap

    masuk maulidur rasul nih kene banyak beselawat

  6. jutawansenyap

    jom kawin nagn aku nak tak ? he he