Resepi Donut

Penulis: wanmus Kategori: Donut | Makanan | Rahsia | Resepi | Resepi Masakan Tarikh: 12 April 2012 | 8 komen

donut lembut sedap

Resepi donut lembut, sedap, mudah dan yang penting tak banyak barang..haaa ni nak kongsi satu lagi resepi yang baru dicuba semalam bersama isteri.. akhirnya macamana? haa macam gambar kat atas tu..jadi x? jadi lah..sedap, lembut dan SEDAP.. isteri cakap lembut sangat. so sebab ramai tanya macamana laki orang ni yang susah nak masuk dapur ni boleh buat donut lembut, ni nak kongsi resepi rahsia..sebab ianya mudah lah..tu saya buleh buat..korang pun boleh suruh suami buat donut ni..hehe

Ok..ni resepi rahsia yang mudah buat donut lembut ni..

Bahan-bahan resepi donut lembut sedap:

  1. 2 sudu yis mauripan
  2. 1 sudu gula
  3. 1 sudu marjerin
  4. 2 sudu susu tepung (ikutlah susu tepung apa pun)
  5. 2 cawan tepung gandum
  6. secubit garam (campur air panas sedikit jadikan air garam)
  7. 2-3 sudu gula halus
  8. 1/2 cawan air suam

Cara penyediaan resepi donut lembut sedap:
Campuran A

  1. 2 sudu yis mauripan di masukkan ke dalam 1/2 cawan air suam.
  2. Masukkan 1 sudu gula ke dalam air suam + yis mauripan tadi dan kacau.
  3. Biarkan dalam 15 minit sehingga berbuih macam gambar kat bawah tu.

Doh

  1. Masukkan 2 cawan tepung gandum ke dalam bekas
  2. Masukkan 1 sudu marjerin, air garam, 2 sudu susu tepung  dan campuran A macam gambar kat bawah ni
  3.  

  4. Gaul doh supaya macam kat gambar bawah..memang mula-mula tu melekat sikit.. Teruskan gaul/uli sehingga jadi doh.
  5. Tutup dengan kain atau tisu lembab. Saya guna tisu je dan lembabkan tisu tu.
  6. Biarkan dalam 30 minit ye.

Pembentukan

  1. Sebelum apa-apa, sapukan tepung gandum pada tangan, penggelek, gelas dan alas (loyang ke papan alas ke) kerana doh ni agak melekit.
  2. Gelek doh tersebut supaya agak nipis (jangan risau sebab nanti akan naik balik masa masak nanti).
  3. Tekap dengan gelas untuk membentuk bulat.
  4. Bulat tengah tu boleh guna tudung botol plastik atau apa-apa berbentuk bulat kecil.
  5. Jika melekit, sapu banyak sikit tepung gandum ye..
  6. So siap..tunggu nak goreng je. Hasilnya seperti kat gambar bawah ni

Masak

  1. Panaskan minyak dalam kuali dengan api kecil je.
  2. Masukkan donut kita tu tadi dan balik-balikkan supaya semua bahagian masak.
  3. Jangan lama sangat sebab takut hangit.
  4. Angkat dan tos minyak sekejap.
  5. Celup atau curahkan gula halus atas donut korang tu.. nak best lagi, celup coklat cair..

tadaaa…siap… hasilnya macam gambar kat atas sekali tu.. sedap..selamat mencuba..

resepi lain lagi? boleh cuba resepi kek coklat dan resepi nasi ayam serta resepi nasi ayam penyet.
selamat mencuba :)



  1. siha

    eeei! macam ruangan memasak pulak Mus!Mmg cantik hasilnya…

    [Reply]

    wanmus Reply:

    hehe..minat baru kot lepas ada anak ni..bosan duk saja, tu try masak..tapi sangat2 jarang memasak ni..

    [Reply]

  2. rina

    Boleh try ni resepi donut Mus.

    [Reply]

  3. orangbiasa

    waaahh sedapnya bos…

    [Reply]

  4. samanosuke_04

    wah.. bleh tulis blogresepi dah pasnie.. haha, nampak cam senang.. tapi yis mauripan tue pemende ye?

    [Reply]

  5. shikin

    Akum…pandainye buat donat.macam seng je.bahn2 dia pun tk brp nk byk.berapa biji yg dpt?

    [Reply]

  6. eBaymoney makers

    wah..sdap ni…ok..akn try…thanks for sharing..

    [Reply]

  7. annisa

    Boleh cuba resepi donat ni..

    Terimakasih admin.

    [Reply]

CommentLuv badge