Sekolah Ponteng Tapi Nak Masuk Universiti
Sedih dengar anak melayu kita. Tapi tulah apa yang selalu saya dengar rintihan anak melayu terutama bila ramai kawan2 mereka masuk Universiti atau Kolej tapi dia dah terpaksa bekerja sebab tak diterima masuk mana2 IPTA..rasanya kalau kolej swasta atau IPTS tu tak susah nak masuk yang penting ada $$$$ kan? hmmm..bukan nak kata kat sape2, tapi hakikat yang saya dengar dari zaman sekolah dulu lagi.
“Saya nak masuk ATMA (sekarang UPNM) tapi tak dapat masuk sebab add math G, yerlah tingkatan 4 satu kelas pun saya tak masuk sebab PONTENG”
Perghhh pengakuan jujur seorang jurujual kat sebuah kafe yang saya sedang online sekarang ni. Oleh kerana berhawa dingin dan bertutup dengan kaca, apa mereka bualkan jelas saya dengar. Lepas tu dia cakap bapak dia kerja Navy atau Pegawai Tentera Laut, so ingat senanglah nak masuk ATMA, padahal tak semudah tu. Anak pegawai pun kalau syarat kemasukan tak lepas, takkan diorang nak bagi masuk.
Rasanya budak ni baru habis belajar dan masing2 bercerita latar belakang. Semuanya bersekolah kat Selangor ni dan semuanya melayu. SEDIH..SEDIH dan SEDIH.. Rasanya saya dulu pun ada jugak ponteng kelas sikit2 (hehehe..) tapi takdelah sampai satu hari, biasanya 1-2 kelas je terutama kelas sejarah..tu dapat SPM Sejarah 5C tapi subjek lain alhamdulillah (sebab tak pernah ponteng)..
Dulu nak ponteng sekolah punyalah takut. Kena ada sebab kuat dulu baru berani, kalau tak, tak berani. Yerlah duk asrama kan, nak ponteng ke mana sangat..Dulu ponteng pun samada duk kat surau sekolah atau ada “port khas” hehe tapi still dalam sekolah..
TAPI SEKARANG??
Tengok je lah gambar kat atas tu. Sempat saya rakam gelagat sekumpulan pelajar yang lompat pagar sekolah..Depan mata orang tu, rilex je diorang..tak malu sikit pun. Tu dah 2-3 kali saya terserempak ngan pelajar lompat pagar. Macam takde rasa bersalah langsung..Ya Allah..ingat duk kawasan anak2 orang kaya ni, semangatlah nak belajar, rupanya ada yang lebih teruk dari kawasan orang miskin. Bukan semua, ada sesetengah dari mereka..
Kalau orang miskin terpaksa berenti sekolah sebab tak ada duit, mereka ni pulak tak nak pergi sekolah sebab banyak dah duit..Mungkin sebab mereka rasa tak perlu belajar bersungguh sebab mak bapak dah kaya, nanti harta mak bapak diorang pun jadi yang diorang jugak..hmmm yerlah tu, tu pun selagi mak bapak diorang ada duit tu..bukan kita tau apa akan jadi 5-15 tahun akan datang..SEDIH…
Kalau ponteng gi main cc je ok lagi..yang teruk bile gi cc tengok video lucah, belajar berjudi, belajar hisap rokok, amik dadah dan macam-macam lagi..Nauzubillah. Pastu kalau bercampur dengan budak perempuan pulak, mula belajar lepak dan dating..pastu wat benda dilaknat Islam iaitu zina atau rogol..pas zina, kalau termengandung tu, terbuang anak pulak..nahh complete set dosa tu. Nauzubillah, minta jauh sangat2 dari anak dan keturunan kita semua..
Kalau adalah adik-adik pelajar yang baca tulisan ni dan sedang ponteng kat cc tu, pergilah masuk sekolah balik. Tak pun gi balik rumah dan wat kerja sekolah..Esok2 dah jangan ponteng lagi. Ingatlah mak bapak kita yang susah cari duit tu. Walaupun duit mak bapak tu banyak, jangan selesa sangat sebab rezeki tu tuhan boleh tarik kejap je..Kepada ibu bapa (nasihat kat diri sendiri jugak ni), sama2lah kita nasihat dan jaga anak kita..Insyallah kita mampu mengubahnya.
“Better late than NEVER”
Insyallah dimana ada kemahuan, disitu ada kejayaan.
20 September 2010
Masa 5:20 pm
itulah, bila dah nak menuju ke alam universiti atau alam kerja, mesti menyesal sebab dulu bukan main malas nk belajar
20 September 2010
Masa 9:46 pm
salam dan selamat hari raya..
doakan ajerlah supaya kaum kerabat dan anak-anak kita tak melakukan perkara ni..risau gak ni..
21 September 2010
Masa 2:00 am
secara jujur aku cakap, skolah menengah yang terbaik bagi anak2 zaman skarang adalah MRSM.. tue pun x semua MRSM yang terkawal.. yang bitara ok la kot..
21 September 2010
Masa 3:59 am
sampai masa nanti diorang akan sedar dan menyesal.. so, dgr la nasihat org yg lebih tua, yg lebih berpengalaman..
21 September 2010
Masa 6:25 am
tulah masalah budak melayu pada zaman sekarang… semua nak senang er…
usaha perlu ada.. ponteng nie banyak memberi masalah kat masyarakat.. ubahlah sikat… jadikan melayu lebih maju… doakan semua anak2 muda sekarang berfikir lebih kehadapan…
21 September 2010
Masa 10:10 am
tu ar dulu fikir naik main je..
21 September 2010
Masa 10:10 am
minta jauh sangat2..
21 September 2010
Masa 10:11 am
MRSM pun ada juga yang bermasalah tapi rasanya mungkin baik berbanding sekolah lain
21 September 2010
Masa 10:11 am
harap mereka sedar sebelum terlalu terlambat
21 September 2010
Masa 10:12 am
sama2 lah kita doakan anak cucu kita nanti menjadi yang terbaik..insyallah
21 September 2010
Masa 2:15 pm
nak mengata lebih pun tak boleh jugak sebab teringat pulak masa zaman aku sekolah dulu..ermmm,.aku ni kira tergolong dalam kategori kuat ponteng gak dulu..hi..hi
23 September 2010
Masa 2:16 pm
erm..arapnye gitulah bro..risau tgk budak2 sekarang…ponteng, isap rokok, pakai baju ntah ape2…
moge kaum kerabat dan anak bangsa seagama dilindungi dan sedar dari lamunan ni..ameen
23 September 2010
Masa 2:55 pm
kena pantau selalu pergerakan anak supaya dpt elak gejala sebegini
05 February 2011
Masa 6:46 pm
aku raser nak kene polis buat kuat kuase maner2 budak isap rokok teru kasik masuk lokap terus
07 February 2011
Masa 2:43 pm
ponteng ni dah jadi amalan mereka yang bersekolah terutama dibandar besar..ponteng pergi mana?g cyber cafe or merempit
08 February 2011
Masa 5:57 am
aku pn slalu ponteng..
tapi ponteng time hari sukan la..
hahahaha
08 February 2011
Masa 7:44 pm
mmg cmtu la slalunya..
time skolah kira nk enjoy ja
08 February 2011
Masa 7:47 pm
budak2 skrg bukan nk kisah sgt ckap org tua.. bila mrah, merajuk la.. lari umah la..
08 February 2011
Masa 7:49 pm
budak nakal la ni.. hahaha.. ponteng kalu dh otak pandai xpa..
08 February 2011
Masa 7:50 pm
betoi tu..
baru takut cikit nk ponteng,..
tapi susah gak kdg2 tu, budak2 ni pndai cari port smbunyi utk isap rokok..
08 February 2011
Masa 9:09 pm
nape lah budak macam ni tak tahu hargai ilmu. nanti dah besar baru terfikir alangkah bagusnya aku belajar betul-betul dulu…
11 February 2011
Masa 11:16 am
zmn sy dulu rajin g sekolah…kdg2 ari cuti pun g sekolah jumpa kawan2…men2 kats ekolah…sebabnya kawan tu duk kat kantin sekolah…hihi..
15 February 2011
Masa 11:44 am
[…] sekarang terputus hubungan dan tak tahu dia dah grad ke belum. sayang kan?? Kalau yang jenis memang tak nak belajar tu memang takleh nak cakap ape lah […]