Kenapa Saya Benci Spammer

Anda tahu makna spammer? atau dalam bahasa melayu peng’spam’ (betul ke ni cikgu BM?? 🙂 ) yang penting mereka ni sangat dibenci oleh blogger seeantero dunia..Kenapa?? Hanya blogger dan pembaca blog yang memahami (nanti saya cerita lagi kat bawah ni)..Sekarang ni diorang tak spam kat blog je, kat forum, kat contact form dan kat mana-mana sahaja asalkan boleh masuk info mereka atau client mereka.

Betul!!

Ada orang yang dibayar untuk iklankan produk atau servis client mereka. Jadi selain buat cara betul, mereka buat juga cara kotor ni..jadi kalau siapa yang tak perasan, terutamanya empunya blog yang kurang semak blog dia atau tak activate anti-spammer plugin, konfirm bahagian komen tu penuh ngan spam. Post upin dan ipin pun kena spam.. ni kan bab-bab buat duit..

SPAM tu apa?

SPAM ni ialah apa benda yang kita tak nak atau tak daftar tapi tiba-tiba dapat..tu maksud dalam bahasa mudah. Tengok gambar atas tu, dalam 3 hari, 302 komen yang tak betul masuk dalam blog saya. Mujjor saya aktifkan akismet dan selalu assign komen yang tak betul tu masuk spam, jadi sistem akismet ni dapat kenali bentuk komen yang berbau spam ni, so akan automatik send komen tu ke bahagian SPAM..Bayangkan kalau ada 302 komen anda kena semak dan buang satu persatu..perghh letih tu..yerlah dah komen tak betul, terpaksalah delete komen tu.

Jadi tulah antara kenapa saya benci spammer. 1 lagi diorang ni saje nk curi juice PR kita ni. Blog wanmus.com ni dah PR3, jadi mereka nak letak link secara mudah dan free, jadi melalui komen. Nk komen betul2 tak reti, jadi tu yang spam je tu. Kalau mereka berjaya letak link kat blog ni, juice PR3 akan mereka dapat, jadi tu untuk tambah backlink mereka..jadi tu saya benci..dapatkan juice PR tanpa etika yang betul..

Sekarang ni bukan kat blog je, kat forum pun dah ramai spammer. Diorang main komen je dengan tujuan nak iklankan produk atau dapatkan backlink..so tu teknik RUBBISH!! jangan buat ye, sebab tak beretika..

Nak komen, komenlah berhemah dan dengan cara betul..senang-senang je saya bagi juice PR3 ni..cubalah komen kat bawah ni..backlink dari PR3 tu.. 🙂 hehehe..

30 Comments

  1. wahh…. betul2 ada frekuensi sama ni… kak jie pun buat entri pasal spammer gak….balik cuti tengok ada banyak dan lagi sedih dari blogger kita sendiri

  2. nak backlink entri ni lah….topik yang sama

  3. tulah topik sama..semuanya spammer yang tengah menggila..hoho

  4. agaknya musim spam dah kembali lagi ni. hurm. kenapa tidak dipasang plugin GASP bro? setakat saya guna sekarang, sangat berkesan menapis spam.

  5. dah pasang akismet..tu mujur pasang..ni yang semua dalam akismet lah ni..

  6. Spam skit boleh ke hahaa…Saya pun antara orang terbenci dengan spam…bayangkan kalau sehari sampai 4-5 spam..bosan dah nak delete mesej spam ni..

  7. huh1masih tak baper nak paham ganer spammer leh curi PR kita ni..leh terangkan x bro?tq

  8. lepas baca entri ni baru tau yang blog ni PR 3….

    p/s PR bloga aku dari 2 turun jadi n/a..

  9. eh.. silap reply komen ni lak.. nak reply komen lain sebenarnya.. sorry

  10. betul tu… setuju! shoutbox yied selalu jadik mangsa.. huk3

  11. dulu2 masa dapat pengomen, rasa megah je bila ada pengomen dtg dr us, ataupun luar malaysia. Rupanya mereka sekadar nak spam. Adoi.

  12. 4-5 sikit lagi tu bro..
    aku hari-hari kena hadap lebih dari 10..

    itu dulu la..
    sekarang dah secure..

  13. shoutbox aku kosong ja.. nmpk sgt x femes.. spam pn x brminat..

  14. hahahaha.. mmg yied suka buat strategi cam tu..betoi x yied

  15. yang mcm auto backlink tu spam x?
    aku ada buh benda tu dri satu blog tu..
    pas buh, mencanak visitor aku.. 600 satu masa.. tapi rasa mcm xreal ja.. check kt nuffnng xdak pulak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.