Kena Tipu Tapi Siapa Yang Salah?
Banyak pelaburan samada online atau offline yang ditawarkan sekarang ni..Kalau dulu yang glamer ceramic, noradz, monsun biz dan bermacam lagi. Tapi yang mana betul dan yang mana salah? Ramai juga yang tertipu..tapi siapa yang salah sebenarnya?
Ramai yang sertai bila syarikat tu maju dan glamer dengan sekejap sahaja beroperasi..Maklumlah mereka janjikan pulangan pelaburan yang kekadang tu tak masuk akal. Contohnya masuk RM1,000 dapat Rm1,500 dalam masa sebulan. Kalau masuk Rm50,000 pula anda dijanjikan pulangan Rm75,000..nahh takkan bodoh kalau kita tak masuk benda ni..TAPI nanti dulu…. betul ke janji mereka tu?
HMMMM..betul ke tak betul, ramai yang terpedaya. Hasilnya, banyak aduan di Balai Polis, Biro Pengaduan Pengguna dan macam2 lagi. tak kurang juga yang masuk akhbar tau. Salah satunya yang kat bawah ni..
Perniagaan program ‘atas angin’ perlu dikenakan tindakan tegas
SAYA hanya berpendidikan dan perwatakan sederhana dan mempunyai sedikit asas berniaga. Apa yang ingin saya ketengahkan ialah program niaga ‘atas angin’. Saya sendiri pernah menjadi mangsa kepada program ini, seperti program perniagaan internet, ‘monsun- biz’, pelbagai program laman web, koperasi Buluh Emas, Inteleca dan sebagainya.
Saya marah dan pernah bertindak menyerbu pejabat kumpulan ini, namun tiada gunanya kerana mereka terlalu licik dan pandai dalam memutarbelitkan undang-undang.
Mereka menggunakan pelbagai cara seolah-olah operasi mereka diiktiraf kerajaan, contohnya, Tekun dan Mara. Baru-baru ini, saya terkena lagi. Mereka dengan bangga menggunakan nama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Kuala Lumpur), TM Berhad, Tekun, Pos Malaysia, Bank Al-Rajhi dan pelbagai lagi nama dalam proses mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan kepada orang ramai.
Mereka menyediakan lesen dan sedikit produk ‘kit permulaan’ yang tidak diterima akal dalam langkah pertama bayaran jika mahu bersama mereka, kononnya hanya mereka yang terbaik dalam menyediakan perkhidmatan itu. Walhal, produk TM dan pelbagai produk mereka boleh dan mampu dibuat secara sendiri tanpa membabitkan mereka. Ini beberapa fakta `putat belit` mereka :-
Membayar beberapa jumlah bayaran sebagai bayaran `kit permulaan`, ada yang dikenakan RM9,000, RM15,000 dan RM18,000. Produk yang diberikan tidak setimpal dengan bayaran pendahuluan. Saya mendapat minyak kelapa dara yang terlalu mahal harganya dan tertera nama New Zealand pada produk mereka walhal ia dibuat hanya di Malaysia. Mereka menjanjikan pinjaman Tekun. Dengan bangga dan yakin serta menjaminkan hasil, pinjaman ini pasti dapat tidak sampai sebulan. Mereka menyuruh kami meminjam duit dengan pelbagai cara dan pinjaman Tekun ini akan membayar kembali semua hutang itu dalam jangka masa tidak sampai sebulan, itu janji mereka.Namun sampai ke sekarang, janji hanya tinggal janji. Borang hilang dan pelbagai alasan mereka beri kepada saya. Sekali lagi, duit saya ditelan oleh buaya bangsa sendiri. Di mana harus saya mengadu? Undang-undang tidak menyebelahi kami.Mereka juga menjanjikan pinjaman Bank Al-Rajhi namun tanpa memberitahu kami, pinjaman ini adalah terlalu sukar untuk mendapatkannya. Ramai pengedar mengeluh. Banyak borang permohonan ditolak atas pelbagai alasan.Saya sudah habis ribuan ringgit dalam mencari ruang perniagaan yang terbaik bagi saya. Ramai lagi Melayu seperti saya menjadi mangsa. Kami tiada sokongan seperti peguam, persatuan atau badan dalam menangani permasalahan ini. Saya mengambil keputusan untuk menulis ke ruang akhbar bagi menyampaikan penyakit masyarakat yang saya ibaratkan `api dalam sekam` dalam mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda, malah ia memburukkan lagi tohmahan terhadap kerajaan kerana tidak bertindak terhadap kumpulan berkenaan.
BULUH KASAP,
Kuala Lumpur.Surat di Berita harian
Kebanyakkan bukan sebab tak diberitahu tapi sebab TAMAK! HALOBA! pantang orang tunjuk sikit kekayaan, kita dah kelabu mata sampai tak nampak yang mana betul dan yang mana salah dan ragu-ragu. Korang dah tahu yang pelaburan macam ni memang takkan kekal lama punya. Jadi tolonglah berhenti dari percaya benda2 pelaburan internet macam ni. Yang korang perlu percaya ialah perniagaan internet yang mempunyai produk dan jelas urusan jual belinya..
“Berfikirlah sebelum anda ditipu” – wanmus
26 October 2009
Masa 11:55 am
Yang pentin diri sendiri…nak melabur ke, nak buat apa pun kena ada ilmu
26 October 2009
Masa 12:12 pm
betul tu kak. buat research dulu sedikit tentang apa2 yang kita nak join..jangan main bayar je
26 October 2009
Masa 3:40 pm
itulah ‘penyakit’ org Melayu kita..mudah terpedaya dgn janji2 manis yg mmg tak masuk akal pon..usaha taknak,tp impian nak pulak dpt income 5 angka sebulan..bila dh terkena,baru la nak meraung sana sini..nasi dh jadi bubur..dh tak bleh buat apa lg dh..
jarang kita dengar bangsa lain kena tipu sbb diorg faham yg kejayaan takkan diperoleh dgn jalan yg mudah..
‘no pain no gain’
p/s : bisnes internet yg kena guna modal rendah pon diorg ckp SCAM..tp pelaburan merapu yg kena modal puluh2 ribu ringgit sanggup pulak diorg join..
alahai..dunia2..
26 October 2009
Masa 6:29 pm
banyak lagi kempen kesedaran perlu dilakukan..tapi diorang ni macam tulah, nampak duit beribu2, terus lupa dah
27 October 2009
Masa 9:05 am
betul kata wanmus, tamak haloba. Itu satu istilah yg amat tepat pada mereka yg tidak amik iktibar atas kes2 penipuan begini.
alahai..kalau nak melabur sangat baik amik unit trust atau apa2 je dari badan yang sememangnya diiktiraf. Saya setuju pendapat Kujie apa yg kita nak invest pastikan kita ada sedikit sebanyak ilmu mengenainya terlebih dulu.
27 October 2009
Masa 9:50 am
bukan mereka tak tahu tapi malas sebab kena tunggu lama barulah dapat pulangan..unit trust setahun baru dapat tengok hasil dan kekadang 10-20% keuntungan je..tapi kalau program macam ni, untung kekadang sampai 200% dijanjikan..tulah ramai kena tipu
27 October 2009
Masa 7:30 pm
aku lebih suka income yang berterusan walaupun sedikit…daripada income yang beribu riban, tapi sekelip mata je..
27 October 2009
Masa 7:42 pm
benda ni simple. Buat kalau mahu. Kalau takut risiko, jangan buat apa-apa..semua benda ada risiko. Terpulang pada kita sebenarnya..
masalahnya, oran kita, bila dah jadi macam ni. Depa suka salahkan orang lain. Walhal, memang salah diri sendiri..
27 October 2009
Masa 9:06 pm
sikit2 orang tak pandang bro..diorang tgk yang tggi melangit tapi tak sedar yang diorang bakal kene tipu..huhu
27 October 2009
Masa 9:08 pm
kalau duit tu dah banyak, bolehlah berani amik risiko..jangan duit nak bagi makan anak bini gi wat pelaburan camni..memang cari nahas jawabnya
01 November 2009
Masa 9:49 am
bahaya tue terima kasih kongsi info beringat sebelum terkena
02 November 2009
Masa 3:11 pm
nak melabur kita kena selidik dulu secara mendalam dan bukannya mengikut emosi dan rakan-rakan. Sebenarnya,perkara berlaku disebabkan terlalu percayakan member. Niat juga kena ikhlas dan jangan tamak holaba serta nak kaya cepat.
02 November 2009
Masa 3:47 pm
memang bahaya,,so jauhkan diri anda dari benda2 macam ni
02 November 2009
Masa 3:50 pm
betul tu. member nak cepat kaya jadi tipu member2..so berhati-hati
24 January 2010
Masa 12:58 am
Memang banyak penipuan paypal ni. Dulu masa aku mula-mula dapat akaun paypal aku ada buat belian paypal aku ingat masa tu semua orang jujur tapi dia kenakan aku jadi kawan-kawan semua ingat jangan terpedaya.Mungkin itu pengalaman pertama aku dalam paypal mungkin lepas ni kene beringat dan byk berhati-hati. Kepada semua ni nama dan akaun maybank mamat tu. Aku harap biarlah itu cara dia cari rezeki haram mungkin satu hari dia akan rugi dan hidup tentu takkan senang akhirat nanti aku akan tuntut juga.. INI nama dan no akaun maybank dia dan juga e-mail dia aku dah buat laporan polis
To Open 3rd Party Account : 153083190773
3rd Party Email Address : binggohero@yahoo.com
Account Holder Name : AHMAD NAZAR BIN MAMA
09 March 2010
Masa 1:22 pm
Emm..terharunya..Sebab tu dalam Islam ada akad dalam pembelian kan? entahla..
26 March 2010
Masa 6:57 am
kpd yg kena scam harap bersabar n ambik iktibar..
itu kesilan kita gak coz buat bayaran tanpa usul periksa dahulu.
dlm dunia internet ni mmg bnyak penipuan, so kena hati2..
lgpn barang yg dijual kita tak nampak.. amat susah utk kita percaya.
sebab itu lah kita kena faham hukum jual beli dalam islam.
Islam ada akad dalam pembelian. tidak sah buat pembelian utk barang tidak diketahui atau x nampak dpn mata..
jadi siapa yg salah??
09 February 2011
Masa 11:03 am
tu la org..xtengok kesan jngke pnjang..mate trus kabur bile dah tnjuk kemewahan yg dpt pdhal smua tu nk tnjuk je kan
09 February 2011
Masa 11:04 am
lepas kene tipu bru la mula nk marah org hahaha
11 February 2011
Masa 1:39 am
betoi.. bila kekayaan dh mngaburi mta.. semua nmpk indah.. tapi bila dh kena..
11 February 2011
Masa 1:41 am
betoi tu.. maklum la duit penting zaman skrg.. tapi kena la tau cara kita buat duit betoi ke x..
11 February 2011
Masa 1:42 am
wlupun untung yg d janjikan agk x masuk akal.. dan mmg dh boleh agk tipu tu.. tapi ada gak yg masuk..
11 February 2011
Masa 1:44 am
bagus la hang ni.. slalunya cm ni la ok kan.. mantain ja pndptn tu..
11 February 2011
Masa 1:45 am
biasala tu.. sapa la suruh p masuk.. pikir la dlu nk masuk tu..
11 February 2011
Masa 1:46 am
aku mintak dijauhkan jugak..
x nk la terkena cmni.
11 February 2011
Masa 1:47 am
ada betoi jugak ni..
buat plak mmber tu mmber baik kita..
21 February 2011
Masa 1:52 am
Memang ramai yang tertipu. Sikap ingin kaya menyebak mereka tertipu. Fikir dahulu sebelum melabur.
21 February 2011
Masa 2:26 am
depa ingt betoi..
tu yg jdi msalah..
buat plak kaki tipu teman sekampung..
lgi la prcaya..