Update Terkini Mengenai Paypal
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua..hmmm tadi baru lepas call paypal sebab geram sangat..Nak add debit card tak lepas2, asyik keluar error je..ni semua bermula lepas paypal mengaplikasikan syarat baru untuk semua akaun pengguna paypal. korang pun mesti pening skit kan nak guna paypal sekarang?
Saya rasa dulu Paypal seperti Bank online di mana kita boleh masuk dan keluarkan wang tapi sekarang ni macam dah kureng atau just lebih kepada online payment/transaction system. Saya nak kongsilah sedikit info terkini (kalau korang belum tahu) mengenai syarat paypal ni:
- 1 akaun bank hanya boleh digunakan untuk 1 akaun paypal. Tapi 1 akaun paypal boleh dimasukkan beberapa akaun bank yang berbeza.
- 1 Kad kredit atau debit kad hanya boleh digunakan untuk 1 akaun paypal sahaja. Tapi 1 akaun paypal boleh dimasukkan beberapa kad kredit/debit yang berbeza (fungsi add a card).
- Add funds kini hanya boleh menggunakan Bank US sahaja, tidak lagi dari kad kredit/debit anda. Dulu biasa jugak topup akaun paypal guna debit kad, tapi sekarang dah tak boleh..paypal akan caj terus ke kad kita nanti jika buat sebrang bayaran.
- Kalau nak withdraw ke dalam akaun bank kat Malaysia, caj RM3 dikenakan jika pengeluaran kurang RM400..lebih dari RM400, caj free.. so baik tunggu RM400 dulu baru withdraw..hehe..Jika withdraw ke kad, RM20 caj dikenakan..banyak tu
- So berfikirlah
Untuk call mereka, anda boleh call Paypal Singapore sebab mereka terdekat dengan kita.
65-6510-4584/ 02-6510-4584
65-6823-2061/ 02-6823-2061
9:00 SGT to 22:00 SGT from Monday to Friday
9:00 SGT to 18:00 SGT from Saturday to Sunday
Jika anda call dari Malaysia, jangan tekan 65 kat depan tu, tekan 02..saya dulu2 tekan jugaklah 65-65104584 tapi engaged je memanjang, bila search kat internet yang untuk call ke Singapore dari Malaysia, tekan 02 kat depan diikuti nombor orang tu..so nombor Paypal Singapore ialah 02-6510-4584. Saya guna celcom call aritu tak mahal sangatlah..dalam Rm2-3 untuk 5-6 minit bercakap. Ianya lebih murah berbanding keuntungan yang korang akan dapat nanti
So kalau ada masalah dengan paypal, jangan email..Terus call je senang. Alaaa orang putih ke laut pun xpe sebab diorang ni Singaporean, so still paham slang melayu kita ni.
Tulah serba sedikit kenapa dah rasa paypal ni macam online transaction system je sebab kita tak boleh add fund macam dulu. Apa2 akan dikreditkan terus dari akaun kad kredit/debit kita. Jika menerima bayaran atau ada jualan je baru terisi akaun paypal tu..Adiiooss
Baca selanjutnya di:












08 December 2009
Masa 4:23 pm
terlepas pandang pula saya tentang beberapa perkara..
saya pun dah lama tak add fund melalui kad, selalu hanya received sahaja dan sebab tu juga tak perasan.
terima kasih tuan kerana sudi berkongsi
[Reply]
wanmus Reply:
December 8th, 2009 at 4:39 pm
tu ar..rasanya ramai tak tahu..tu yang tepon terus paypal tadi tu sebab tak jumpa solution kat internet ni.
[Reply]
08 December 2009
Masa 4:53 pm
alamak, susah betul paypal skrang…huh
[Reply]
wanmus Reply:
December 8th, 2009 at 5:06 pm
hmm..taklah susah sgt sebenarnya cuba TOS baru ni buatkan pening skit..tapi dah faham ni, oklah tu
[Reply]
08 December 2009
Masa 8:41 pm
Terima kasih kongsi berita terkini PayPal
[Reply]
wanmus Reply:
December 9th, 2009 at 1:29 am
sama2 bro..benda penting camni memang kena kongsi
[Reply]
08 December 2009
Masa 11:56 pm
Hmmm…susah jugak kalau macam ni, terpaksa lepas buat jualan baru paypal account terisi, takpun kena beli duit paypal macam dalam WC tu…
[Reply]
wanmus Reply:
December 9th, 2009 at 1:30 am
yup..samada beli dari orang atau buat jualan..tapi kalau nak beli barang, boleh je guna paypal tapi caj akan dikreditkan terus ke akaun kad anda
[Reply]
09 December 2009
Masa 2:14 am
Aku tak baca pun term yang terbaru nih.. baca ulasan ko bagi ni pun dah memeningkan aku..
[Reply]
wanmus Reply:
December 9th, 2009 at 2:47 am
alaa bos, ulasan mudah je ni..paypal update sikit sistem diorang sekarang
[Reply]
09 December 2009
Masa 8:28 pm
oho..ingat ape ke tadi..haha..tapi ada yang aku perasan adalah kalau masa bayar tu, fees tu boleh pilih plak sama ada kita nak bayar atau penerima nak byr..haha
[Reply]
wanmus Reply:
December 9th, 2009 at 8:56 pm
a’aa lupa plak yang tu.
[Reply]
11 December 2009
Masa 2:45 am
aku:
1. belum pernah masukkan duit ke paypal.
2. hanya pernah menerima pembayaran paypal
3. membayar servis/produk melalui paypal.
4. tak pernah lagi keluarkan duit cash paypal
Nak tanya ni…selamat ke kalau kita himpun duit banyak2 dalam paypal…? jadi macam bank kita…
[Reply]
wanmus Reply:
December 11th, 2009 at 3:43 am
sebenarnya tak berapa selamat bro himpun banyak2 sebab tak ada jaminan..baik kita himpun dalam bank Malaysia, dijamin oleh PIDM..kan lagi selamat
[Reply]
samdaddycool Reply:
December 11th, 2009 at 4:08 am
Hackers banyakj giler kat luar sana beb… yang terer tahap cipan tahu ko buat statement ni… alamat ler nanti kena track.. baik withdrawl cepat2…
[Reply]
11 December 2009
Masa 4:07 am
Yang aku tahu.. paypal kuat sedut duit.. macam lintah. Tapi kalau masalah apa2 aku just email je. Cepat giler diaorang punya support reply.
Tapi satu masa dan ketika aku pernah mencari alternatif paypal sebab akaun aku dua2 kena hold.. perghhhhh sakit jiwa!
[Reply]
wanmus Reply:
December 11th, 2009 at 4:16 am
kalau gitu, tepon terus senang..tak pening2 kepala dah
[Reply]
17 December 2009
Masa 2:45 am
seumur hidup aku tak pernah lagi add fund dari kad kredit/debit…kalau duit tak cukup nak beli brg..aku kasi sedut ke kad saje.
Aku rasa ianya bukan masalah besar sgt nih..
bulan ni saje aku dah register beberapa Akaun Paypal menggunakan vcc begitu juga ebay…
Vcc masih lagi relevan…nyeh nyeh.
[Reply]
wanmus Reply:
December 17th, 2009 at 4:05 am
hahaha..bro takpelah bisnes guna ebay..bulan2 penuh je akaun paypal tu..
[Reply]
17 December 2009
Masa 8:01 am
Salam Bro Wanmus
Terima Kasih atas info kat atas..kalau tak saya tak tahu apa..al maklum tak dapat merasa duit paypal lagi..takpe pasni dah tahu sikit term paypal ni…
[Reply]
wanmus Reply:
December 17th, 2009 at 10:00 am
xpe bro..belajar dulu sikit2..nanti tak lama lagi merasalah
nak merasa duit paypal, joinlah seminar smart blogging tu
[Reply]
25 December 2009
Masa 11:21 am
Ohh, camni rupenye paypal..
Baru nak berjinak2 dengan IM ni, semenjak abis SPM..
Tak tahu nak mula mcm mana,nak rujuk dengan siap..
huhu, xder otai2 nak tlg ke??
[Reply]
wanmus Reply:
December 26th, 2009 at 1:58 am
banyak sebenarnya post2 terdahulu di blog2 para otai im yang saudara leh baca..search di google dan cara basic ilmu dulu
[Reply]