Resepi Nasi Ayam

Penulis: wanmus Kategori: Ayam | Ayam penyet | Makanan | Resepi Masakan Tarikh: 05 August 2011 | 10 komen

Resepi Nasi Ayam ni special sebab resepi dari mak saya..wahh sedap gitu..memang sedap..jadi kalau tak tahu nak masak apa berbuka nanti, watlah nasi ayam ni..kalau buat biasanya kat rumah makan dari pagi sampai malam tau..yerlah dah sedap, makan 2-3 hari pun boleh kan..hehe.. resepi nasi ayam kali ni berbeza sikit sebab ianya ketimuran sikitlah..maklumlah nama pun resepi mak saya..ni dah update sikit dengan campur kicap special dari restoran nasi ayam sedap yang Dungun (tu kedai kawan mak saya, jadi boleh lah cungkil rahsia tu)..nak try buat? ni haa resepinya..

tapi maaflah sebab sempat tulis bahan-bahan je tapi tak tau nak tulis sukatan macamana..tapi lebih kuranglah ek..yang penting insyallah sedap..

Ok ni resepi nasi ayam special mak saya:

Bahan-bahan:

Bahan A (utama) – dikisar

  • 2/3 labu bawang putih
  • 2 biji halia
  • garam kasar secukupnya

Untuk rebus ayam

  • 1 ekor ayam dipotong (biasanya potong besar-besar atau 1 ekor dibahagi 4)
  • kicap manis

Untuk nasi

  • 3cwn beras atau secukupnya
  • sedikit beras wangi (optional)
  • 3 sudu besar mentega (planta lagi best)
  • 1 sudu besar bawang merah kisar
  • bunga cengkih
  • kayu manis
  • sedikit minyak
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/2 air rebusan ayam tadi secukupnya
  • sedikit garam.
  • 1 batang serai

Untuk sambal atau sos

  • 5 biji cili merah/ lada hidup (besar)
  • 2-3 biji cili api
  • 1 biji tomato
  • 1/2 sudu teh garam dan gula
  • Perahan limau nipis (4 biji)
  • 2 sudu cuka

Untuk sup

  • lebihan air rebusan ayam
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 sudu besar bawang besar kisar
  • rempah sup
  • 2 sudu perencah sup
  • sedikit perasa (ajinomoto)
  • garam

Untuk kicap special

  • kicap manis cap kipas udang (cap lain tak pasti sedap atau tak)
  • gula
  • cili api (jangan banyak takut pedas)

Untuk Salad:

  • daun salad
  • buah tomato
  • timun

 

Cara-cara masak nasi ayam:

Untuk ayam:

Ayam diperap dengan 1/4 Bahan A sekejap. Tambah air dan rebus sehingga masak. Air rebusan ini di bahagi 2 (1 untuk nasi dan 1 untuk sup).

Keluarkan ayam dan perap lagi dengan Bahan A tambah kicap. Biarkan beberapa minit.

Untuk Nasi:

Masukkan mentega (Planta), minyak, bunga cengkih, 1 batang kayu manis, bawang merah kisar dan 1/4 Bahan A ke dalam periuk nasi..tumiskan sehingga goreng.

Basuh beras (beras biasa+beras wangi dan sejat sekejap.

Masukkan beras ke dalam periuk nasi tadi beserta bahan-bahan yang telah ditumis tadi. Goreng sekejap.

Masukkan air rebusan ayam tadi seperti nak masak nasi biasa.

Masukkan 1 sudu besar susu pekat dan tambahkan sedikit garam beserta 1 batang serai.

Biarkan nasi masak.

Untuk Sup:

Panaskan minyak. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, bawang besar yang dah dikisar dan tambah 1/4 dari bahan A. Tumis sekejap. Masukkan air rebusan ayam tadi, sup bunjut, sedikit garam perencah sup dan ajinomoto. Biarkan sehingga masak.

Untuk Sambal/sos:

Kisar semua bahan diatas. Setelah hancur semuanya, campurkan sedikit sup yang dibuat tadi. Siap..

Untuk Kicap:

Mudah sahaja..masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam pengisar dan kisarkan sampai jadi pekat..jangan masukkan gula terlalu banyak sebab kicap ni dah manis..

Bila dah siap,bolehlah dihidangkan..Jangan lupa salad.

Wahh terliur pulak lepas tulsi menu ni..mesti minta wife buat hujung minggu ni..hehe..best..best..nyummm..

Jangan lupa try juga resepi nasi ayam penyet yang semestinya best dan menyelerakan..



  1. matlabu

    Banyk juga bnda kena buat nak masak nasi ayam ni.nanti nk surh bini aku msk nasi ayam

    [Reply]

    shah blogger Reply:

    tu la pasal. tp nampak mengancam btl tu

    [Reply]

  2. miz ninie

    urm , sy da cbe da .. p smbal sy tu tlebih masam la ..”,

    [Reply]

    wanmus Reply:

    takpe..boleh cuba lagi..

    [Reply]

  3. lukman aqil

    banyakkan bawang kisar dalam sup… sedap. Tambah halia dalam nasi….cubale saya jual nasi ayam 100- 200 pinggan +++ sehari

    [Reply]

  4. Resepi Donut

    […] tadaaa…siap… selamat mencuba.. resepi lain lagi? boleh cuba resepi kek coklat dan resepi nasi ayam serta resepi nasi ayam penyet. selamat […]

  5. nurul shahidahanim

    huhu lau nk bljr wat nasi confrm aq wt x jdy cm ne la aq jdy menantu kt kuage dye

    [Reply]

    wanmus Reply:

    belum try belum tahu..try wat skali..mudah je

    [Reply]

  6. […] cari jawapan untuk persoalan yang memang orang akan cari..contohnya resepi nasi ayam, resepi kek coklat dan cara bayar bil […]

  7. […] Resepi nasi ayam – wanmus.com […]