Beza Buat Duit Dengan Innity Dan Nuffnang

Penulis: wanmus Kategori: Blog | Buat duit | Innity | Nuffnang | wanmus.com Tarikh: 09 May 2011 | 31 komen

wahhh…sekarang heboh pulak dikalangan blogger katanya susah nak buat duit dengan nuffnang kalau tak glamour atau jadi anak emas pihak nuffnang..tapi betul ke? jadi bile dah terbongkar macam tu, ramai pulak yang mula menceraikan nuffnang..ramai mencuba dengan innity, mangga ads, 701, adsense dan macam-macam lagi..saya pun tak ketinggalan walaupun dah beribu dapat dari nuffnang sebelum ni..semuanya sebab lepas letak iklan nuffnang berbulan tapi nilai bertambah dengan nilai terlalu kecil..tak macam dulu..jadi macamana nak survive??

Jadi apa bezanya antara penyedia iklan kat blog ni?

Oleh kerana saya hanya terdedah kepada 2 otai penyedia iklan ni iaitu innity dan nuffnang, saya hanya akan bandingkan antara 2 entiti terbesar ni yang memang sah berbayar..yerlah buat duit dengan blog ni baik cari yang betul-betul berbayar..

  1. 1. Time Keluar Iklan:

    Ramai pengguna nuffnang dah tahu yang waktu banyak keluar iklan ialah pada tengah malam atau awal pagi kan? selain waktu pagi..jadi adakah ini relevan?jadi berlumba-lumbalah blogger release post baru pada tengah malam semata-mata nak tarik viewer tengah malam untuk klik iklan mereka..adakah ini berbaloi? ada yang YA dan kebanyakkannya TIDAK! tapi jangan risau jika korang ada buffered ads sebab memang akan selalu keluar tanpa kira masa.

    Bagaimana dengan publisher innity? kebanyakkan iklan akan keluar waktu pagi dan tengahari yang sememangnya waktu paling top viewer di serata dunia termasuklah di Malaysia..jadi bila ramai view blog masa iklan keluar, jawabnya masyuk lah kan? hehehe..

  2. 2. Jenis Blog:

    Untuk Nuffnang, mereka terlebih sayangkan blog yang glamour dan sampai dengar ada blogger jadi jutawan kan? jadi bagaimana dengan blogger lain? kira ikut nasiblah jika terpilih dapat buffered ads atau iklan2 yang mahal..kalau tak, layankan iklan yang biasa-biasa tu. tapi iklan mereka kekadang masyuk juga..kekadang tu tak sedar pun ada iklan keluar, last2 hujung bulan masuk duit 🙂

    Blogger innity tak perlu risau dah. Once diluluskan blog dan akaun mereka, hanya setup kod iklan di blog dan tunggu iklan masuk..lagi kerap kita update blog, lagi kerap iklan akan terpapar dan lagi ramai advertiser akan suka blog kita. Jika blog anda lebih dari blog lain, mestilah lebih masyuk kan?

  3. 3. Targeted Viewer:

    Bagi nuffnang, iklan akan keluar mengikut survey dan maklumat yang kita isikan pada sistem mereka..dan juga pada pemilihan dari advertiser. jika pandai mengayat dan kebetulan advertiser suka, mungkin lebih masyuklah korang..tapi setakat ini rasanya iklan mereka tak betul2 targetted.

    Bagi innity, iklan mereka akan lebih berbentuk targetted viewer..mungkin juga mengikut lokasi viewer atau visitor tersebut. Seperti dimaklumkan juga tadi, masa iklan keluar juga mengikut tingkahlaku kebiasaan pelawat ditempat tersebut..thats why iklan innity jarang keluar sangat tengah malam..

  4. 4. Jenis Iklan:

    Dari nuffnang, hanya 3 jenis iklan banner disediakan dan sudah tentu skop advertiser kecil kan? tapi tak kecil dari segi modal atau dana diterima. thats why iklan nuffnang kekadang mahal kita dapat 1 klik..tapi bergantung kepada advertiser lah.

    Dari innity pula ada 10 jenis iklan disedikan. Dari segi banner  dah bermacam saiz..text-link lagi..in text lagi..bottom up lagi..banyaklah..bila dah banyak choice, mestilah advertiser pun banyak jenis kan? so banyaklah pendapatan kita..insyallah..

  5. 5. Perkongsian:

    Nuffnang cukup pantang jika diblog tersebut ada iklan lain dari penyedia iklan asia. Kejap je title gliteratti korang akan hilang..tapi lepas buang iklan lain dan tinggal iklan nuffnang je, title tu akan datang balik dalam 4-5 hari..titile gliteratti ni penting jika nak masyuk lebih.

    Innity pula jenis terbuka dan takde title pun. Semua publisher atau blogger sama dan yang membezakan mereka ialah kualiti content dan kekerapa update. Siap boleh letak iklan dari penyedia iklan lain lagi tau. Iklan banner affiliate pun boleh..kan senang tu? tulah namanya kebebasan dalam mencari pendapatan.

  6. 6. Pendaftaran:

    Nuffnang membuka peluang buat duit dengan blog bersama mereka dengan terbuka untuk sesiapa sahaja dan untuk jumlah blog yang tidak terkira..jadi pada yang baru bermula memang sesuai sebab tak perlu pening-pening..daftar je dan letak kod iklan..jika advertiser berkenan, akan keluarkan iklan kat blog korang tu.

    Innity pula lain..ada minimum requirement yang perlu lepas iaitu blog tersebut mestilah mempunyai minimum 100,000 Pageviews per month on average, minimum 20,000 Unique Visitors per month dan mestilah mempunyai post berkualiti serta kerap diupdate. Susah ke nak dapat ni? Semua diterangkan di cara buat duit dengan innity

Ni antaranya yang saya dapat bongkarkan..Ada banyak lagi pantang-larang dan rahsia bagaimana menjana wang dengan blog boleh menjadi lebih berjaya dan masyuk $$$ …semuanya pada



  1. Haru

    tp sy pernah apply utk innity tp ditolak mentah2 sbb syaratnye yg agak ketat..memerlukan UV yg agak tggi dlmsebulan

  2. wanmus

    tapi bila dah diluluskan macam blog ni, sangat berbaloi 🙂 cuba usaha dan naikkan UV tu..

  3. Haru

    yup tu la..sy lebih tertarik iklan dr innity sbb ade byk jenis..dan sy sedang cube meningkatkan UV

  4. laici

    tq sebab review.. berminat pada innity tapi x layak agi.. (><)

  5. Kujie

    no komen…< boleh gitu..hihi

  6. Peja - Asas Pendapatan Blog

    hohoho, blum cuba lg innity ;D

  7. deedee87

    innity adalah impian setiap blogger.. tq review.. kne berusaha lebih lagi

  8. mhnizam

    jom cuba innity huhu

  9. muhammad fakhruddin

    Err…tak de orang nak buat rahsia Adverlets ke ? 😉

  10. pantaidalam

    cam best jer innity ni,tapi layak ke blog ini..ermm

  11. akuorgkmpng

    x layak lgi innity..
    nuff x brjln dh.. mlas dh nk update bio semua tu.. kecewa.. BE xdpt2..

  12. wanmus

    so kejar bro biar cukup minimum tu..sebab maybe akan naik lagi..dah dapat innity, goyang kaki je tiap2 bulan

  13. wanmus

    kene cek requirement..kalau dah lepas, leh apply dan moga lulus..

  14. wanmus

    advertlets sekarang ni baik dijauhkan 🙂

  15. Cara buat duit online

    susah gak nak buat duit ngan inniti kalo blog tak cukup traffik

  16. SamsulAhmad.com

    innity mmg x layak g, tpksla la guna khidmat nuffnang dlu… ekeke.. tah bila la bru nak merasa iklan innity nie.. 😀

  17. Princess Zezebel Lair

    Jarang ada masa nak update blog kebelakangan ni, still stick to churp-churp. Nuffnang sebagai eksperimen je…nak try innity..tunggu kalau dah layak la hehehe…

  18. IMDDIN AHMAD

    Nafsu untuk terus berblog semakin meluap2 selepas baca blog ini…

  19. wanmus

    biarkan terus meluap2 dan terus dengan tindakan..insyallah bolehnya

  20. nizam

    lambat lagi kot nizam nak dapat innity ni….

  21. Kamarul Azriâ„¢

    KA masih mencuba dgn innity, walaupun sedar keupayaan blog berusia 3 bulan.. 🙂

    insyallah 1 hari nanti…

  22. raihan

    wahh..cam best je dgr..wanmus leh tunjuk ajar??

  23. cikcloudy

    mcm nk tukar ke innity gak la.. tp kena byk uv? berapa byk? ribu2 satu hari ke?

  24. sarjan_boleh

    salam..uv tu apa saudara wanmus?
    saya baru nak belajar buat blog..

  25. redlomo

    nuffnang lebih cerewet la yer

  26. rohaya

    teringin mencuba innity tp memang tak laayk, sehari cuma 50UV…

  27. wanmus

    saya dulu pun gitu jugak..lepas lama2, alhamdulillah..

  28. wanmus

    uv tu unique visitors..maksudnya bilangan pelawat yang datang dari ip yang berbeza. contohnya jika kawan kita duk refresh dan baca banyak post kita, uv tetap dikira 1. tapi pageviews akan meningkat setiap kali apa jua page kita dilawati

  29. adamghedodin

    Gitu rupanya, barulah tau beza nuffnang dengan innity. Sangat bermanfaat untuk freshie macam saya. Keep up the good work, bro.

  30. redlomo

    anda boleh cuba buat duit dgn blog dengan clixadx – http://www.clixadx.com

  31. mizzura

    dah lama join nuff ni…siap terbaru ada nuffX tapi mcm H jerr…terus susah org nak komen…ticket anta dua kali tak layan cam selalu…

    innity dari dulu perasan tapi tak pernah try…