Blog PR0 Tetap Boleh Buat Duit?
Hai sahabat semua..still mencari ilmu di internet? still mencari idea bagaimana menjadi wang atau duit di internet dengan blog atau tanpa blog? Banyak peluang sebenarnya tapi pastikan anda memilih dengan betul. Ok..kali ni saya berkongsi cara buat duit di internet menggunakan blog..Opppss..Bukan blog yang dah bertahun tapi blog baru PR 0 yang dah di index google seperti email yang saya dapat di atas..ok, panjang lagi cerita ni
Apa beza blog PR0 dan blog baru? ok..macam ni, blog baru biasanya yang belum di index oleh pak cik google biasanya akan di tulis N/A kalau kita check page rank di digpagerank dan sebagainya. Jika PR 0, ini bermakna blog anda dah di index google tapi ranking anda masih rendah atau tiada backlink, thats why PR 0.
Bagi memudahkan pak cik google hantar angkatan crawler ke blog anda untuk di index, lepas buat blog atau tulis post:
- rajinlah submit post ke digg, technorati atau submit ke social bookmark yang lain.
- Atau anda boleh gunakan ping servis yang ditawarkan percuma seperti pingoat atau pingates.com
Ok..lepas dah ada blog PR0 dan dah ada content yang menarik, bolehlah anda mula mencari blog post programme contohnya BuyBlogReviews.com (BBR). Saya baru sahaja dapat offer job dari mereka (gambar di bawah) tanpa saya perlu bid (sebab kekadang advertiser pilih sendiri blog yang mereka berkenan) iaitu buat review mengenai tile rumah dan blog saya tu masih PR 0!.
Review itu berharga USD10 (RM34.50) dan pembahagian keuntungan dalam program ini ialah 70-30 iaitu blogger 70% dan mereka (BBR) 30%. So untuk review job ni saya dapatlah USD7 atau lebih kurang RM 24.. RM24 dengan menulis sekitar 200++ di rumah adakah susah? ianya tak susah dan sangat mudah. Cukuplah jika ianya sebagai pendapatan tambahan..tapi jangan terkejut, sebab ada job berharga ratusan dollar tau..nanti saya tunjukkan.
Mengenai program ni, ianya dah bermula seawal 2000 tapi lebih kepada market oversea..so blog anda mestilah dalam BI kalau nak join. Servis mereka ialah sebagai platfrom antara advertiser untuk menawarkan job kepada blogger bagi mengiklankan blog atau web mereka. That’s why nama program ni Buy Blog Reviews. Secara mudahnya:
Blogger menulis review tentang blog/web advertiser
Ok..sampai di tahap ni, sebelum mendaftar di program ni, anda perlulah ada content/personal blog yang mendapat paling kurang PR0 (minimum PR 0, lagi tinggi PR lagi bagus)). Dah ada? kita pergi ke proses mendaftar anda dan blog di program ini.
1. Mendaftar
Untuk mendaftar, anda boleh ke BuyBlogReviews.com dan klik butang Free Sign-up atau getting started seperti gambar di bawah. Pilih blogger jika anda ingin buat duit dengan menulis review, dan pilih advertiser jika anda nak keluarkan duit untuk blogger lain menulis review tentang blog/web anda di sini:
2. Memahami Panel Akaun
Setelah akaun anda di terima (aprrove) atau di aktifkan, anda bolehlah login ke sistem mereka. Rupa (interface) ruangan akaun anda adalah seperti di bawah. Saya terangkan serba sedikit fungsi dan bagaimana sistem ini berfungsi:
- Ruangan 1 dan 3 menunjukkan jumlah pendapatan anda setakat ini. Jika akaun baru, ianya tertulis $0.00
- Recent bids menunjukkan jumlah bid yang anda telah sertai
- Ruangan 4 menunjukkan jumlah review jobs yang telah anda siapkan.
- Ruangan lain anda boleh fahami sendiri fungsinya dengan mudah.
3.Daftar Blog anda
Untuk daftar/masukkan blog anda pada sistem BBR ini, anda perlu klik pada tab “Manage Blogs”. Kemudian klik pada “Add New Blog”. Isikan ruang yang diperlukan mengenai blog anda. Setelah siap diisi, tekan “save” dan 1 email blog anda telah dimasukkan akan dihantar TAPI blog anda masih belum diterima (approve)! beri mereka masa 72 jam untuk review blog anda dulu sebelum mereka approve.
4. Mencari JOBS
Setelah blog anda di terima (approve) anda akan mendapat email makluman dan selepas itu, terus masuk ke akaun dan mula mencari job yang sesuai dengan kategori blog anda. Untuk Mencari job, klik pada “Find Opportunities” dan akan terpampang berpuluh, beratus jobs untuk anda pilih yang mungkin sesuai untuk kategori blog anda. Tips: Cari jobs yang berkaitan blog anda sahaja.
5. Bid JOBS
Jika anda dah jumpa job yang sesuai dengan blog anda dan harga offer pun anda berkenan, klik pada link jobs berkenaan. Ok, mengenai JOB ni, anda perlu lihat beberapa point sebelum bid. Point 1, anda perlu semak tarikh akhir offer berkenaan, kalau dah luput, abaikan job berkenaan. Point 2, semak kategori blog yang advertiser inginkan. Point 3, fahami apa yang advertiser inginkan dan jangkamas yang diberi. Jika mampu buat, amik je..Jika tak, abaikan. Point 4, jika semua anda dah tepati syarat, klik pada “BID NOW”.
6. Menulis Review
Jika offer bids anda diterima, atau anda ditawarkan jobs berkenaan, sila respon yang mengatakan anda terima offer berkenaan dan mula menulis review secepat mungkin sebelum tarikh due date yang ditetapkan. Jika anda terlambat, bayaran tidak akan diberikan dan job akan ditarik balik.
7. Setelah siap Review
Selepas dah siap tulis review, post kan review berkenaan di blog anda. Kemudian login ke BuyBlogReviews.com dan klik pada “Bid(s) won” dan klik pada job tersebut. Nanti akan ada satu link untuk anda klik jika review job telah anda siapkan untuk maklumkan pada advertiser. Isi ruangan tersebut dengan URL post di blog anda tadi dan sedikit komen kepada advertiser. Maaf gambar tak ada sebab tak sempat nak capture sebelum ni. Setelah semuanya anda dah submit, maka selesailah tugas anda dan nantikan je duit dari advertiser..ni contoh job yang telah saya siapkan.
8. Soal jawab
Jika anda perlukan lebih kefahaman, anda boleh baca FAQ iaitu di BuyBlogReviews.com di bahagian bawah page akan ada link FAQs. Untuk cara bayaran pun ada diterangkan dan semestinya ianya menggunakan Paypal.
9. Sedikit tips
Tips untuk anda:
1. Daftar blog @ jobs pada kategori yang betul.
2. Jangan set offer bids terlalu tinggi tapi jangan pula terlalu rendah.
3. Semasa daftar blog, terangkan secara ringkas dan padat mengenai blog anda pada ruangan “blog description”.
4. Terangkan kelebihan anda dan blog anda.
5. Bertindak cepat pada sebarang offer atau opportunities yang memberi wang kepada anda.
Fuhhh panjang jugak tulisan saya kali ni..ni dah boleh buat ebook ni..sape nak beli? hehehe..mana ada ebook, free je baca di blog saya ni..cukuplah korang yang dapat ilmu ni doakan saya dan keluarga semoga sihat dan selamat di dunia dan akhirat..aminnn.insyallah..Kalau tak faham boleh tanya dan insyallah saya cuba menjawabnya jika saya tahu. Wallahualam.
03 December 2009
Masa 1:20 pm
Salam,
Terima kasih atas perkongsian besar ni. Manfaat untuk semua! 😀
03 December 2009
Masa 5:17 pm
boleh tapi pastikan dalam BI sebab advertiser ni macam2, kekadang kerana suka tengok blog kita pun dia sanggup bayar untuk advertise padahal blog kita tu baru atau takde fokus mana2 pun
04 December 2009
Masa 12:23 am
terima kasih byk2 wanmus..smlm try hntr 1 blog, alhamdulillah mlm ni dah approved..tgh cari peluang nie..nie semua atas perkongsian ilmu saudara wanmus…moge kamu sentiasa dimurahkan rezki..insyaAllah blehla jumpe 19hb nie..taksabar dah nie..yeahh..thanks…
04 December 2009
Masa 9:56 am
alhamdulillah..oklah tu, nanti leh submit banyak lagi blog. ni tadi baru dapat payment dari BBR ni..cepat jugak bayaran dia setiap awal bulan.
04 December 2009
Masa 10:06 am
wsalam..terima kasih bro
04 December 2009
Masa 3:06 pm
salam..nak dapatkan PR 0 bukan senang jgak..kena kerja keras juga ni..nak tanya sikit,nak dapat PR0 atu selebihnya ni berdasarkan berat blog jugak ke?
06 December 2009
Masa 12:56 am
banyak manafaat apa yang bro tunjukkan nie…..
tapi bro….saya nie….punyelah lembab nak memahaminye pada tahap cipan….cammane nie….nak belajo tapi lambat betoi nak memahaminye….tolonglah saya!!!!
06 December 2009
Masa 12:56 pm
wakaka.. aku nak test jugak. rugi kalau tak cuba sebab dah pergi seminar blogging
06 December 2009
Masa 2:17 pm
tau xpe, test je bro..sebab ianya percuma
17 December 2009
Masa 4:40 pm
bagus bangat sih..
17 December 2009
Masa 7:04 pm
Alhamdulillah..rezeki
06 February 2010
Masa 10:55 am
[…] Yess juara PR0 lagi..hehe rentetan. Blog PR0 Tetap Boleh Buat Duit? […]
11 February 2010
Masa 6:37 pm
very good post my friend.
06 August 2010
Masa 9:09 am
[…] semua kerana ramai yang nak mencari duit melalui blog, jadi caranya ialah dengan menaikkan traffik blog..Bila traffik atau yang melawat tu ramai, […]
16 October 2010
Masa 9:24 am
hebat
29 October 2010
Masa 10:57 am
[…] blog ini, mana tahu satu hari nanti anda juga akan jadi blogger seperti saya. Boleh sama-sama kita buat duit dengan blog dengan lebih […]
07 February 2011
Masa 11:18 am
nice info wanmus..
dh lma dh rupanya.. thun 2000 tu start..
aku bru tau.. msti rebut pluang yg ada ni..
23 February 2011
Masa 3:09 pm
Memang mantop,
PR-0 pun boleh dapat duit. Memang power tu.
23 February 2011
Masa 4:15 pm
tq bro mus,payah org nk sharing mende gini,nak2 klu kene naip panjang2..ape pun bro mus ttp terbaekkkkk
24 February 2011
Masa 4:27 pm
huhu… tak boleh baca perkataan nasi ayam penyet. Nanti asik terfikir benda tu saja.
24 February 2011
Masa 4:29 pm
Samalah. saya pun tak tahu kewujudan BBR nih. Bila baca post nih baru saya tahu.
24 February 2011
Masa 4:31 pm
saya pun baru tau gak BBR ni.kena selongkar banyak lagi ni
24 February 2011
Masa 4:33 pm
Syarat PR 0 tu kira ok lah. semua blogger pun boleh join.
24 February 2011
Masa 4:35 pm
Sewa jeh dengan jomhosting. Setakat nih tak pernah server down lagi.