Jemputlah Ke Majlis Perkahwinan Saya Tau..

Kalau korang perasan, kat tepi sidebar tu ada plugin countdown ke tarikh berbahagia kami nanti..Pejam celik pejam celik..rupanya 1-2 hari je lagi majlisnya..hoho..Jadi dikesempatan ni, saya nak jemput sahabat, pelanggan dan pelawat saya ke majlis berbahagia kami seperti tertera di atas.. Untuk rumah orang tua saya, majlis pada 12 Jun 2010 di Besut, Terengganu..Di rumah mertua, pada 10 Jun 2010 di Nilam Puri, Kota Bharu..

Jika anda berdekatan dan berkesempatan untuk datang, datanglah ek..ni ada peta kat bawah ni..

1- Untuk ke Majlis Bersanding pada 10 Jun 2010, anda boleh semak peta di bawah atau google maps di http://rumahjaa.wanmus.com. Rumahnya ditengah2 peta tu..

2- Untuk ke Majlis Sambut Menantu pada 12 Jun 2010, anda boleh semak peta di bawah atau google maps di http://rumahmus.wanmus.com. Rumah orang tua ditengah2 peta tu..

Kami buat majlis kesyukuran je sempena perkahwinan..takdelah besar2 sangat..Nak tahu perkembangan terkini? Boleh semak di Facebook Majlis Perkahwinan kami di Facebook Jemputan Perkahwinan Mus & Jaa

**Dugaan jugak ye kalau majlis perkahwinan time2 dah start Fifa World Cup 2010..mujur kurang minat bola..hehe

50 Comments

  1. Tahniahlah.. nak datang mungkin tak kot.. ada byk hal perlu disetelkan terutama hal SUKMA ni

  2. thanks bro..takpelah, yg penting doakanlah kami ek 🙂

  3. Tahniah..semoga majlis perkahwinan berlangsung dengan lancar dan selamat.

    Hmm…bila tengok peta rumah pengantin, di area situlah tempat permainan saya masa kecil-kecil dulu ketika cuti sekolah…

  4. terima kasih..kat rumah pengantin perempuan ke lelaki rumah lama tu?

  5. Terima kasih..insyallah kami akan buat yang terbaik 🙂

  6. siha

    TAHNIAH, SELAMAT PENGANTIN BARU!! HARGAILAH PERKAHWINAN INI SEUMUR HIDUP…X DPTLAH HADIR SBB TERLALU JAUUUUUH!

  7. sam

    Syukur Alhamdulillah En. Mus..tahniah diucapkan dan Selamat Berijab-Qabul..moga bahagia dunia dan akhirat.
    .-= sam´s last blog ..local chess related news =-.

  8. thanks..insyallah akan hargai perkahwinan ni selagi ada hayat dikandung badan

  9. tahniah bro selamat pengantin baru..nak pegi jauh sangat,..anyway thanks sebab jemput

  10. Kat rumah pengantin lelaki…

    Awal tahun 80-an dulu ada makcik tinggal kat lorong Sk Sultan mahmud 1. Masuk jauh kedalam..paling hujung. Selalu habiskan cuti sekolah kat rumah makcik ni. Hari-hari mandi alor dengan sepupu2. Dulu banyak buah kemunting. Tak tau la sekarang.

    Sorang lagi, pakcik tinggal kat depan Masjid Alor Lintang.

    Dua-dua dah lama arwah. Sepupu2 pun semua dah pindah…

    Huh…nostalgia…teringat betul dengan alor dan buah kemunting tu..

  11. Apa-apahal pun aku ucapkan selamat pengantin baru pada ko dan semoga cepat mendapat zuriat dan kekal ke anak cucu…Ameen…. hehe

  12. walaopun lmbt, tp tahniah la geng n welkam to da club…moga terus maju n berjaya dalam segala apa yg anda kerjakan, duniawi serta ukhrawi…

  13. Slaam, Wan Mus.

    Oh, bila baru terbaca blog wan mus ni,
    baru perasan.

    Tahniah! Tahniah!

    Tak sangka dah kahwin. Semoga bahagia hendaknya. 🙂

    Walaupun dah terlewat, nak ucapkan selamat pengantin baru.

  14. Wsalam mawardee.
    alaa dia tu pun pengantin baru jugok..hehe..thanks dan selamat pengantin baru jugok..hehe

  15. Salam…
    Tahniah my pren sebab dah bergelar suami…
    Sekian lame terpisah, start darjah 5 / 6, tup2 deme dah kahwin…
    Tapi, agak terkilan xdapat pergi sebab time tu terpakse balik dungun atas urusan peribadi yg xdpt dielakkan…
    Ade masa, balik terengganu, kalau singgah dungun, rogerla ambe…

  16. Bro, berapa lama siap kad ni? Cun2. Mmg hasil terbaik dari As hehe.

  17. dalam 2 minggu sampai rumah lepas konfirm..

  18. tak berkesempatan untuk pegi.
    InsyaAllah..lain kali boleh kot bila bro Wanmus pasang sorang lagi.

  19. mudah mudahan..kalu ade rezeki tu bro mus tunjuk2 la pic ye sini he

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.