Kopi buat payu dara kecut

Penulis: wanmus Kategori: Berita | Kopi | perempuan Tarikh: 25 October 2008 | 10 komen

Tentu mengejutkan anda semua..iye..saya sekadar nak berkongsi ilmu..ni fakta dari kajian

So kepada perempuan di luar sana, keputusan kajian telah terbukti, terpulang kepada anda untuk minum kopi dengan jumlah yang banyak atau sebaliknya..hehe

Ni di ambil dari website berita harian..

Pengambilan terlalu banyak kafein jejas hormon dalam badan wanita

LONDON: Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.

Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka.

Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur.

Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.

Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum.
Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka.

“Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada,” kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund, Sweden, yang mengetuai kajian berkenaan.

“Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang,” katanya.

“Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap.
“Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka.”

Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17 peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang tiga cawan sehari.

Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisiko tinggi, kata saintis berkenaan.

Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada. – Agensi

Sedutan dari berita harian



  1. thephenom

    hehehehe……kekadang nampak ‘seksi’ jugak kalau kecut ni….

  2. akuorgkmpng

    betoi tu.. klu jnis besaq2 ni susah la..

    susah la nk kwal mata ni.. asyik nk tgok ja.. dosa2. hahaha

  3. jutawansenyap

    besor sangat nanti tak larat nak bawak sana sini kan

  4. akuorgkmpng

    hahaha.. mmg susah nk bawa klu besar tu..
    mna pmpuan ni, nk tnya ckit ni.. best x payudra yg besar.. ?? haha

  5. jutawansenyap

    maaner2 pompuan leh kasik jawapn

  6. akuorgkmpng

    depa malu2 kucing plak..hahaha.. jgn malu2..

  7. syaiful azhar

    tpi lg besar lg seksi
    hehheh

  8. syaiful azhar

    hahhahhahahhahahhhaha goyang2 je

  9. syaiful azhar

    kta yg laki xmalu pn kn
    hhehe

  10. Ronaldmohoni

    Info yang menarik. Para wanita harus membaca dan memahami post ini. Kalau nak kecil, banyakkan minum kopi. hehe.