Apa Itu Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia KWSP?
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia kawan2..Apa Itu Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia KWSP? akan dibongkarkan dalam post kali ini. Saya sebenarnya tak faham sangat apa benda skim ni dan apa faedahnya..Jadi saya pun pergilah bertanya dan ternyata saya mengisi borang permohonan..Nak tahu selanjutnya? Jom kita sama2 fahaminya..
Kisah ni bermula semalam semasa saya temankan 2 orang cikgu membuka akaun KWSP mereka. Oleh kerana saya kurang faham tentang skim persaraan 1 Malaysia yang ditawarkan KWSP ni jadi saya pun gi bertanya kat kaunter. lagipun rohaizad pernah war-warkan skim ni dulu, maklumlah kami ni kerja sendiri perlukan juga skim simpanan ni selain simpan dalam bank tu.
Bertanya kat abg kaunter tu dia cakap skim ni untuk sesiapa yang kerja sendiri dan bergaji tidak tetap. Skim ni pula untuk 5 tahun sahaja iaitu dari 2010-2014 sahaja (selagi DS Najib jadi Perdana Menteri untuk 1 penggal kot)..mungkin jika lepas tu DS Najib still jadi PM, skim ni akan dilanjutkan lagi kot (ini tanggapan saya saja). Minimum caruman ialah RM50 dan maksimum RM5,000.. Tapi jangan lupa, skim ni selain mendapat bayaran dividen setiap tahun dari KWSP, tambahan 5% (maksimum RM60) setahun dari Kerajaan turut diberikan.
So rasanya ianya berbaloi untuk kami yang tak bergaji tetap ni..Paling kurang adalah simpanan hari tua nanti. Tapi yang tak bestnya, caruman mestilah dibuat direct melalui kaunter2 kwsp dan tak boleh melalui bank atau kiosk pintar KWSP. Takpelah, yang penting saya dah buka..hehe..
Ok, ni saya kongsikan detail skit pasal Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia ni..semoga sama2 beroleh manfaat..Insyallah
Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia
Lanjutan daripada pengumuman YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2010 lalu, Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia diperkenalkan sebagai inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan. Skim ini berkuatkuasa mulai 3 Januari 2010.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai skim ini:
A. TUJUAN
1. Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap (contoh: pemandu teksi, penjaja, petani dan nelayan), mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan.
2. Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah bertujuan menggalakkan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.
3. Rasional pelaksanaan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah bagi:
a. Menyediakan saluran untuk golongan orang yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
b. Meningkatkan jumlah golongan orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP
c. Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada golongan orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
B. PERMOHONAN PILIHAN SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA
B1. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia
2. ‘Orang yang Bekerja Sendiri’ ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja; DAN
3. Merupakan ahli KWSP (Jika belum menjadi ahli, perlu mendaftar di kaunter KWSP dengan menggunakan MyKad atau melalui mel dengan mengemukakan Borang KWSP 3 dan salinan kad pengenalan).
B2. CARA MEMOHON
1. Menggunakan Borang Permohonan Pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (KWSP 16G(1M)) yang boleh diperolehi di kaunter KWSP atau dimuat turun dari laman web ini mulai 3 Januari 2010.
2. Serahan permohonan di kaunter KWSP atau melalui mel.
C. BAYARAN CARUMAN – SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA
C1. SYARAT-SYARAT BAYARAN – SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA
1. Telah membuat pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia.
2. Amaun bayaran caruman minimum adalah RM50.
3. Amaun bayaran caruman maksimum adalah RM5,000.
C2. CARA MEMBUAT BAYARAN SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA
1. Menggunakan Borang Bayaran Simpanan Persaraan 1Malaysia – KWSP 6A(2) yang boleh diperolehi di kaunter KWSP atau laman web KWSP mulai 3 Januari 2010.
2. Serahan Borang Bayaran bersama tunai/cek di kaunter KWSP.
C3. SUMBANGAN KERAJAAN DAN PENGKREDITAN – SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA
1. Di samping dividen tahunan, Simpanan Persaraan 1Malaysia juga akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 5% tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM60 setahun. Sumbangan Kerajaan ini hanya untuk tempoh 5 tahun mulai tahun 2010 – 2014.
2. KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan. Apabila wang sumbangan Kerajaan diterima oleh KWSP, ia akan dikreditkan ke akaun ahli.
D. PERTANYAAN
Jika anda mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia, sila hubungi:
• Mana-mana Pejabat KWSP yang berhampiran
• Pusat Pengurusan Panggilan KWSP, Tel: 03-89226000
• Enquiry
Sila nyatakan nombor Kad Pengenalan anda atau nombor ahli KWSP apabila berurusan dengan KWSP.
E. SOALAN LAZIM
Untuk melihat soalan-soalan lazim berkaitan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia, klik di sini.
Makluman ini diambil dari page kwsp: Berita Skim Persaraan 1Malaysia
Baca selanjutnya di:











09 January 2010
Masa 10:53 am
rajin wanmus buat review..sgt infomatif pada sesiapa yang bekerja sendiri:)
[Reply]
wanmus Reply:
January 9th, 2010 at 2:51 pm
review tentang apa yang terjadi pada diri sendiri..hehe
[Reply]
adeq Reply:
May 6th, 2010 at 3:24 pm
kalau suri rumah boleh buka kwsp ke dengan mencarum hanya Rm50 sahaja bolehlah simpan kat dalam tu…
[Reply]
wanmus Reply:
May 6th, 2010 at 3:26 pm
boleh rasanya..sebab syaratnya tak ada pendapatan tetap..so akak cakaplah akak jual apa2 dari rumah kecil-kecilan
[Reply]
09 January 2010
Masa 11:04 am
Salam Wan Mus,
Nice entry. Maklumat yang berguna dan berkesan untuk usahawan yang bekerja sendiri. Sememangnya kesedaran untuk menyediakan tabung persaraan patut ada pada usahawan.
Ramai yang saya jumpa tiada kesedaran untuk mengadakan tabung persaraan sendiri. duit yang mereka perolehi lebih di gunakan untuk membangunkan dan melaburkan semula untuk syarikat dan perniagaan.
Mereka terlupa bahawa mereka perlu untuk mengasingkan duit tersebut untuk tabung persaraan. sebagai majikan adalah menjadi kewajipan mereka untuk mencarum di KWSP bagi para pekerja mereka. Selalunya mereka LUPA untuk mencarum bagi diri mereka sendiri. Akhirnya bila dah pencen, pekerja mereka akan lebih kaya dari mereka..
Jadi untuk usahawan-usahawan yang berada diluar sana, jangan lupa untuk membuat simpanan dihari tua ya. Kerana perancangan tersebut menetukan keadaan dimasa tua nanti. Dengan izin Allah.InsyaAllah.
[Reply]
rohaizad Reply:
January 9th, 2010 at 1:39 pm
Simpan… jangan tak simpan ye kengkawan..
[Reply]
wanmus Reply:
January 9th, 2010 at 3:02 pm
yup..sangat perlu kita menyimpan untuk hari tua
[Reply]
Noorizam Shah Reply:
January 9th, 2010 at 3:22 pm
aku tak pie apply lagi, insyaAllah akan turut serta ambik manfaat.
[Reply]
wanmus Reply:
January 9th, 2010 at 4:01 pm
daftar bro jika sempat..rugi tak ambik kesempatan ni..
[Reply]
aliridha Reply:
January 13th, 2010 at 6:48 pm
nanti boleh beli nasi ayam penyek..hehe
[Reply]
wanmus Reply:
January 13th, 2010 at 7:52 pm
hehe..belanja makan ayam penyet pun boleh..hehe
[Reply]
13 January 2010
Masa 7:17 pm
maklumat baguslah.. sememangnya aku kerja sendiri
[Reply]
wanmus Reply:
January 13th, 2010 at 7:38 pm
kerja sendiri memang perlukan simpanan bro..sikit pun takpe, yang penting ada simpanan
[Reply]
18 January 2010
Masa 3:33 am
Tabiat menyimpan ini memang tiada siapa dapat nafikan kebgusannya. Simpanlah untuk masa hadapan anda dimana anda rasa selamat dan memberi pulangan yang menguntungkan.

Walaupun KWSP ini dijamin kerajaan, ia juga mudah diguna oleh kerajaan…
sila baca ulasan ringkas saya berkenaan tabungan di http://www.kamarudinazhar.com/jutawan/amalan-menabung-untuk-masa-hadapan/#more-226
semoga ada manfaat
[Reply]
wanmus Reply:
January 18th, 2010 at 7:07 am
memang bagus bang menyimpan ni..cuma kekadang kita tak tahu yang mana yang terbaik
[Reply]
04 February 2010
Masa 2:34 pm
thanks mus!
entry ni sangat membantu
[Reply]
wanmus Reply:
February 4th, 2010 at 5:59 pm
sama2 rina..bukalah akaun ni masa masih ada lagi ni..option lain selain dari simpan kat ASB atau mutual fund
[Reply]
01 August 2010
Masa 11:31 pm
wahh bagus entry ni..akan ash syorkan kepada yg tertentu..yerlah kan kesian pada yg bekerja sendri yg tiada pendapatan tetap so…ni salah satu cara yg bagus…sebagai langkah keselamatan..two thumbs up..;>
ash´s last blog ..Bachelor of the month
[Reply]
wanmus Reply:
August 2nd, 2010 at 2:45 pm
sangat bagus utk simpanan hari tua nanti..
[Reply]