Menjawab Persoalan FAQ Mengenai Web Hosting

Penulis: wanmus Kategori: Blog | Facebook | jomhosting | wanmus | web hosting Tarikh: 11 March 2010 | 34 komen

FAQ atau frequently asked question atau dalam BM soalan yang biasanya ditanya mengenai web hosting ni akan saya ungkaikan satu persatu supaya korang semua tak pening dan saya pun tak pening nak menerangkan..hehe.. ni soalan yang saya dapat dari smartzul untuk mewakili kita semua sebab soalannya general.

Sebenarnya semalam saya membuka 1 sesi soal jawab berkaitan web hosting di facebook saya di facebook wanmus untuk saya jawab dalam sesi dunia ie di fuhyoofm semalam. Soalan ni ditujukan untuk semua web hosting seluruh dunia tau, bukan untuk JOMHosting sahaja 🙂 Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..ok untuk anda yang terlepas sesi semalam, di sini saya jawab kembali persoalan tersebut khas untuk anda pelawat wanmus.com

1. Kenapa server asyik down? Tak boleh ke kalau tidak down?

Seperti telah saya maklumkan dalam post sebelum ni, Server juga sebuah komputer. Apabila kita sebut tentang komputer, ia mempunyai had yang tertentu bergantung kemampuan hardware dan software pada komputer tersebut. Tapi yang bezanya server dan komputer biasa ialah server direka mampu melayan lebih ramai client berbanding komputer biasa dalam satu-satu masa.

Komputer biasa di rumah jika digunakan untuk buka software berat2 macam photoshop, word, game n macam2 lagi dalam 1 masa pun akan hang atau jammed kan? samalah server juga..jadi web hosting perlulah hadkan penggunaan sesebuah akaun di server tersebut untuk elakkan server hang atau jammed. Komputer pun kalau jammed banyak kali boleh crash, server pun macam tu..jika kerap jammed, server boleh crash dan menyebabkan semua data hilang.

Jadi jika anda bertanya kenapa ada had limit, jawapannya sebab nak elakkan server crash. Tapi biasanya had ni hanya pada shared web hosting sahaja. VPS @ vitual private server pun ada limit tapi pada memory yang dibenarkan. Dedicated server memang tak ada limit..Ikut andalah nak buat apa pun pada server tersebut sebab server tu sebijik anda punya sorang2.

Server boleh tak down dengan syarat semua akaun dalam server dipastikan tak melebihi had yang dibenarkan. Biasanya had yang ditetapkan ialah had penggunaan cpu @ cpu usage, had penggunaan memory server, had bandwidth dan had ruang web. Ini yang menyebabkan ada akaun yang di suspend kerana melanggar had yang dibenarkan.

2. Betul ke server Malaysia bagus? Ramai yang kata tak bagus. Pro dan kontra server Malaysia dan US.

Sebelum lebih lanjut, korang boleh baca post sebelum ni mengenai beza server US dan server Malaysia. Pihak web hosting biasanya akan pastikan server yang digunakan tu bagus dan reliable (boleh diharap) sebab ni bisnes besar dan bukan main-main. Yang jadi masalahnya ialah backbone network di Malaysia ni tidak sama macam di US sana tu. Port network dari datacenter biasanya di Malaysia 1-2 Mbps tapi di US biasanya 100Mbps..jauhkan bezanya?

Tapi jangan pula lupa yang jarak antara kita dengan US tu jauh dan dihubungkan dengan kabel yang beribu kilometer jaraknya. Itu yang menyebabkan loading web dari US slow sedikit berbanding yang di host di Malaysia..namun ada juga yang sebaliknya :), tapi tu bergantung kepada server yang digunakan.

Saya selalu nasihat yang jika anda target web/blog anda untuk tontonan rakyat Malaysia, pilihlah server yang di host di Malaysia..tapi jika untuk pasaran US atau oversea, pilihlah server di US atau oversea.

3. Apa yang pelanggan hosting boleh buat dan tidak boleh buat? Contohnya pasang skrip autoresponder. Boleh ke? Kalau tak boleh, kenapa?

Pelanggan boleh melakukan apa sahaja pada akaun mereka selagi tidak melanggar had dan peraturan yang ditetapkan. Ni boleh semak TOS atau terms of service yang ditetapkan pihak hosting. Biasanya yang tak boleh buat ialah menggunakan cpu usage melebihi 15-25% dalam masa yang ditetapkan, memory usage melebihi 5%, sharing illegal files, spamming atau melanggar peraturan yang ditetapkan kerajaan.

Untuk autoreponder, biasanya dilarang dipasang pada akaun shared web hosting sahaja. Boleh dipasang pada vps atau dedicated server. Kenapa?? Sebab kebanyakkan skrip autoresponder ni menggunakan cpu usage yang tinggi dan lebih dari had 25% yang dibenarkan. Ini boleh menyebabkan server jammed dan rosak. Satu lagi, jika pembekal email seperti yahoo,gmail atau hotmail detect email anda sebagai spam, mereka akan blocked email dari ip yang sama..cuba bayangkan jika email dari akaun pada server sama, semuanya di blocked..tak kesian ke kat akaun lain yang nak hantar email..ini dah tak adil.

VPS dan dedicated server guna ip yang berbeza antara setiap akaun, so tak ada masalah jika anda nak pasang autoresponder ni..itu hak anda.

4. Kenapa ada sesetengah support company hosting lambat balas aduan pelanggan? SMS tak dapat, call tak angkat, emel tak balas….

Ni soalan sensitif sebenarnya. Sebab saya sebelum terlibat dalam bisnes ni, saya juga ada beli hosting dan domain dari syarikat lain. Pernah juga call dan email saya tak berbalas. Jadi saya tahu bagaimana rasanya jika tak ada reply dari pembekal web hosting kita tu.

Selepas masuk dalam dunia pembekal web hosting ni, baru saya nampak dunia ini sebenarnya perlukan komitmen anda 25jam sehari.. bukan 24/7 dah tapi 25/8 rasanya..hoho.. sebab anda akan berjumpa pelanggan baru setiap hari dan menjawab soalan setiap hari. Pastu kenapa? Kerana pembekal web hosting juga seorang manusia..staf mereka juga manusia..mungkin ada seketika mereka pergi makan ke, minum ke, solat ke..jadi jika ada delay seketika tu normal lah. tapi kalau dah 24 jam tak berbalas tu dah berat tu.  tu kena semak kembali dengan siapa anda membeli hosting tersebut.

5. Abang wanmus single lagi ke? Ekekekeke.. Soalan ke-5 ni gurau jer.

Nilah soalan paling sensitif..hehe.. kalau dalam omputihnya, saya masih single sebab belum kahwin..tapi dah berpunya..kihkihkih..

**Jika ada yang saya tersilap, minta perbetulkan. saya juga manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan. adioss 🙂

Ada komen atau pertanyaan mengenai web hosting? boleh ajukan di bahagian komen



  1. Anuar Abdullah

    Salam friend,

    soalan aku :
    1. Software pe sesuai tuk editing video n montaj ? penah tanya org die kate sony vegas….ade kate ulead, mcm2 la…

  2. life4hire

    1. server yg bagus selalu nyer server yg ada redundant power supply, RAID atau menggunakan SANS/NAS, hot swappable hard disks,hot swappable PCI cards, ada UPS dan bermacam2 lagi juga data center tuh sendiri kena ada redundant network.

    2. sbnrnya tiada port 1-2 MB dlm network tp diconfigure utk tidak melebihi nilai tersebut.plg kurang 100MB. bergantung kepada network architecture, cap 1-2MB dibuat utk mengelakkan congestion dlm internal network sendiri sekiranya ada virus outbreak

    soalan lain..tak ada tambahan info….sbb subjektif..hehe

  3. rohaizad

    Tuh dia…. aku suka betul kalau Yam dah share dia punya knowledge. Power siot…

    p/s: aku nak undang ko jadi penulis undangan kat blog akulah Yam.. boleh tak?

  4. wanmus

    tambahan dari yam:
    1- yup, UPS dan semua sistem tu dari datacenter..kalau server bagus, harga pun mestilah tinggi yam
    2- thanks yam tolong tambah..yg 1-2mb tu yg allowable oleh datacenter

  5. alone

    ceteknya ilmu aku…

    *garu2 dagu*

    thanks bro wanmus untuk perkongsian =)

  6. Kujie

    opp..off topik dulu..lamanya tak nampak dia..

    anak berapa org dah?

  7. Kujie

    kak jie pengguna yg sabar….ada masalah pun selalunya sabar…tapi setakat ni tak ada masalah dgn webhosting …

    nak tanya

    mana bagus – domain dan hosting bersama
    atau domain kt host lain
    hosting kita host lain..

  8. sah90

    bagus info ni..
    Tq bro…:)

  9. aliridha

    macam mana nak buat nama apa2.namadomain.com ? tq

  10. Penang

    Maklumat yg berguna. Dapat tambah ilmu tentang web hosting nie…

  11. wanmus

    tu senang cari cd pirate je kat kedai komputer..hehe

  12. wanmus

    ilmu ni perlu semua pengguna hosting tahu supaya memahami keadaan server dan hosting mereka sendiri

  13. wanmus

    tengok atas hosting yang akak amik tu. jika ada pakej free domain bila beli hosting, baik amik pakej tu kak. tapi jika was2 dengan syarikat tu, boleh amik ngan syarikat lain2.. bukan apa kak, nanti nak renew domain problem..sakit jugak tu

  14. wanmus

    alhamdulillah jika ianya berguna

  15. wanmus

    itu saudara boleh tempah dari http://jomhosting.net/domain.html

  16. wanmus

    yup..jom kita berkongsi ilmu 🙂

  17. Scromix

    haha, nk dgr gak suara ko yg kacak. 😉

  18. samanosuke_04

    gahahah, soklan last jer yang menarik.. hoho, kalo nak banding M’sia ngan US, mestilaa kalah M’sia.. bergantung kat lokasi si pemblogger gak senanye.. heehee, aku still suka M’sia punye hosting, sebab annually bayar, bukan monthly…hohoho

  19. yoy

    soalan saye..
    knape blog saye boleh akses tapi tidak fikriahmad.com dan another blogs?
    adakah kami berbeza hosting?

  20. Kimizo

    oo bujang lagi ek

    apapun thanks atas info

  21. imran

    Memang banyak benda kena ambil tahu sebelum memiliki hosting.

  22. boss

    ehem2.. pelan2 cakap.. he he..

  23. kak ina kl

    salam wanmus..tak tertunailahhasratdihati akak ek..tak ada rezeki..

  24. Bajet Sempurna Sangat Ke Dia Ni?

    […] tak habis2 nak kutuk orang. Dia ingat dia sempurna sangat ke? kita ni punyalah nak kongsi sikit sebanyak info untuk sesiapa yang nak tahu. Sape dah tahu, tak perlulah amik tahu. Kita ni kan manusia, kekadang […]

  25. sam

    Salam WanMus…saya ambik pakej IM dari jomhosting..camna nak renew bila expired?..thx in adv…

  26. wanmus

    wsalam.untuk semua pakej, sistem billing akan hantar reminder untuk renew. sebaiknya buat bayaran dalam 1 bulan sebelum expired.

  27. wanmus

    wsalam kak.tulah nampaknya..tak tertunai hasrat di hati..semuanya sebab TM..hohoh

  28. Amir

    saya macam nak guna jomhosting. tapi masih berfikir2 lagi. btw, baru tau pasal blog ni.. menarik, byk info pasal hosting.

  29. wanmus

    yup. selalulah lawat blog ni ek..

  30. Ladfe Amir

    ramai yg tidak tahu lagi perkara ini termasuklah saya. skrg ni dah tahu. thank bro

  31. akuorgkmpng

    ulead okey..
    mudah ja nk guna..
    mcm movie maker ja..

  32. akuorgkmpng

    sama la ng aku..
    cetek lgi dri hng.. hoho

  33. akuorgkmpng

    apa beza domain ng hosting ni..
    konfius plak aku..

  34. veino zarhey

    Salam, saya pun baru je nak menerjah ke alam HOSTING , saya nak tanya sikit..soalan yang biasa ditanya oleh pelanggan² hosting itu apa? 🙂