Nak Tulis Apa Kat Blog Ni?

Penulis: wanmus Kategori: Blog | Teknik Wanmus | Tips Tarikh: 25 May 2009 | 14 komen

ARggghhhh..Susahnya nak menulis Blog ni..Apa nak tulis kat blog ni. Ok ke kalau aku tulis camtu kat blog aku ni. Nape dah banyak aku tulis tapi tak ada pelawat pun. Pelawat ada tapi nape sales tak ada. Apa lagi aku perlu tulis kat blog ni!!!!!

Itulah rintihan yang saya biasa dengar dari penulis blog yang baru..Oppss..bukan blogger baru sahaja malah blogger lama pun kekadang ada masalah yang sama iaitu tak tahu nak tulis apa lagi kat blog. Saya pun kekadang tak tahu nak tulis apa, tapi napa ada je post baru kat blog wanmus ni?

Buntu, bosan, menyampah tengok pag eblog itu adalah perkara biasa bila tak ada idea. So, macamana nak cari idea untuk menulis apa benda kat blog ni? Mudah sahaja, pergi ke tasik yang nyaman dan damai, nikmati angin sepoi-sepoi bahasa dan anda akan peroleh idea..hehe..itu idea dah lapuklah wanmus! Memang dah lapuk, tapi jangan ingat yang lapuk itu tidak berguna.

Sebenarnya yang dimaksudkan gi ke tasik tu adalah pergi keluar dari tempat biasa kita pergi dan tengoklah sekeliling! Dan dari situlah anda akan peroleh ilham yang mencurah-curah

Tapi ramai tak tahu bahawa apa yang dia tengok sehari boleh dikongsikan di blog. Dan blog perkongsian sehari-hari biasanya lebih ramai pelawat dari blog yang serius dan berkonsepkan kewangan atau review semata-mata. Tak percaya? Kalau anda lihat, blog perkongsian hidup peribadi menerima sampai beratus-ratus pengunjung setiap masa (bukan setiap hari tau) sampaikan bandwidth blog tu berpuluh GB pun tak cukup SEHARI dan bukannya sebulan. Itu yang memaksa beliau beralih menggunakan VPS (Virtual Private Server). Blog mana? Usha lah blog JustKhai

Saya pun tak pernah dapat viewer beratus-ratus dalam 1 masa. Pelik kan? cerita bab mamat bangla tu pun dapat berpuluh komen dan beratus viewer. Hmmm..so tak ada sebab anda nak katakan anda tak ada idea lagi nak menulis apa kat blog tu. Tulis je apa benda anda rasa sesuai dan anda suka. Tengok, post saya mengenai sahabat lama saya, Wan Faheda iaitu Pemenang Pesona Nona pun dah dapat viewer. So, anda tulis je jika itu anda nak kongsi dengan pembaca. Tapi sebaiknya janganlah tulis sesuatu yang boleh mendatangkan kontroversi dan sebarang implikasi kepada anda.

OKlah..dah membebel..ni tips mudah untuk anda dari blogger yang susah mencari idea ni tapi ada idea jugak:

  1. Tulis ikut naluri hati anda. Anda rasa nak kongsi tentang benda tu, kongsi je. Tapi kalau rahsia tu, selindunglah sikit..Tapi kongsikan perkara yang anda tahu dan bukanya buat-buat tahu.
  2. Sebaiknya, tulis sejujur yang mungkin supaya tulisan anda tu nampak ikhlas dan pembaca pun suka baca sampai habis. Pembaca tahu jika anda menipu.
  3. Terangkan sesuatu perkara tu sedalam dan sebaik mungkin. Jika terang bab cara bagi ayam makan, fokuskan step by step untuk bagi ayam makan dan selitkan jugak tips pemakanan ayam. Janganlah pulak terang pemakanan ayam tu lebih dari cara bagi makan ayam sebab ada pembaca datang just nak baca bab bagi ayam makan. Last-last tak sampai sekerat jalan, pembaca tu dah tutup blog kita.
  4. Cari idea mengenai sekeliling anda untuk dijadikan topik dalam post. Contohnya anda pelajar IT, kongsikan tips-tips yang anda belajar dari pensyarah. Kalau bekerja sebagai jurujual, tulis tentang tips atau pengalaman anda sepanjang bergelar jurujual
  5. Makan dulu sebelum mencari idea atau menulis. 🙂

Anda suka tips ni? Komenlah skit kat bawah ni



  1. zuls

    memang suka post ini..sebab suka saya komen terus, tulisikut naluri memang best.. saya pernah sekali wat review pasal satu blog ni. Tak harapkan apa2 pun sebenarnya…. saje rasa menarik nak kongsi ngan visitor.. sekali hit blog saya daripada 0 tiba2 naik ke lebih 200 dalam masa tak sampai sehari.. sayang lepas tu bz gile tak update blog.. Ikut naluri memang penting lah! Biasanya kalau menulis dalam paksaan memang tak jadilah.

  2. zuls

    erk.. terlampau excited lak.. bukan kosong sebenarnya.. ada la maksimum 10 visitor. sehari utk blog yang baru nak menapak.. hehe.. terover lak..

  3. wanmus

    Hehe..oklah tu zuls. Slow2 dulu bro. dah ada viewer tu, google dah sayang, dah oklah tu. nanti akan bertambah lagi viewer. cuba jangan lupa update sekerap mungkin

  4. alone

    Yup! Yup! memang setuju! xdinafikan memang kadang2 xde idea nak emnulis so kena la cari ilham dari persekitaran.

    hebat betulbor just khai tu. huhu.

  5. johnjimat

    memang best tips ni. bace post ni macam penaik semangat lak 😀

  6. wanmus

    @alone: kekadang persekitaran yang banyak bawa cerita pada kita cuma kita tak sedar je. Kehebatan blog justkhai tu memang tak boleh nak dinafikan lagi.hehe

  7. wanmus

    @johnjimat: Kalau dah semangat tu bos, jom kita menulis blog dengan bahagia dan happy..hehe

  8. zuls

    menulis blog sambil tersenyum…. hehe..

  9. wanmus

    @zuls: a’aa sambil tersenyum tu bile kite tulis bab kenangan lama atau lawak..haha

  10. Anarm

    ye.. tips camtu bagus utk cari idea nk update blog..
    kalau terlalu fokus pada sesuatu bende je, susah nk update..
    baik wat mcm2 artikel, senang skit nk update blog..

  11. wanmus

    @Anarm: betul tu bro. saya suka pelbagaikan niche tp lain orang lain caranya

  12. jutawansenyap

    tulis jer apa ynag patut bro

  13. mat kalut

    ok la tue

  14. Ronaldmohoni

    Betul bro,
    kadang-kadang blog peribadi nih mempunyai pembaca yang tersendiri. Taklah susah sangat nak update blog, banyak idea sebenarnya.