Tips untuk berjaya yang memang berjaya ialah JANGAN KEDEKUT..Betul dah banyak penceramah bercakap tapi masih ramai yang takut nak buat termasuk saya jugak kekadang tu..Sebab apa?? Sebab sayangkan duit dan harta kita. Kita umat akhir zaman ni memang dah diciptakan untuk sayangkan dunia dan takutkan mati..Apa juga benda tentang dunia ni, kita pasti sayang lebih berbanding mati..Betul x?
Betul..saya sendiri akui..yerlah kita kan manusia biasa..
Tak terlepas dari buat salah dan silap..tapi rasanya saya perlu berkongsi benda ni untuk kita sama-sama renungkan. Yerlah bila dah tak cakap, kita tak ingat..nama pun manusia tu pelupa.
Ok..sekarang ni nak nasihat kat diri sendiri ni dan jika sahabat nak dengar pun boleh untuk kita sama-sama beringat ye. Jika kita sebut je kedekut, semua orang takkan mengaku kedekut kan? Tapi kita tak sedar memang kita ni kedekut tahap haji bakhil punya. Yerlah nak sedekah jauh sekali..nak perabis kat diri sendiri laju je..nak perabis kat jalan Allah susah sikit..nak bagi kat mak ayah??hmm…tuhan je lah tahu.
Tulah kata..macamana kita nak berjaya kalau kita kedekut. KEDEKUT NI SIFAT TAK BERSYUKUR! betul..bila tak bersyukur, macamana Allah nak tolong kita? Jadi jangan kedekut supaya kita selalu bersyukur dengan rezeki kita dapat.
Ni nak kongsi antara cara tak kedekut dan jauhkan kita dari jenis manusia tak bersyukur:
- 1- Masuk je masjid, keluarlah sikit duit dari dompet tu dan masukkan dalam tabung masjid.Ingat! Lagi banyak kita sedekah, lagi banyak kita akan dapat balik, makin berjayalah kita. Cubalah buat..
- 2- Setiap bulan, korek sikit duit gaji dan bagi kat mak ayah kita.Biasanya bagi kat mak lah sebab mak yang beli barang rumah. kalau rasa sikit, tambah lagi bagi..Ingat! lagi banyak kita senangkan ibu bapa, lagi berjaya kita.
- 3- Sedekah kat peminta sedekah?? haa bab ni saya tak berani nak cakap..bukan ape..sebab sekarang banyak yang tipu dan pakai konsultan..betul..kekadang mereka dipergunakan konsultan ni untuk minta sedekah..jadi saya tak kata jangan bersedekah pada pemina sedekah tapi fikirkan dan tengoklah peminta sedekah. Kalau rasa mereka tu betul2 susah, sedekahlah..jika was-was baik tak payah. kekadang ada juga yang memaksa..kalau macam ni baik tak payah bagi sebab nanti kita tak ikhlas..
- 4- Kedekut untuk menyimpan..Ni saya pun susah..kita sangat susah nak menyimpan..sebab kita ni kedekut untuk simpan untuk hari tua atau hari susah kita nanti..Kita tak tahu bila..jadi jom kita mula menyimpan..jangan kedekut untuk menyimpan..lagi banyak kita menyimpan, lagi untunglah kita nanti..betul..
Jadi tolonglah kita sama-sama jangan kedekut. Tapi jangan salah faham..kedekut tak bermakna boleh berikan harta atau duit kita membabi buta..jika ianya ke jalan yang memang memerlukan dan kita berkemampuan, bantulah setakat termampu..Allah sangat suka pada hamba-Nya yang pemurah ke jalan-Nya..insyallah kita termasuk..
anif
Saya tertarik dengan artikel ini.. benar kita perlu kikis sifat kedekut tu tetapi sebelum menderma adalah lebih baik kita buat yang wajib dahulu iaitu berzakat.
Tunaikan zakat keatas segala pendapatan yang diterima termasuklan pendapatan bulanan dari hasil gaji/bonus. 🙂
Selepas itu banyakkan lah bersedekah. Insyallag akan ada keberkatan.
wanmus
betul sekali..zakat tu antara pelembut hati dan memberi berkat kepada rezeki kita
budak mengong
tpi klw tgk dlm msyrkat,,msyrakat kita mmg pmurah sbb ad yg blakon jd oku mampu dpt duit hasil derma org ramai sehari beratus ratus ringit..hehe
mhnizam
1 kita bagi 10 Allah akan balas.Apa yang penting kita kena ikhlas.
Zairi Zaidi
Yang nombor 3 susah sikit nak buat. Bukan apa, ada mereka yang malas nak usaha dan buat-buat susah dengan meminta sedekah. Kalau betul-betul perlukan pertolongan takpe, ni tidak, pura-pura je
syufa
hoho..sangat menarik..btol la..kedekut lagi rugi..sebab rugi kat akhirat nanti.. 🙂
lin azlina
yep!kena kasi kat mak ayah supaya duit gaji lebih berkat…biarpun sikit nilainya
fa10
bab kedekut ni saya setuju la…
kita tak perasan sebenernya kita kedekut.. tak percaya cuba renung kembali..
berapa banyak duit kita bg kat mak ayah?
berapa peratus duit gaji kita keluarkan sedekah?
tapi untuk belanja diri sendiri kita tak kedekut pula kan?
sekadar memperingati diri sendiri dan rakan2
Orang yg paling kedekut ialah mereka yg tidak berzikir selepas solat… kita kat mana ek?
akubiomed
Saya nak tukar sikit boleh kedekut tinggalkan solah, kedekut membazir, kedekut untuk membuang masa.
Boleh terima tak?
zik
Insyallah akan berusaha untuk tidak kedekut… prinsip the more we give, the return should me more.. ntah pape jer.. huhu
Faizul Noor
perkara 1, 2, 3, 4 tu mesti ada pada diri. Jadilah hamba yang mengenal erti bersedekah. Dunia memang kita cari untuk akhirat.
Lama-lama sikap ni akan bentuk sikap jadi bakhil..tak caye..cubalah.:)
kasimo
baik sangat pun tak ble juga..
org cakap ukur baju pada badan sendiri..
jutawansenyap
syukur .. buat masa nih segala peneranga di tasa aku leh buat cuma amount nyer tak menentu kekdang beberape hinggit jer boleh kasik
Kimi Rekonen
saya memang seorang yang kedekut..hehe
jutawansenyap
masa yang paling afdal nak sedekah adalah time kite cuma ader duit untuk beli makanan.
Ronaldmohoni
Nak komen perkara 3 tu. Macam-macam jenis peminta sedekah kat Kota Kinabalu nih. Namun ianya terbahagi kepada 2 golongan. Golongan pertama, mereka yang masih bertenaga dan mampu berkerja, tetapi kenapa meminta sedekah, jangan harap saya nak derma. Golongan Kedua, golongan kurang upaya, ada yang buta, ada yang tak deh tangan, ada yang tak deh kaki, dan mereka nih memang ramai yang kenal, golongan ini saya akan beri derma sikit2. Namun kat Kota Kinabalu nih tak lah ramai pengemis. Boleh dikira, tu pasal kita boleh cam mereka.
kasimo
maksud dia masa kita paling sengkek ka?
Hazura_h
komen bg yg no 1 ..Tetapi masih ada umat Islam di Malaysia ini yang kedekut untuk meyumbang di jalan Allah beri sedikit untuk pembinaan surau dan masjid, rumah anak yatim, rumah saudara baru, program remaja dan sebagainya. Tetapi sanggup berbelanja beribu-ribu untuk kenduri kahwin, persandingan, beli perabot raya, beli kenderaan baru, berbuka puasa di hotel lima bintang, menganjurkan konsert dan sebagainya.
Adalah tidak mustahil golongan umat Islam yang kedekut adalah salah satu punca murtad. Kerana orang Kristian sanggup berkorban jutaan ringgit mendirikan gereja, mendirikan pusat persidangan, memberi makan percuma, memberi asrama dan sebagainya.
Ladfe Amir
drpd saya kecil, part no1 sudah dijadikan amalan. Bila gagal melakunya,terasa ada sesuatu yg kurang.
Harta n diri kita adalah mikik Allah sepenuhnya.
InsyaAllah.. Bersyukur n bersedekah adalah perbuatan yg amat digalakkan
zuriey
ada juga buat perkara2 di atas..tapi rasa tak cukup je lagi..bila gaji nak tambah..hehe
zuriey
alhamdulillah..mudah2an bertambah rezki bila buat amal
zuriey
itulah pasal..kita pun kadang2 telepas pandang juga..kena ada kesedaran dalam diri
zuriey
kat kl pun sama gak bro..tapi kadang2 tengok cam sindiket pun ada..
zuriey
yeker..tapi time sengkek tue la time paling kedekut..kalau saya ada duit lebih baru saya sedekah
zuriey
amaount tue tak penting..yang penting ikhlas dari hati nak membantu
zuriey
betul tue..sendiri mahu ingatlah..tapi kalau tak tahu nak wat pe duit2, bagi banyak pun takpe
zuriey
macam mana tue..lagi sedekah jadi lagi bakhil ker
zuriey
itu semua rezki dari tuhan.. bukan boleh bawa mati pun kan
zuriey
selalu duit gaji duk bayau hutang je..ada lebih baru buat amal
zuriey
setuju..tapi kalau terdesak sgt kdang2 kena minta balik kat diorang..hahaha
akuorgkmpng
betoi tu.. kedekut x dak faedahnya..
akuorgkmpng
ikhlas mmg pnting.. org akn mudah rapat ng kita klu kita ikhlas
akuorgkmpng
betoi tu wanmus.. jgn la kita kedekut sgt,..
tapi jgn pulak kita trlalu prcaya kt org.
mcm aku ni, dh beratus org pinjam..
tapi bayar nya belum lgi.. aku tolong, tapi klu aku susah, msing2 ada hal..
zuriey
betul3..inilah yang akan bantu kita di akhirat kelak
zuriey
itulah..kadang2 sihat je tubuh badan. napa perlu meminta sedekah
zuriey
itulah ada yang ambil kesempatan. orang malaysia ni sebenarnya pemurah
jutawansenyap
boleh doa nabi yunus pastu bayangkan muka sipeminjam insya allah
jutawansenyap
kalo harap gaji jerk maner nak tambah kene lah buat part2 time untuyk tambah duit
mat kalut
nk bgi pinjam tgok org dulu camner..biase yang baek tu payah nk bayar huhu
p/s aku pn kedukut jugak tp dengan yg spisis kedekut la
akuorgkmpng
hahaha.. aku jnis xbyk xckap..
org mintak kira nk kasi ja..
skrg ni aku yg susah..
Yiedpozi
Eh, sama la ngan Yied… Yied jadi kedekut bila orang tu kedekut ngan Yied..
mat kalut
tgok muke ko pn da tau ko kedekut yied! hahahhaha
akuorgkmpng
tgok muka pn dh tau,.. mmg hebat la..
lin azlina
tetiba terasa kedekut jugak kalo orang tu kedekut n berkira dgn kita
akuorgkmpng
kedekut mcm ni x pa.. tapi aku xkdkut.. haha
jutawansenyap
ko tak kedekut tolong komen atas nama aku boleh ha ha
akuorgkmpng
aku pn trtarik ng pndpt wanmus.. semua entrinya amat bernilai skali..
akuorgkmpng
hahaha.. tu mmg pelakon yg hebat..
snggup menipu utk dpt duit
akuorgkmpng
tu la pasai.. bukan x nk tolong tu,..
tapi kita dh agak depa ni boleh kerja lgi..
MAT KALUT
aa..tlonng aku jugak hahaha