Saya Genap 28 Tahun, Makan di Asapanas dan Promosi Special
Alhamdulillah 22 September 2012 lepas, genaplah umur saya 28 tahun (walaupun ramai kata saya macam 21 tahun). Dah 28 tahun hidup di muka bumi Allah ni rupanya.. Jadi sempena birthday saya tu, wife saya wat kejutan dengan kek coklat lembab atau kek coklat moist..Yer sangat moist, lembut dan yang peling penting sedap tau.. ni kat bawah gambar menyelerekan kak tu..hehe.. jangan makan monitor tu ye. Kat bawah sekali post ni ada offer baik punyer sempena birthday saya.. check ye
Alhamdulillah jugak dapat hadiah dari isteri. dapat dompet baru ganti dompet lama yang hilang kene curi dan baju tshirt yang cantik. Terima kasih sayang. Ni haa gambar kek coklat moist yang sangat lembut dan sedap tu. Nak resepi ada kat ni resepi kek coklat. Tapi versi ni ada pengubahsuaian dari resepi asal, tu yang jadi lebih sedap dan lembut. Resepi ni saya akan kongsi jika ada masa nanti ye. (Ada ke yang nak?)
Dan malam semalam pergilah makan sedap kat Asapanas Bistro Steambot & BBQ kat Selayang. Alaa dekat sebelah Stadium Selayang.. ni dah kali ke3 atau ke4 gi sana kot. Dulu taklah penuh tapi sekarang lepas keluar kat jalan-jalan cari makan (jjcm) TV3 tu dalam 2 minggu lepas, Asapanas Bistro terus penuh dan melimpah. Yer siap kana tempah awal, kalau tak memang tak dapat meja.
Yang bestnya semuanya segar. Yang ayam dan daging perap pun sedap. Jadi kepada yang nak tempah meja kat Asapanas ni, boleh hubungi 019-3688868 atau cek FB mereka http://www.facebook.com/asapanas.bistro
OFFER Birhtday ->
Seperti saya maklumat kat atas tadi.. Offer sempena birthday saya. Semak kat http://akumahujadikaya.com/bayar-birthday.html
03 May 2013
Masa 12:06 pm
happy besday bro….asapanas ni mmg menyediakan bahan2 yg segar dan pelanggan mempunyai pilihan yg byk…dtg la lg ye bila2 masa…hehehe