Jumpa Kawan Lamalah Pulak :)

Hehe..saja je post ni nak korang semua jeles skit..skit je bukan banyak pun..hehe. Saya sebenarnya terkejut jugak aritu tertengok pesona Nona dan disebut nama Wan Faheda BT Hazmanor (tu yang kat tengah dalam gambar kat atas tu)..zass…macam pernah ku dengar nama tu..

Rupanya itulah aweks yang duk depan meja saya masa Ujian Pra UPSR dan masa UPSR betul sebab nama dia Wan Faheda dan nama saya Wan Mohd Musyris..Ingat lagi muka dia time ajar matematik kot. Walapun cerita ni dah lama, tapi tetap saya ingat nama-nama kawan saya tau..Faheda ni memang periang dan antara top jugaklah masa sekolah dulu..oppsss lupa nak bagitau, sekolah kitorang ialah Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 (SKSS1), Kuala Terengganu tapi sekarang dah tukar jadi SRSS1. Then lepas habis sekolah, tak tahulah pulak ke mana dia menghilang..tup tup..dah tau jadi pemenang..

Tapi betul tak sangka betul dia join pesona nona..tengok aritu pun dah nampak dia boleh menang sebagai antara peserta Pesona Nona, dialah yang bersemangat, berkaliber, ceria, dan pelbagai lagi ciri-ciri pengacara ada pada dia. Jap, anda nak tengok gambar dia masa tak mekap dan masa kecik? Ni gambar dia kat bawah ni. Faheda jangan marah tau kalau awak baca post ni 🙂

Tak lari sangat muka dia, tu saya tengok sekali imbas pun leh kenal. Apa pun tahniah faheda sebab juara Pesona Nona..Dengar cerita nak kahwin tahun ni, betul ke? Biarlah tuan empunya diri yang menjawabnya.. 🙂

Detail keputusan di Wan Faheda juara Pesona Nona 2009

11 Comments

  1. thaniah la kepada kawan lama bro tu ye =)

  2. @alone: harap dia baca lah jgk sini,,hehe..bukan ape, pas hbs sekolah rendah aritu, terus tak jumpa dah

  3. @Kujie: alaa kite je kenal dia, ntah dia ingat x lagi kat kite ni..hehe..maklumlah kawan sekolah rendah dulu

  4. iladilla

    teringat ms dia nyanyi lagu kau mawarku ngan siti sarah (budak klas aku).best gk r suara dia.

  5. sumbody

    die ni da nk kawin ngn membe aku esok.hehe.tumpang hepi utk die =)

  6. wanmus

    @sumbody: oo ye ke? tahniah lah..hehe..tapi tak riuh pun ni

  7. Bro wanmus,
    bila tengok gambar lama tu,
    terkenang zaman sekolah rendah dulu.
    Ingatkan bekas awek bro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.