Tour to WEC 07 Penang – Part 1

Assalamualaikum..hai..dah lame tak menulis.nih nak berkongsi cerita semasa sepanjang ke World Engineering Congress 2007 yang berlangsung di Pulau Pinang pada 6-9 Ogos 2007.tapi kami hanya pergi 7 dan 8hb Ogos sahaja kerana kekangan kerja.Kami pergi atas nama Bio-TEG (Biomechanic ans Tissue Engineering Group).Pada hari itu, bermula lah kisah 5 pemuda dari UTM melangkah kaki ke Pulau Pinang.

Mus (x pernah pergi pun penang tu yang seangat tu), Hamzi (memang kampung kat Penang), Iskh (pernah datang tp sesat juga..hehehe), Nazman (pernah datang tp lupa), dan our Chief de Mission, Halim sebagai ketua rombongan (memang belaja kat USM tp bukan kat Penang tp pernah datang,tu yang kene jadi driver).. tu lah serba sedikit para peserta tour kami pada kali ini..seterusnya, baca diari ini oleh wanmus :

6/8/07

10.05mlm : Bertolak ke Butterworth dari Sri Putri ngan bas konsortium..pergh besar giler seat.kalulah balik ke Besut seat besar camtuh, memang seronok aku. Dalam perjalanan tu kitorg tidor nyenyak giler siap ada lagu lagi..hehehehe..

7/8/07

6.30pg : Akhirnya sampai kami di Stesten bas Butterworth..tapi macam x berape baru pun..hehhehe..pastugi semayang subuh di Stesen KTMB kat tepi tu. dan disitulah waktu aku tertinggal jaket..huhuhu..

6.50pg: Ke jeti feri. Tambang RM1.20 sistem macam naik bas tuh..hehhe..sebab pakai duit syiling.aku ingat pakailah tiket yang cangih2 skit..Pastu mulelah usha sekitar feri tuh…

ni gambaran feri dan dalam feri untuk sesiapa yang tak pernah naik feri..


7.20pg:feri berlabuh, dan akhirnya kaki ku jejak ke bumi Pulau Pinang. Perut lapar nih akhirnya mengajak kami ke Restoran Kassim Mustafa katanya popular nasi kandar..sampai disana, kami mencuba nasi dalca..perghhh..dia punye nasi lembik tapi kuah dia mengancam jiwa beb…errrkkk…heehhe..


8.00pg: Bergerak ke masjid kapitan keling untuk bersiap sebab petang tuh nak kener present.Masjid ni masjid tua kat Penang tp sekarang bawah Yayasan Al-Bukhary.


9.30pg: sampai ke gurney resort hotel (5 Star tuh).letak barang dan terus ke Laurel Evergreen Hotel(ingat jauh,rupenye sebelah je)..

10.15pg:daftar dan makan pagi dan prepare untuk present petang tu..

2.15ptg:Mulalah masa kami present paper..Mula2 Halim, pastu Hamzi, diikuti Iskh.


3.00ptg:akhirnya waktu namaku dipanggil untuk present dan last sekali Nazman. waktu berdebar jawab Q&A..lagi2 kene ngan Prof Ir Dr Barkawi dari UPM.

4.00ptg:check-in hotel dan lepak2.bincang nak sewa keta

8.00mlm:kete datang dan mulelah Jalan-jalan cari makan.Kalu anda semua nak tau, nilah kete yang kami sewa..hehehhee..

9.00mlm:makan di Idrus Ikan bakar kat Jabatan Marin Penang. Nih semua dah x ingat dunia..mentang2lah makan seafood free…hehehe..ke camne Hamzi,best kan kerang?…hehhe




11.30mlm:Oleh sebab letih sangat, kami pun balik ke Hotel..ngantuk+letih beb..tapi tido kat pukul 1 jgk..hehehhe

untuk sambungannya..ikuti siri ke-2 pengembaraan di pulau mutiara ini….

Bersambung………….

6 Comments

  1. Hi While searching for Blogs about using clickbank in malaysia I found your site Tour to WEC 07 Penang – Part 1. Thank you for the effort you have put in.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.