Los Dan Faun Kelakar dan Best

Penulis: wanmus Kategori: Afdlin shauki | Filem | Lawak | Review filem Tarikh: 08 December 2008 | 3 komen

Seperti yang telah dikongsikan sebelum ni, sebuah lagi filem dari bro Afdlin Shauki memecahkan panggung dengan Los Dan Faun bermula 4 Disember lalu.Alhamdulillah sempat tengok ngan Wandy dan Aren di Cathay Cineplex, Mutiara Damansara.. Betul ke cerita malaysia oleh afdlin kali ni best? banyak lawak bodoh ke dalam cerita ni? Jalan cerita menarik ke? tulah yang bermain di fikiran kami sebelum masuk panggung.

Jalan ceritanya bermula begini..Mengenai dua sahabat baik los (Adlin) dan faun (Hans isaac) yang datang ke KL dari kampung untuk bekerja. Untuk hidup, mereka bekerja sebagai agen pencari ape sahaja barang orang yang hilang sebaik mereka mengetahui bakat terpendam yang dimiliki faun dengan nama los dan faun..Sehingga mereka sangat popular dan masuk TV. Pada satu hari, Jasmin (Ella) menghubungi mereka dan meminta mereka berdua mencari jam berharga RM30 juta milik bekas suaminya yang telah meninggal. seterusnya..Jom tengok sendiri di pawagam sekarang!

Best..dan tak rugi anda tengoknya di pawagam..sebab ada penggunaan helikopter yang saya rasanya teknik berani dibuat oleh afdlin untuk cerita barunya kali ini..Lawak bodoh? pastinya  anda tercari-cari lawak bodoh sebab semuanya lawak perlukan pemahaman anda..tapi lawak ringan ade jugak..hehe..lawak bodoh tu anda tengoklah sendiri..Lagi=lagi lawak Amran yang serius tapi lawak giler..HAHAHA..

Dari segi jalan ceritanya saya bagi 9.5 daripada 10..sungguh fresh untuk cerita melayu dan menarik untuk kita nantikan babak demi babak. Pasti tekaan anda lain dari apa yang sebenarnya sehinggakan nak gi toilet sekejap pun rasa rugi..los dan faun macam Detektif Conan pun ada tau..tapi best, menarik dan pasti seronok.. Jom terus tengok di pawagam sekarang!



  1. titan

    kalau la pawagam dekat, memang aku dah gi tengok. masalahnya, jauhnya..bila la banting nk ada balik pawagam..

  2. wanmus

    kene tukar kerajaan balik kot..hehe..baru banyak hiburan

  3. akuorgkmpng

    mmg kelakar cita ni..
    yg xtgok lgi..
    tgok la..