Masih Ramai Tak Percaya Dengan Online Banking
Nampaknya masih ramai rakyat Malaysia tak percaya dengan sistem perbankan atas talian atau online banking system ni..Kenapa? Bukankah itu lagi senang dari beratur panjang kat pejabat pos yang kekadang tu hanya buka 1@2 kaunter je?Bukankah itu makan masa yang lama juga? Kan lagi senang dengan klik2 je kat komputer tu..Kenapa?? kenapa???
Semua ni keluar dari kepala bila tengok masih ramai beratur untuk bayar bil utiliti seperti bil air, bil telefon, bil elektrik, bil astro dan macam2 lagi kat pejabat pos..yang letih menunggu ni ialah orang yang beratur sebab nak beli setem 20 sen..huhu..geram pun ada. Tapi nak wat macamana, kesedaran orang kita masih kurang bab ni walaupun berada di kawasan orang berada dan berpendidikan tinggi yang sepatutnya alert dengan teknologi baru yang makin canggih ni. Bukan saja online, guna SMS pun boleh dah sekarang ni ikut mobile banking. Rasanya semua line celcom, digi dan maxis pun boleh guna.
Mulanya nak cadangkanlah kepada Pos Malaysia Berhad tu, kalau boleh adakah 1 auto vending machine (macam mesin jual air kotak tu) untuk jual setem, setem hasil, sampul pos ekspress dan yang berkaitan.. Kan senang tak perlu beratur panjang dengan orang yang nak hantar barang atau wat keluar duit. Lagi2 kalau sesiapa yang berniaga barang online di internet contohnya di ebay, lelong atau mudah.
Saya akui senang sebab datang bayar kat pejabat pos ni sekali je setel semua bil dan urusan anda. Tapi cubalah fikir sejenak yang anda telah membuatkan ramai tengok pejabat pos tu penuh setiap hari dan pusing balik sebab rasanya mungkin dia takkan dapat berurusan dah kat pejabat pos hari ni. Cuba bayangkan kalau yang datang pejabat pos tu nak pos barang atau keluarkan duit je..kan ke senang dan kita menyenangkan orang lain..
Rasanya keadaan ni boleh dimaafkan kalau kawasan tu pedalaman dan susah untuk mendapatkan talian internet atau pun untuk pakcik2 makcik2 yang tak tahu guna internet. Kalau ada anak muda tu, anggaplah yang rumah mereka tak ada internet lagi.. Kalau anda dah ada internet kat rumah dan pc/laptop DELL /HP/Acer atau seumpamanya, tapi still bayar bil kat pejabat pos, anggaplah anda terlepas satu nikmat iaitu “Tak payah keluar rumah untuk bayar semua bil”…
Apa komen anda?
12 January 2010
Masa 7:10 pm
bayar guna online mudah jer. Ha Ha Ha. Mgkn fobia kot. majoriti kawan aku bayar guna online dah. cuma ada sesetengah bil tu aku kena bayar gak kat pos opis. Bil air dan elektrik aku kena bayar kat pos opis sebab tidak tersenarai dalam M2U ataupun CIMB Clicks. he He He. Biasalah kompeni kecik kecik jer lagipun kepunyaan state government. Mgkn blm tiba masanya. Tapi dah ada bayar online guna paybills malaysia (kalau tak silap) . tapi rumah ni rumah sewa. sebab nak bayar guna web paybills tu kena daftar dulu…..
12 January 2010
Masa 7:10 pm
Salam,
mungkin ramai rakyat kita yang merasakannya ianya tidak selamat selagi kita tidak diajar cara melakukannya.
(teringat iklan cara nak pam minyak) hehehe..
angkat, masuk, tolak, picit.
12 January 2010
Masa 7:15 pm
Well, you couldn’t say it like that. See from the picture you taken. Many people knew there is functions of E-banking but think twice, how many knows how to use it. That’s the problem here. Only the future generations usually knows what is computer. You try to ask someone at the age of 45 and above now to use computer? That’s freaking hard even though there are some who learn it by themselves. I know the era changed to a modern one but not all will adapt to it you know. That’s what I’m going to say. No offense.
12 January 2010
Masa 7:17 pm
saya suka guna online banking..cepat..
12 January 2010
Masa 9:15 pm
ni mesti ko pegi pejabat pos ramai orang kan?hahaha…erm..tapi aku masih selesa lagi dengan bayar bil kat pejabat pos..sebab, kekadang bila server down tu hampeh je rasanya..kot kena double caj plak..
erm, lagi satu..awek kat Pos Opis tu cun-cun belaka..itu yang best..ahaks
12 January 2010
Masa 9:52 pm
Aku dah lama gila tak pi post office…semuanya buat online…best betul…senang…
kalau pi post office pun hanya untuk pos barang tu je…
anyway, masih ada member2 aku yang tak percaya online…kesiannn dia….samada tak tau atau tak konfiden…
12 January 2010
Masa 9:53 pm
kalau gi pejabat pos dpt kurangkan berat badan dan mengajar disiplin kn diri…huhu
13 January 2010
Masa 2:10 am
masih ramai yang takut2 nak guna sistem online ni
13 January 2010
Masa 2:11 am
patutnya kerajaan atau bank mewar-warkan lagi supaya orang makin yakin yang sistem bank sekarang dah selamat
13 January 2010
Masa 2:12 am
as i said on post :
“Rasanya keadaan ni boleh dimaafkan kalau kawasan tu pedalaman dan susah untuk mendapatkan talian internet atau pun untuk pakcik2 makcik2 yang tak tahu guna internet”
Thanks
13 January 2010
Masa 2:22 am
sangat cepa guna online ni..tapi lambat time tggu TAC..hehe
13 January 2010
Masa 2:23 am
hoho..time server down tu sekali sekala takpe lah gi pejabat pos..kan nanti tak kenal plk kat mana pejabat pos..hehe
13 January 2010
Masa 2:24 am
kebanyakkan mereka tak konfiden dan malas nak belajar teknologi baru ni..diorang still suka guna cara lama
13 January 2010
Masa 2:24 am
ajar disiplin beratur ke bro? hehe
13 January 2010
Masa 3:38 am
saya lebih suke bayar online.mudah dan senang.tapi tgk kepada keadaan gak
13 January 2010
Masa 4:13 am
salam sejahtera.
Juan rasa kurangnya pendedahan kpd orang ramai/rakyat punca ini semua terjadi. Pengguna internet di negara ini makin meningkat. Mustahil la mereka2 ni buta IT. Mungkin kurang pendedahan pasal on9 banking ni kot. Apepun on9 banking tetap dihati..:)
13 January 2010
Masa 4:14 am
yup..memang mudah dan senang
13 January 2010
Masa 4:15 am
hehe..memang nampaknya kurang pendedahan kot..
13 January 2010
Masa 8:49 am
Susah2 beratur..dok depan komputer kilk 2,3 kali dah settle urusan( bill air,elektrik,streamyx dll)..Jadi gunakan internet sebaik mungkin..Saya tahu sebab apa terjadi perkara ini..Kebanyakan tak tahu macam mane nak buat (online payment)..Wanmus kene bukak kelas nie tak pun buat ebook ke..hehe boleh buat business nie.
13 January 2010
Masa 11:18 am
hehe..mungkin akan ada nanti orang buat ebook jugk ni..hehe..tapi sy tak kot..
13 January 2010
Masa 3:02 pm
Bro, aku rasa baik ko wat post tentang cara-cara nak buat pembayaran bil secara online. Kira tutorial la hehe sbb aku pun xpandai lagi nk byr online mcmne haha
13 January 2010
Masa 3:06 pm
laa ye ke..hehe..beres..jap gi ek..nk kluar jap ni..
13 January 2010
Masa 6:50 pm
website bank susah di hack.. memang la selamat..
14 January 2010
Masa 9:28 am
salam ziarah 🙂
mmg ramai yang takut buat online banking..
satu sebab pasal bila kita terklik….
x pepasal duit melayang gitu. kalo manual boleh la reverse balik
Lagi satu ISP kat Malaysia ni lembab
kang tgh transaction tetiba cut connection .. macam mana
huhuhu
just my 2 cent
14 January 2010
Masa 9:48 am
Sebab itu kena betul2 perihatin terhadap web pintasan..
Pakailah streamyx…pasti laju..pakai dial up mcm kura2
14 January 2010
Masa 2:01 pm
yup sebab keselamatan web bank bukan calang2 dan sentiasa dikemaskini
14 January 2010
Masa 2:02 pm
betul tu bos. kalau rasa internet slow, janganlah buat payment..berhati2 skit masa nak masukkan sebarang info pada maklumat akaun tu
18 January 2010
Masa 12:10 pm
mereka memang suka beratur, sebab boleh tengok awek kaunter, awek yg beratur, tgk perangai orang…..ekekekek… 🙂
18 January 2010
Masa 8:05 pm
hehe..tapi kalau pejabat pos tu pakai kipas n beratur panjang lama2, mau mengamuk jugak..hehe
21 January 2010
Masa 3:16 pm
tp kat tmpt kwn da rmi gak yg phm psl on9 banking ni coz kwn ade wat servis ni kat kdi kwn..dri kuar jauh2 nk byr bil baik on9 dpn mate je..sng keje…huhuhu…
29 January 2010
Masa 9:15 pm
Saye hanye ke pjbt pos utk 2 benda:
1) beli setem
2) pos laju
Semua bil lain, maybank2u saje. Jimat mase, tenaga dan tak menyerabutkan kepala. Dapat juge jage mate..hikss
30 January 2010
Masa 12:04 am
ooo..so bro wat servis tolong bayarkan ek? bagus tu…
30 January 2010
Masa 12:51 am
betull.memang sgt jimatkan masa dan wang anda terutama untuk parking atau kena saman parking 🙂
03 February 2010
Masa 2:39 pm
[…] online? itulah soalan yang ditanyakan pada saya kesinambungan dari post saya yang lepas mengenai masih ramai bayar bil ikut pejabat pos. Ok, oleh kerana ramai yang nak tahu, saya akan kongsikan bagaimana nak setup favorite bil dan […]
09 November 2010
Masa 1:51 am
Yela, memang masyarakat kita ni kalau tak tengok sendiri duit tu pindah tangan memang susah nak percaya. Setakat ni kat website saya jual khal tamar pun, buyer selalu akan kol ada sampai 15 minit tanya itu ini semua (macam ada buyer yang tak baca langsung pun ada apa yang ada kat web) sebelum ‘masih ragu-ragu’ nak bayar. Ada tu sampai kol balik lepas bank-in gtau kami dia pakai bank itu ini dah hantar dah pengesahan bayaran dah itu ini semua nak kami tahu.
Patutnya simple je online, baca produk kami, tak yakin check la company kami, kemudian buat tempahan, kami check akaun dah terima duit pelanggan, kami pos. No hassle at all.
07 February 2011
Masa 2:58 pm
Pernah cerita ngan member pasal myeg..tp diorg kata boleh caya ke?Aiseeh memang ketinggalan diorg ni.terang macam mana pun diorg tetap ignore.biarlah mungkin akan datang diorg akan sedar.
07 February 2011
Masa 3:00 pm
aku sejak pandai guna online banking laju jak habis duit…
terutamanya untuk IM..
07 February 2011
Masa 3:02 pm
lepas tu awek kounter lak tak mesra alam…