Pasar raya besar setuju turun harga
Alhamdulillah..akhirnya harga barangan akan turun..walaupun tidak turun secara drastik dan semua tempat tapi beberapa pasar raya besar dah setuju untuk menurunkan harga produk mereka..
SUBANG JAYA: Beberapa pasar raya besar bersetuju menurunkan harga barang yang akan diumumkan minggu depan sebagai menyahut gesaan kerajaan serta kesan terhadap penurunan harga bahan mentah dan minyak di pasaran dunia.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata langkah proaktif itu dilakukan atas inisiatif mereka walaupun kerajaan tidak memberi sebarang tekanan kepada syarikat berkenaan.
“Langkah ini sebagai menyambut gesaan kerajaan supaya menurunkan harga tanpa memberi penekanan kepada mana-mana pihak.
“Bagaimanapun, apa yang menjadi masalah kita ialah kementerian tidak mampu mempengaruhi harga makanan masak yang dijual di gerai serta restoran.
“Kita boleh kawal harga beras, tetapi tidak boleh kawal sekiranya ia dimasak menjadi nasi. Begitu juga dengan tepung. Oleh itu, kita mengharapkan peniaga dapat mengambil tindakan sama seperti pasar raya terbabit,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Penurunan Harga Susu Tepung Nural di sini, semalam.Pada sidang media itu, beliau turut mengumumkan Indeks Harga Pengguna (IHP) oleh Jabatan Perangkaan yang mencatatkan penurunan kepada 8.2 peratus bulan lalu daripada 8.5 peratus pada Ogos.
Bagi tempoh Januari hingga September tahun ini pula, IHP meningkat 5.2 peratus kepada 110.9 berbanding tempoh sama tahun lalu.
Sementara itu, Shahrir berkata, industri tepung turut mengambil langkah sama menurunkan harga tepung diperkaya sebanyak 12 peratus bagi setiap kilogram (kg).
“Ini juga inisiatif industri tepung menurunkan harga kerana tepung diperkaya bukan barang kawalan kementerian,” katanya.
Sebelum ini, Persatuan Pengilang Roti Bumiputera Semenanjung (PPRBS) mengadu tindakan pengilang tepung yang menaikkan harga tepung diperkaya untuk pembuatan roti dan kek sebanyak RM10 untuk satu beg 25kg, berkuat kuasa 18 Mac lalu.
Di petik dari Harian Metro Online
07 February 2011
Masa 11:09 am
kalau thn 2011 ni banyak benda turun harga kan bagus..kesian kat mereka yang berpendapatan rendah
07 February 2011
Masa 11:15 am
selagi minyak asyik naik mencanak..memang susahlah nak turun si harga barang.
07 February 2011
Masa 11:17 am
nampaknya pasarraya besar kena lakukan lagi penurunan harga barang utk tahun 2011 pulak.
barulah perasaan pembaeli reda sikit akibat harga petrol yg asyik naik je
07 February 2011
Masa 6:17 pm
aku tensen bila sebut pasai psraya.
benci benci..
luahan hati bekas pkerja psarya..
07 February 2011
Masa 6:19 pm
kalo duit banyak ko beli jer denagn apasr pasrayer tuh skali ha ha
07 February 2011
Masa 6:35 pm
klu aku mampu..
tapi aku x mampu.
biasa la kita org bwah.. asyik kena tindas ja..
07 February 2011
Masa 6:38 pm
he he jadikan pengalaman sebagai batu loncatan untuk berjaya ok
07 February 2011
Masa 6:58 pm
thanks bro..aku nk brjinak jinak dgn dunia IT ni pulak.. hehehe
10 February 2011
Masa 5:12 am
mnyak meningkat tok kstabilan ekonomi jga.dh stabil bru sume hrga barang leh stabil
10 February 2011
Masa 5:13 am
ko bhenti je dri keje kt stu
men komen kt sni je leh kaya
hahhahaha
10 February 2011
Masa 5:15 am
saya setuju sgt2
dri sni la leh hpuskan org tgh yg pau byk duit
10 February 2011
Masa 5:16 am
hrga mnyak naik gnakn internet tok pembelian brang.
hehehe
10 February 2011
Masa 5:18 am
kalo sume org da duit byk xksahla
16 February 2011
Masa 1:49 am
Hakikatnya, harga barangan kat pasaraya semenanjung lebih murah berbanding sabah dan sarawak.