Pasar Malam Atau Butik?

Penulis: wanmus Kategori: Butik | Hari raya | Murah | Pasar malam Tarikh: 11 September 2009 | 18 komen

“Wahhh..cantiknya jeans yang dia pakai, mesti mahal”..ooppss..adakah betul jeans tu mahal yang dibeli dari butik? atau hanya buatan siam yang dijual di pasar malam yang design hampir sama di butik? haaa..anda mesti dah agak jawapannya kan?

Mesti ramai jawab beli dari pasar malam kan? hehe..saya sendiri pun tak tahu selagi belum sentuh kain dan tengok secara dekat jeans tersebut. Tapi kenapa cerita bab jeans pulak kali ni? Adakah sebab dah nak sambut hari raya ni? Mungkin sebab dah banyak mega sale sekarang ni..

Sebenarnya saya nak kongsi cerita dan persoalan yang selalu bermain difikiran kita iaitu nak barang murah tapi berkualiti..

Sebelum berbicara panjang lebar lagi, ada soalan kita perlu jawab (dalam hati je):

  1. Adakah barang murah itu berkualiti?
  2. Adakah barang mahal itu berkualiti?
  3. Adakah barang murah itu betul-betul murah?
  4. Adakah barang mahal itu tidak berpatutan untuk dibeli?

Terus terang, saya bukan berasal dari keluarga yang kaya atau berada. Dulu kami nak beli barang berjenama tu bak kata pepatah “Jauh panggang daripada api”.. Mungkin itulah yang menyebabkan kami kurang mengenali barang-barang berjenama ni..  Tapi kerana itulah kami belajar menjadi orang yang berjaya.. Ok, sambung balik.

Jadi bila tengok barang berjenama, kami anggap ianya membazir sebab mahal. Lagi2 tengok kasut atau selipar yang berharga RM100 ke atas..argghh buat apa beli mahal2, nanti pakai kat kaki jugak.

Tapi sejak belajar kat luar ni dan ada duit sendiri, saya mula mengenali barang-barang branded ni. Tapi saya tak beli jika tak perlu tau. Antara barang branded yang awal-awal saya beli ialah jam, kasut Dr Cardin dan tshirt Nike. Selepas sekian lama pakai yang branded ni, baru saya faham kenapa ianya mahal. SEBAB IANYA BERKUALITI!

Kasut  Dr Cardin yang selesa dan cantik, hampir 3 tahun saya pakai baru rosak. Tapi kasut BATA yang saya beli yang keras sedikit, pakai 1 tahun lebih dah rosak. Anda nampak x bezanya? kasut BATA beli dalam rm60-70 dan Dr Cardin dalam RM120-150. So, anda rasa mana lagi berbaloi?

Bagi saya, saya lebih rela pakai kasut Dr Cardin yang selesa selama 3 tahun walaupun harga mahal sikit dari pakai kasut BATA yang keras sikit hanya untuk 1 tahun lebih je..

Tapi x semua barang saya beli yang branded. Tapi kalau tshirt, memang saya cari dulu kat NIKE sebab saya suka kain NIKE ni dan tahan lama tau..pakai lama2 baru ada efek sikit tau..Kalau korang pakai jarang2, lagilah lama nak tggu lusuh atau turun kaler. Kalau jeans atau seluar, memang saya ikut je jenama apa asalkan kain yang selesa dan best pakai.

Saya just nak tanya pendapat korang semua, tapi bukan nak banding2kan barangan pasar malam sebab kekadang ada juga barang yang berkualiti dijual. So, korang macamana? Barang pasar malam (local) atau berjenama (butik)?



  1. msarbin

    Sekarang ni kadang2 yang ada di butik pun boleh sama kualiti dgn yang ada di pasar malam. So sapa2 yang nak shopping raya tu tak salah rasanya untuk choosy sikit untuk mendapatkan barang berkualiti. Kalau tidak nyesal nanti.

    Aku paling choosy untuk memilih kasut. Bukan apa bak kata Wanmus, biar mahal tapi tahan lama. Mana tahan selalu nak beli kasut..hohoho!!

  2. Cuti-cuti Malaysia

    betoi betoi. den dah merasa beza branded n tak punyer. tapi depend jugak kadang2. ade jugak yang tak berapa nak branded tapi elok jugak kualiti

  3. wanmus

    @msarbin: betul tu bro..tapi kene betul2 pilih lah kalau nak beli apa2 pun..yang penting puas hati dan berpatutan

    @Cuti-cuti Malaysia: tu atas rezeki bro..kekadang ada yang beli branded pun tak tahan sebab tertipu atau tersalah pilih, tak cek betul2 masa beli..

  4. boy_bersahaje

    Best lagi barang butik bagi aku. Terutama barangan yang branded. Seluar aku dah dekat 3 tahun, alhamdulillah maintain steady macam orang bujang huhu. So far kalau pasar malam aku suke beli makanan atau pun barangan keperluan harian. Murah la kan. Lagi satu barang bundle, ada juga kat pasar malam jual baju-baju rare. Smart dan original. Cuma pandai kene pilih je. Tapi 2nd hand la.

  5. wanmus

    @boy: memang best yang butik ni tapi kena pandai cari kedai untuk dapat harga berpatutan. Kalau mahal sangat pun dah jadi tak berbaloi

  6. Niijiusan

    aku suka barang branded reject.. haha, beli kat reject shop je, tak nampak pon reject tu kat mana.. pandai pilih, xde sape pon perasan. kadang2 tu benang terkeluar sket je. kualiti lebih kurang, harga lebih murah. kalau jeans, memang favorite aku Milano Italia… harga berpatutan. sedap pakai dan tahan lama… design pon smart….

  7. wanmus

    @Niijiusan: tapi akt reject shop kene cari lah yang ok dan murah..kekadang tu mahal jgk barang

  8. eddy wijaya

    Aku setuju ngan Boy_bersahaja, kat pasar mlm ni lebih kepada cari mknn dan barang2 dapur. Tp bini aku cari tudung kdng2 tala pasar malam gak dan baju tdo anak2 ada yang aku cari kat psr mlm.. ada yang beli kat butik. Kiranya 2 2 tempat ni aku perlukan la.. baru boleh bajet.

  9. abrablog

    mana-mana pun boleh. janji kita suka..

  10. wanmus

    Jomlah kita beli barangan perlu dan terbaik sahaja. Biar mahal asal berbaloi dan berguna. Biar murah asal ianya berkualiti dan boleh diguna sepenuhnya.

  11. zuls

    barang branded? hrm saya biasa beli dua-dua.
    Contoh kasut. Ada satu kasut branded dan ada satu lagi kasut brand biasa-biasa. Kasut tak branded memang tak tahan lama, tetapi ada kelebihan jugak. Katakan waktu-waktu hujan , takkan nak pakai kasut branded kot..
    Kalau pasal baju pulak,kalau baju kemeja cotton, barang branded ngan barang kurang branded kualitinya hampir sama je sekarang ni.
    Hrm satu lagi, jersi buatan thailand pun ok gak (yang gred tinggi tu) . Sorang kawan baru balik US bagitau yang kawan dia kat sana jual jersi buatan thailand jer, dan memang ramai mat saleh yang beli.
    Sebenarnya bukan masalah branded atau tak, tapi masalah kita nak nilai kualiti barangan tersebut.

  12. haikal

    alah korg pon..bli bundle pun lgy okae..pde korg bli dkt butik tuu tipu jea..kain sme jea..tap dgn pasa mlm laen ah..pasa mlm kain die keras cgt..aq pkai yg bundle jea..lgy okea..hee

  13. wanmus

    kekdang bundle tu cepat lusuh..butik pun kekadang ada yg tipu jugak..sebaiknya cari yang terbaik

  14. mhnizam

    kadang-kadang tengok juga kalau rasa nak pakai lama barang tu saya beli yang agak berkualiti,biarpun mahal.

  15. kasimo

    aku lebih suka bundle..

    bukan apa, kadang-kadang tengok baju kat butik rasa tka berbaloi lak.

    kain nipis, design ntah apa apa

  16. jutawansenyap

    tengok bajet memasing kalo ader duit banyak beli yang mahal tahan lama bdanded tapip kene pandai pilih lah kan

  17. lin azlina

    saya tak suka beli yang mahal2 sngt sbb nnt nak tukar2…bundle ok jer..cantik2!

  18. Ronaldmohoni

    susah nak cakap. saya kadang-kadang beli kat pasar malam. kadang-kadang kat butik. ikut baget juga.