Sejujur Manakah Pilihanraya Kampus

Penulis: wanmus Kategori: Mahasiswa | Pilihanraya Kampus | UTM Tarikh: 13 January 2009 | 3 komen

Kita digember gemburkan keadilan dan kesaksamaan dalam segala benda.. Tapi mampukah kita adil setiap masa? Antara sikap pemimpin berwibawa ialah adil dan saksama. Kemanakah hilangnya adil dalam pemimpin kita sekarang? Nah..PilihanRaya Kampus (PRK) akan berlangsung hari ini (13 Januari 2008)..siapa menang?

Itulah yang dibualkan sekarang..di UTM Skudai ini, pihak kerajaan iaitu Evolusi Mahasiswa (dulunya Pro Aspirasi) dan pembangkangnya Pro Mahasiswa kini sibuk bermanifesto..tapi, adakah manifesto yang terbaik akan menang di UTM maupun si semua IPTA di Malaysia? saya rasa tidak..kerana ramai “pemimpin” sekarang banyak berdiam diri dari berbuat sesuatu.

Saya bukanlah penyokong puak evolusi M atau Pro M, tapi yang jelas terbaik sekarang ialah Pro M. Kenapa saya berkata sedemikian? sebab semasa Gaza mula diserang dulu, pihak mana yang tampil mengadakan perhimpunan? Ya, PMIUTM atau menggelarkan diri mereka sekarang Pro M. sila semak post saya Himpunan Mahasiswa Mengecam Tindakan Zionis Israel . Kat sini pun kita dah boleh tengok betapa berbezanya kepimpinan MPP pilihan dan kepimpinan PMI. MPP sibuk ngan perkara-perkara yang ntah apa ntah tapi bab agama just program-program yang biasa.

Ahli Evo M juga sepatutnya malu besar kerana gagal untuk berdebat secara terbuka dengan calon Pro M sseperti yang di minta oleh Pro M. Pro M mengajak calon Evo M untuk berdebat secara terbuka di Arked K9 semasa rapat umum diadakan, tapi tiada calon Evo M yang tampil. Begini ke calon yang kita nak pilih? Nampak sangat Evo M tiada keberanian dan sifat kepimpinan sebenar. Kenapa nak takut jika di pihak yang benar? atau just sebagai boneka? Jawablah wahai Evo M.

Tapi Evolusi M bukan sebarangan jugak..mereka berjanji untuk tidak menjadi tukang ikut pentadbir semata-mata. Baca pengakuan mereka:

Ramai pengunjung blog ini yang masih tertanya-tanya mengenai identiti Evolusi Mahasiswa. Tak kurang juga ramai yang mengatakan Evolusi Mahasiswa merupakan rebranding daripada pihak Aspirasipost pertama kami. yang pernah menjadi sejarah masa lalu, dikaitkan dengan orang suruhan HEP dan macam-macam lagi yang tak enak didengar dan tak sedap dipandang. Ingin ditekankan, eVo M bukanlah bayang- bayang Aspirasi. Mungkin bagi yang kurang peka atau terpinga-pinga dalam mendefinisikan siapakah Evolusi Mahasiswa, mereka digalakkan merujuk kembali

Pro Mahasiswa juga tidak terlepas dari kekurangan. Mereka menceritakan akan berlaku ahli dari Evo M akan lompat parti selepas menang bertanding dalam PRK esok..hahaha..kelakar pun ada..ingat lagi rencana Anwar Ibrahim untuk 16 September lalu bahawa akan berlaku ahli parti BN akan lompat parti ke pakatan rakyat tapi rencana tinggal rencana semata-mata. Tak tahulah apa akan jadi ngan rencana dari ketua jentera Pro M ini.

Laman web Evolusi Mahasiswa (Pro Aspirasi):

  1. http://anginperubahan.blogspot.com/
  2. http://evolusimahasiswa.blogspot.com/

Laman web Pro Mahasiswa:

  1. http://myinspirationutm.blogspot.com/
  2. http://mahasiswakini.com/


  1. doremi

    salam…bile pulak pmi jd pro-m ni? btul ke? semak dulu berita tu..x elok men ckp je..(al-Hujurat: 6)

  2. jutawansenyap

    tak payah lah nak berppolitik dalam kampus gi belajor tul2 baru leh nak berpolitik ker aper ker!

  3. jutawansenyap

    susah kalo main cakapa tanpa usul periksa