KOTA BHARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.
“Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).
“Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini. – Bernama
Dipetik dari Hmetro
yoji
btul gak apa yg dikatakan nik aziz tu… nsib aku xterjebak dengan virus asap nie..
wanmus
bro tak merosakkan paru-paru orang jugak ek? Alhamdulillah, samalah kita
rizalsaid
eh, wanmus , aku nengok badan lembu tu siap ada peta dunia……betul ke atau ko touch up ngan photoshop atau mata aku dah jadik mcm mata lembu..sebab bagi komen bebanyak sangat dlm blog RK. berpinau!
wanmus
Hehe..tu gambor dari internet, cume saya edit dan gabungkan sekali..tak perasan plk ado peta dunia..hehe
ijamidayu
Apa yg disampaikan benar.. Jika mereka marah.. Tujuan tok guru hanya nasihat..
Pedas sendri mau ingat la.. 🙂
wanmus
Kekadang kene nasihat pedas baru nak paham..nasihat slow2 x jadi..
MindaBistari
PERINGATAN KEPADA YANG MEROKOK
Islam melarang kita melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kesihatan kita dan yang boleh mengancamkan kehidupan kita. Apa saja yang dimasukkan ke dalam tubuh dan uratsaraf kita hendaklah yang baik, bersih dan yang menjaminkan keselamatan jasmani, akal dan rohani kita. Tabiat merokok yang diamalkan denagn cara menyedut madat masuk ke dalam badan kita adalah satu tabiat yang merosak dan mengancamkan diri kita. Oleh itu berhentilah merokok.
——————
Allah berfirman dengan maksud menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka yang buruk-buruk. (Al-A’raf: 157)
MindaBistari,
Setapak Kuala Lumpur.
wandy
ala.. perokok2 ni cakap la apa2 pun, tak kan nyer dengar.
wanmus
hehe..betul tu wandy, tunjuk gambar ape pun kalau hati x nk, x berubah jugak
akuorgkmpng
hahaha.. aku pn bru perasan.. ada peta la..
mat kalut
erm..terase plak aku
mat kalut
aku pn hehehe
mat kalut
haha..ko buat pedaskan skit lagi bro bru berenti
mat kalut
betul2
Bahaya Shisha Lebih Teruk 400 Kali dari Rokok!
[…] sebab asap rokok busuk tapi shisha ni wangi sebab berperisa kan..tapi rasanya lepas Berita Utama TV3 gembar-gemburkan […]
Ronaldmohoni
Nasip lah saya nih bukan perokok. Datuk Nik Abdul Aziz nih terkenal dengan nada percakapan yang lembut. Walaupun kata-kata beliau pedas tetapi cukup lembut.