Ada Apa Dengan Rejab?
Hari ini 20 Jun 2009 bersamaan 27 Jamadil Akhir 1430. Jika kita ingat bulan Islam, selepas Jamadil Akhir ialah Rejab, Syaaban, Ramadhan dan Shawal. Tinggal 2 bulan lagi sebelum kita mula berpuasa. Kepada yang uzur dan tak habis ganti lagi tu, cepat2lah habiskan gantian tu, nanti tak sempat pulak.hehe.. Tapi bukan nak cerita tentang puasa ganti tu, tapi nak cerita tentang 2 bulan yang sangat disunatkan berpuasa iaitu Rejab dan Syaaban. Tapi ada apa dengan bulan Rejab ni? Betul ke ajaran ini bid’ah?
Sama-samalah kita ingat mengingati amalan-amalan mulia yang penuh berkat ini………
KELEBIHAN BULAN REJAB
Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi’raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah saw lagi :”Pada malam Israk Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s. “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?” Maka berkata Jibril a.s. “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”
Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
Tapi ini adalah Bid’ah?
Kenapa?
Misalnya di tanahair kita, didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Sya`aban maka hadith-hadith palsu mengenai mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadith:
“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, cetakan: Maktabal-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab, Syria)
Ini adalah petikan beberapa artikel dari sahabat saya yang mengatakan ini semua bid’ah di bawah:
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1878.0
http://drmaza.com/home/?p=52
Tontoni video di http://alfiqrah.com/zonkuliah/?p=8
p/s: Rebutlah 5 perkara sebelum dtg 5 perkara
1. Waktu Muda sblm Tua
2. Waktu Sihat sblm Sakit
3. Waktu Lapang sblm Sibuk
4. Waktu Kaya sblm Miskin
5. Waktu Hidup sblm Mati
InsyaAllah.. mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita.
Nak dapatkan pertukaran kalendar islam dan konvensional? dapatkan di Hijri and Gregorian calendar conversion
22 June 2009
Masa 8:23 am
berhati-hati jika nak menyatakan tentang kelebihan bulan Rejab…..sila buat rujukan di link ni….. semoga Allah merahmati kita..Amin
http://alfiqrah.com/zonkuliah/?p=8
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1878.0
http://drmaza.com/home/?p=52
22 June 2009
Masa 8:03 pm
owh.. saya baru tau pasal ni… hadis bid’ah tu slalu gak dengar…
03 July 2009
Masa 11:31 am
BUAT SAHABT SEMUA.TIADA SATU PUN HADIS SAHIH UNTUK FADHILAT BULAN REJAB.