Apa Berlaku Sepanjang September Ni?

Penulis: wanmus Kategori: Blogging | Hari raya | hidupku | Internet Tarikh: 30 September 2009 | 7 komen

Aduss lama jugak tak update sebab seminggu kat kampung aritu berukband broadband buat hal. Nak login pun lama..pastu nak masuk web tak yah cakaplah.. Oleh sebab September dah nak habis, saya gabung semua cerita dalam 1 post ni..hehe tak pernah dibuat dek orang lagi ni ..

ok. so saya start ngan :

Balik Kampung

Balik kampung memang best lagilah sape2 dah tak balik kampung tu (terasa kutuk diri sendiri pun ada..hehe ). Ok, sepanjang korang balik kampung tu, sape yang tak jumpa ngan excident? Mesti ada 1 kan? Saya nak sampai ke Terengganu tu, tak tahu dah berapa excident jumpa. Ada tengah jalan lagi dan ada jugak yang tepi jalan. Aduss..sepanjang oppss sikap tahun ni, beribu kemalangan dicatatkan dan beratus meninggal. Kenapa jadi camni? Sebab tak sabar. Korang tengoklah pemandu2 Malaysia ni, ramai nak jadi pemandu F1 Malaysia pertama agaknya kot..

Macam2 kempen, poster dan iklan dah dibuat tapi statistik tetap mencanak naik bila tibanya sebarang musim cuti panjang. Tak tahulah apa nak jadi.

Mak bapak selalu pesan ” Bawaklah keta tu slow2 nak, sampai lambat pun xpe asalkan selamat”..Anak pulak jawab “Takpe mak, sampai awal boleh rehat” rehat apa kalau laju cam peleset, tu gayanya nak rehat selamanya dalam asrama 2 tiang kat atas ngan baju asrama putih tu.

Hari Raya Aidilifitri

Rasanya belum terlambat saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin jika ada kesilapan dan kesalahan selama ni. Takpe kan lambat sikit sebab raya kan sebulan 🙂 ..Semuanya ingat nak watlah masa kat kampung, tapi sebab nak connect internet susah sgt so terpaksa tangguh..

Pagi raya, mak saya buat Nasi Dagang kegemaran anaknya ni 🙂 tapi yang sedihnya saya, adik dan mak demam, sakit tekak dan lemah badan lepas balik sembahyang sehinggalah raya ke5-6..ni pun ada sikit2 lagi sakit tekak dan batuk tak sembuh betul lagi..huhu..so raya kali ni berlangsung di atas katil je..huhu.

My Birthday

Tanggal 22 September 2009 atau 3 Syawal, tepatlah umurku 2_ tahun..huhu dah tua rupanya. Tapi takleh nak sambut sebab demam..so sambut atas katil je dengan ubat paracetamol, lozeng strepsil, ubat batuk dan air suam je..Sebab kalau nak diikutkan perancangan, nak sambut kat La Hot Springs tau, nak buat BBQ dan bakar satay. Lagipun birthday adik bongsu saya yang kembar tu jatuh 1 Syawal atau 20 September, so tu ingat nak celebrate besar skit..

Saya harap sangat dengan peningkatan umur ni, saya lebih matang menempuh dugaan hidup yang datang bergolek2 setiap hari. Ya Allah, perteguhkanlah iman Hamba-Mu yang lemah ini..

Seminar Smart Blogging

Alhamdulillah nampaknya perancangan untuk seminar smart blogging bro ijad pada 18 Oktober 2009 di UTM menampakkan ianya akan disertai ramai blogger dan bakal blogger dari seluruh Malaysia. Limit 30 tempat nampaknya tinggal hanya beberapa tempat kosong je lagi.. Kami sebagai penganjur tumpang gembira dengan berita ni sebab jika lebih ramai, lebih seronok seminar ni akan jadi tapi takleh lah ramai sangat.

FeedBurner Di Bawah Google

Aduss..pelik tadi kenapa subscriber just jadi 7 dari 500 lebih, rupanya sebab google dah amik alih feedburner sepenuhnya dan link feedburner juga telah berubah dari feedburner.com kepada feedburner.google.com dan ini memang menyusahkan blogger. Yerlah, kene setup dan edit balik template blog. Kalau korang perasan, dah jadi 0 subscriber tu..sedih betul. so kepada anda yang masih nak dapat update dari wanmus.com, bolehlah daftarkan balik email anda di kotak bahagian atas sebelah kanan blog ni.

Pelawat wanmus.com

Terima kasih kerana menjadi pembaca blog wanmus.com ini. Tapi statistik pelawat wanmus.com menurun secara drastik pada 1-8 syawal sebab ramai yang pergi beraya. Alhamdulillah statistik pelawat naik balik bermula isnin lepas. Yang pelik saya baru perasan ialah pelawat pada hari Rabu setiap minggulah paling ramai berbanding hari lain..Kenapa ye? betul2 saya pelik dan masih tak dapat jawapan sampai sekarang..

Aduss sakit tekak ni macam dah suruh saya pergi berehat dulu..so sekali lagi saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin.. Terima kasih kerana melawat blog wanmus.com ini 🙂



  1. shahrul

    Eh, betul ke subcriber feedburner jd 0. Aku punya masih normal je.

  2. rohaizad

    Wahh… seronok jugak baca “compilation entri” macam ni. Mengenai Feedburner tu, tak perlu risau sebab itu cuma glitch jer.

    Tapi gambar yang kat atas tu sekali memang macam bekas Menteri Penerangan, Dato Muhamad Rahmat….

    p/s: gaya memang ada…. hahaha

  3. Fazli

    rasanya tak perlu register balik email tu.
    sbb blog update wanmus masuk je ke email saya.
    macam rohaizad tu, mungkin glitch je.
    byk eksiden tahun ni.
    kesian kat keluarga mangsa.
    kita doakan semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yg sabar.

  4. izzuddin

    best jgk baca post jenis mcm ni..minggu ni ada ekspedisi pegi gunung so mcmana nk on9 atas gunung kn..haha..guna cara ni orait jgk..

  5. wanmus

    @shahrul: bro trylah login ke akaun feedburner bor, mesti google mintak trasfer ke akaun google bro..ntah apalah google nak buat pulak ni

    @rohaizad: Maybe glitch lah kot sebab google cakap dah transfer akaun feedburner tu bawah akaun google tapi macam lama je nak jadi seperti sediakala..huhu.. alaa menteri penerangan je ke bro? dapat jadi menteri kewangan ok jgk..hehe

    @Fazli: sama-sama kita tengok apa yang akan terjadi minggu depan..harap2 ok balik

    @izzuddin: hehe, compilation ni mudah skit nak baca..ringkas dan padat..hehe

  6. jutawansenyap

    ha ha ha leh plak buat kompilasi entry he he bagus idea nih

  7. Kad Raya Dari Saya Untuk Anda Semua

    […] selamat beraya.. jika dulu kad raya gambar seorang diri masa mula berblog, dah setahun berblog, bujang sebelum kahwin (2009), kad raya gambar saya berdua dengan isteri dan kini dah bertiga. Alhamdulillah rezeki […]