Update Terkini Mengenai Paypal
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua..hmmm tadi baru lepas call paypal sebab geram sangat..Nak add debit card tak lepas2, asyik keluar error je..ni semua bermula lepas paypal mengaplikasikan syarat baru untuk semua akaun pengguna paypal. korang pun mesti pening skit kan nak guna paypal sekarang?
Saya rasa dulu Paypal seperti Bank online di mana kita boleh masuk dan keluarkan wang tapi sekarang ni macam dah kureng atau just lebih kepada online payment/transaction system. Saya nak kongsilah sedikit info terkini (kalau korang belum tahu) mengenai syarat paypal ni:
- 1 akaun bank hanya boleh digunakan untuk 1 akaun paypal. Tapi 1 akaun paypal boleh dimasukkan beberapa akaun bank yang berbeza.
- 1 Kad kredit atau debit kad hanya boleh digunakan untuk 1 akaun paypal sahaja. Tapi 1 akaun paypal boleh dimasukkan beberapa kad kredit/debit yang berbeza (fungsi add a card).
- Add funds kini hanya boleh menggunakan Bank US sahaja, tidak lagi dari kad kredit/debit anda. Dulu biasa jugak topup akaun paypal guna debit kad, tapi sekarang dah tak boleh..paypal akan caj terus ke kad kita nanti jika buat sebrang bayaran.
- Kalau nak withdraw ke dalam akaun bank kat Malaysia, caj RM3 dikenakan jika pengeluaran kurang RM400..lebih dari RM400, caj free.. so baik tunggu RM400 dulu baru withdraw..hehe..Jika withdraw ke kad, RM20 caj dikenakan..banyak tu
- So berfikirlah
Untuk call mereka, anda boleh call Paypal Singapore sebab mereka terdekat dengan kita.
65-6510-4584/ 02-6510-4584
65-6823-2061/ 02-6823-2061
9:00 SGT to 22:00 SGT from Monday to Friday
9:00 SGT to 18:00 SGT from Saturday to Sunday
Jika anda call dari Malaysia, jangan tekan 65 kat depan tu, tekan 02..saya dulu2 tekan jugaklah 65-65104584 tapi engaged je memanjang, bila search kat internet yang untuk call ke Singapore dari Malaysia, tekan 02 kat depan diikuti nombor orang tu..so nombor Paypal Singapore ialah 02-6510-4584. Saya guna celcom call aritu tak mahal sangatlah..dalam Rm2-3 untuk 5-6 minit bercakap. Ianya lebih murah berbanding keuntungan yang korang akan dapat nanti 🙂 So kalau ada masalah dengan paypal, jangan email..Terus call je senang. Alaaa orang putih ke laut pun xpe sebab diorang ni Singaporean, so still paham slang melayu kita ni.
Tulah serba sedikit kenapa dah rasa paypal ni macam online transaction system je sebab kita tak boleh add fund macam dulu. Apa2 akan dikreditkan terus dari akaun kad kredit/debit kita. Jika menerima bayaran atau ada jualan je baru terisi akaun paypal tu..Adiiooss
08 December 2009
Masa 4:23 pm
terlepas pandang pula saya tentang beberapa perkara..
saya pun dah lama tak add fund melalui kad, selalu hanya received sahaja dan sebab tu juga tak perasan.
terima kasih tuan kerana sudi berkongsi
08 December 2009
Masa 4:39 pm
tu ar..rasanya ramai tak tahu..tu yang tepon terus paypal tadi tu sebab tak jumpa solution kat internet ni.
08 December 2009
Masa 4:53 pm
alamak, susah betul paypal skrang…huh
08 December 2009
Masa 5:06 pm
hmm..taklah susah sgt sebenarnya cuba TOS baru ni buatkan pening skit..tapi dah faham ni, oklah tu
08 December 2009
Masa 8:41 pm
Terima kasih kongsi berita terkini PayPal
08 December 2009
Masa 11:56 pm
Hmmm…susah jugak kalau macam ni, terpaksa lepas buat jualan baru paypal account terisi, takpun kena beli duit paypal macam dalam WC tu…
09 December 2009
Masa 1:29 am
sama2 bro..benda penting camni memang kena kongsi
09 December 2009
Masa 1:30 am
yup..samada beli dari orang atau buat jualan..tapi kalau nak beli barang, boleh je guna paypal tapi caj akan dikreditkan terus ke akaun kad anda
09 December 2009
Masa 2:14 am
Aku tak baca pun term yang terbaru nih.. baca ulasan ko bagi ni pun dah memeningkan aku..
09 December 2009
Masa 2:47 am
alaa bos, ulasan mudah je ni..paypal update sikit sistem diorang sekarang
09 December 2009
Masa 8:28 pm
oho..ingat ape ke tadi..haha..tapi ada yang aku perasan adalah kalau masa bayar tu, fees tu boleh pilih plak sama ada kita nak bayar atau penerima nak byr..haha
09 December 2009
Masa 8:56 pm
a’aa lupa plak yang tu.
11 December 2009
Masa 2:45 am
aku:
1. belum pernah masukkan duit ke paypal.
2. hanya pernah menerima pembayaran paypal
3. membayar servis/produk melalui paypal.
4. tak pernah lagi keluarkan duit cash paypal
Nak tanya ni…selamat ke kalau kita himpun duit banyak2 dalam paypal…? jadi macam bank kita…
11 December 2009
Masa 3:43 am
sebenarnya tak berapa selamat bro himpun banyak2 sebab tak ada jaminan..baik kita himpun dalam bank Malaysia, dijamin oleh PIDM..kan lagi selamat
11 December 2009
Masa 4:07 am
Yang aku tahu.. paypal kuat sedut duit.. macam lintah. Tapi kalau masalah apa2 aku just email je. Cepat giler diaorang punya support reply.
Tapi satu masa dan ketika aku pernah mencari alternatif paypal sebab akaun aku dua2 kena hold.. perghhhhh sakit jiwa!
11 December 2009
Masa 4:08 am
Hackers banyakj giler kat luar sana beb… yang terer tahap cipan tahu ko buat statement ni… alamat ler nanti kena track.. baik withdrawl cepat2…
11 December 2009
Masa 4:16 am
kalau gitu, tepon terus senang..tak pening2 kepala dah
17 December 2009
Masa 2:45 am
seumur hidup aku tak pernah lagi add fund dari kad kredit/debit…kalau duit tak cukup nak beli brg..aku kasi sedut ke kad saje.
Aku rasa ianya bukan masalah besar sgt nih..
bulan ni saje aku dah register beberapa Akaun Paypal menggunakan vcc begitu juga ebay…
Vcc masih lagi relevan…nyeh nyeh.
17 December 2009
Masa 4:05 am
hahaha..bro takpelah bisnes guna ebay..bulan2 penuh je akaun paypal tu..
17 December 2009
Masa 8:01 am
Salam Bro Wanmus
Terima Kasih atas info kat atas..kalau tak saya tak tahu apa..al maklum tak dapat merasa duit paypal lagi..takpe pasni dah tahu sikit term paypal ni…
17 December 2009
Masa 10:00 am
xpe bro..belajar dulu sikit2..nanti tak lama lagi merasalah 🙂
nak merasa duit paypal, joinlah seminar smart blogging tu 🙂
25 December 2009
Masa 11:21 am
Ohh, camni rupenye paypal..
Baru nak berjinak2 dengan IM ni, semenjak abis SPM..
Tak tahu nak mula mcm mana,nak rujuk dengan siap..
huhu, xder otai2 nak tlg ke??
26 December 2009
Masa 1:58 am
banyak sebenarnya post2 terdahulu di blog2 para otai im yang saudara leh baca..search di google dan cara basic ilmu dulu
07 February 2011
Masa 4:47 pm
paypal memng satu cara mudah untuk buat trnaction kat internet agak rugi kalo tak pakai paypal
23 February 2011
Masa 1:58 pm
Rasanya, sekarang nih dah ada pembaharuan. paypal mempunyai kerjasama dengan mol.
23 February 2011
Masa 2:00 pm
Rasanya, sekarang nih dah tak susah sangat. Banyak dah pembaharuan .
23 February 2011
Masa 2:03 pm
kalau tak silap. Dah boleh add funds guna akaun RHB bank.
23 February 2011
Masa 2:05 pm
Rasanya term paypal dah semakin mudah difahami.
23 February 2011
Masa 2:07 pm
yelah. soal fees tu kita boleh tentukan, kita bayar or penerima yang bayar.
23 February 2011
Masa 2:11 pm
Hacker zaman sekarang nih memang hebat. Kalau banyak duit kat paypal tu, lebih baik withdraw. Takut nanti ada yang menangis darah.
23 February 2011
Masa 2:13 pm
alamak. tak tahu pula paypal nih kuat sedut duit. pasal apa paypal sedut duit?
23 February 2011
Masa 2:14 pm
Bro, rasanya sekarang nih dah ada paypal malaysia. betul tak?
23 February 2011
Masa 2:16 pm
Sejujurnya, saya tak berani guna VCC. tak tahu kenapa.
23 February 2011
Masa 2:18 pm
Samalah kita Amril. Ada akaun Paypal, tapi tak ada duit yang masuk.
23 February 2011
Masa 2:19 pm
Betul tu, Paypal adalah penting. Nak terima pembayaran sesetengah program buat duit kat internet, kena ada paypal.
28 March 2011
Masa 1:56 pm
Salam,
saya dari Indonesia.Paypal saya terkena limit akses.Saya melakukan verifikasi paypal menggunakan rekening bank lokal bukan menggunakan kartu kredit.Saat permohonan restore saya diharuskan memasukkan data kartu kredit..ini tak mungkin buat saya,pembuatan kartu kredit di Indonesia sangatlah mahal,harus mempunyai penghasilan 20.000.000 rupiah/bulan atau setara 2500 dollar/bulan.Apa yang harus saya lakukan?