Blog Lama Tak Update Tapi Still Ramai Pelawat Sebab Kekuatan SEO

Perghh panjangnya tajuk gara-gara lepas geram lama tak update blog kot..lama tak menconteng kat blog kesayangan ni..Namun masih terkejut sebab rating pelawat masih tinggi dan tak menjunam jatuh. Kenapa? Kenapa? Semuanya sebab SEO atau search engine optimization yang diguna pakai kat blog ni. Jangan risau blog tak update (tapi jangan lama sangat tak update) sebab jika SEO rating blog tu tinggi masih akan ada pelawat aka visitor dek google yang akan membawa pelawat tu ke blog kita tanpa diminta.. tak caya tengok graf sitemeter blog wanmus ni kat atas tu..

Iya walaupun saya ni peniaga internet aka internet marketer atau yang menjalankan perniagaan online atau perniagaan atas talian, kekadang masa tu lebih lama bekerja dari orang bekerja ofis 9am to 5pm tu yang kadang-kadang tak sempat nak update blog..yerlah bangun pagi semak email business dulu.. pastu antar wife dan anak pergi sekolah, baru masuk ofis jomhosting.. petang dekat pukul 6pm keluar ambil anak dan wife balik sekolah. Lepas dinner, rehat dan tengok tv kejap, kene masuk online pulak cek email atau support ticket..pukul 12 atau 1 pagi baru boleh tidur. Walaupun ada staff tapi tak seronok jika tak dapat tengok perkembangan dan bantu staff buat kerja..yerlah dah bertahun buat kerja tu, jadi rindu bila tak buat..

Oo kepada yang belum tahu, selain business perniagaan web hosting saya iaitu jomhosting.net, saya buka cabang bisnes baru iaitu kad kahwin.. boleh tengok kat kadkahwincantik.com jadi jika ada nak kawen tu, boleh tempah ye awal-awal 🙂

Ok kembali kepada bab SEO tadi atau Search Engine Optimization dimana kita nak optimumkan kedudukan web atau blog kita di result page google terutamanya, cara dan teknik mudah serta terbaik perlu kita tahu. kalau buat sembrono je memang tak jadi..buat letih je.

Ok ni tips SEO mudah saya kongsikan:

  1. Buka google.com.my
  2. Taip 1 atau 2 keyword berkaitan minat kita nak tulis apa
  3. Gunakan cadangan keyword atau search query yang top buat masa ini digunakan pada blogspot kita, kat tajuk lagi bagus
  4. Cari isu yang masih panas untuk diutarakan
  5. Lawat ke blog2 tumpuan umum yang PR agak tinggi ( 2 ke atas) dan komen sebaiknya, kat bahagian URL tu letak URL blog atau URL blogspot kita
  6. atau cari jawapan untuk persoalan yang memang orang akan cari..contohnya resepi nasi ayam, resepi kek coklat dan cara bayar bil online
  7. Selamat mencuba 🙂
Saya dah tak sempat nak buat blogspot banyak2 atau yang panas2 sebab kekangan masa. Jika anda ada masa, gunakan masa tu sebaiknya untuk update blog. Lagi ramai lawat blog kita, lagi banyak klik/view iklan kita dapat, jadi lagi masyuklah kita 🙂

Kepada yang nak beriklan kt blog ni, boleh takde masalah. Masih terbuka. Boleh semak pakej di Pakej Pengiklanan Di Blog.. jangan risau harga murah dan harga mampu milik..

Tapi yang tak bestnya jumlah click kat iklan mungkin berkurang.. so blogger (nasihat kat diri) kena rajin2 update blog ye.. JANGAN UPDATE FACEBOOK sahaja..

8 Comments

  1. selamat kembali menulis bro. jangan lama sgt tak update blog. nanti skill penulisan berkarat pula

  2. Bro…macamane check sitemeter blog aku yer,berbayar ker benda ni…?

  3. tahniah tuan, rupanya tuan empunya webmaster jomhosting..saya salah satu pelanggan tuan..hehe

  4. bro kongsi lar sikit rahsia2 teknik SEO..

  5. sy pn lama dh xupdate blog…tapi still meningkat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.