wanmus.com

Internet Marketing | Monetize Blog | Malaysian Muslim Entrepreneur

Archive for September, 2007

Ada Apa Dengan 22nd September 2007..

Written by wanmus on Sep 22nd, 2007 | Filed under: hidupku

Hari ini 22 September 2007,pukul 00.00 maka genaplah umurku 23 tahun…bertambah lagi angka dalam nilaian jangka hidupku..namun ku sedar hidup nih perlu ku tempuh jauh lagi..30 tahun?47 thn?55thn? aku dan ko pun x tahu..

tapi adakah korang tau ape terjadi pada 23 september 1984? hahahaha..aku pun xtau sebab maser tuhlah insan yang bernama pena ‘wanmus‘ nih dilahirkan dengan susah payahnya (yeke??)…tapi tulah yang tertulis dalam surat beranak aku..

perghh..nih yang sedih ingat kat mak aku yang jauh di kampung..betapa susahnya mak bapak aku nak besarkan aku sebesar nih..sedih x yah cakaplah ngan perangai nakalnya..hihihi…

tapi tulah apa yang ada dengan 22 September setiap tahun..

tak kisah berapa banyak komen dan ucapan selamat hari lahir buatku yang akan aku terima tp hanya mampu ucapan terima kasih aku mampu ucapkan..


BINI AYAH PIN YANG MURTAD DAN BODOH!!

Written by wanmus on Sep 20th, 2007 | Filed under: Agama

bodoh gile..tulah yang aku boleh katakan pada bini ayah pin dan peguamnya yang nama saje ISLAM!!! yang bini ayah pin tu memanglah dah murtad tapi knape peguamnya yang ISLAM pun nak ikut kata si tua bangka tuh??sengal giler…kalu korang ada baca akhbar arini, ada pengakuan mereka.kalau x baca pun,nih petikannya :

Permohonan isteri Ayah Pin ditolak

PUTRAJAYA: Permohonan lisan isteri pertama Ayah Pin supaya tiga Hakim Mahkamah Rayuan beragama Islam menarik diri daripada mendengar kes terhadap dua pegawai Pejabat Tanah Daerah Besut, ditolak.

Terdahulu, dalam prosiding semalam, Haris membuat permohonon supaya hakim berkenaan menarik diri dengan alasan anak guamnya bimbang, mereka (hakim) akan terpengaruh dengan fatwa yang dikeluarkan Kerajaan Terengganu terhadap Ayah Pin.

“Anak guam saya bimbang hakim beragama Islam akan berpendirian peribadi. Alasan yang diberikan bagi kerja meroboh perkampungan ‘Kerajaan Langit’ pada 31 Julai 2005 dikatakan selaras dengan prinsip amar maaruf nahi mungkar (menggalakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran).

“Dia juga bimbang dengan kenyataan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim supaya ‘Common Law’ dimansuhkan dan undang-undang Islam dimartabatkan, akan menyebabkan sistem perundangan negara diubah suai mengikut undang-undang Islam,” katanya.

haaa…korang sependapat ngan aku tak?sengal kan????SENGAL GILER!!!dah murtad pastuh nak meremeh2kan undang2 ISLAM..ngan Ayah Pin entah ke mana..

nih gambar ayah pin tuh n gambar kerajaan langit :


Promosi JOMHosting.NET…nantikan

Written by wanmus on Sep 18th, 2007 | Filed under: hosting

JOMHosting.NET

flashpromosi.gif

Nantikan promosi hebat dari syarikat JOMhosting dengan harga yang murah dan berpatutan. Website syarikat masih lagi dalam pembikinan..


Nasi Goreng Si DIA…

Written by wanmus on Sep 18th, 2007 | Filed under: Makanan, si dia

hehehehe..malu2 pulak nak perkenalkan si dia yang sudi bergaduh ngan housemate dia sebab nak masak nasi goreng nih untuk kiter..hehehhee..segan sekali lagi..

kisahnya selepas meeting 16/9/07 pukul 1pg sapatlah mesej suruh gi blok dia kat KP tuh..katanye nak suruh amik nasi goreng..perghh dengan berdesuppp nya ADQ9373 ku ke U4 maklumlah tak sabar nak raser air tgn si dia..hehehehe

pastuh x sabar2 nak balik nak test nasi goreng tuh..baunyer pun dah mengancam jiwa..maklumlah bakal isteri yang buat..dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim ku buka bekas tuperware tuh dah bau nasi goreng special tuh menyelinap masuk ke liang hidung ku..dan tapi segan dan silu, ku suapkan nasi goreng tuh dengan kadar 1 suapan/saat(kiraan baru..hehehehe)..dan akhirnya ku tak tahan lagi dan terus menambah kelajuan kepada 2 suapan/2saat…hehehehe

Sedap rupenya rasa masakan orang yang kite sayang..

untuk berkongsi ngan semua,nih gamba yang sempat dirakam..dah tinggal separuh dah..tu pun mujur sempat berenti menyuap sebab nak amik gambar..

picture110.jpg

picture16.jpg

5-1.jpg


Apakah puasa???

Written by wanmus on Sep 13th, 2007 | Filed under: Puasa, Uncategorized

PENGERTIAN PUASA

  • Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
  • PUASA WAJIB

  • Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.
  • PUASA SUNAT

  • Puasa enam hari pada bulan Syawal
  • Puasa hari Arafah
  • Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
  • Puasa bulan Syaaban
  • Puasa Isnin dan Khamis
  • Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)
  • PUASA MAKRUH

  • Puasa yang terus menerus sepanjang masa
  • Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq
  • PUASA HARAM

  • Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
  • Puasa pada hari raya pertama Haji
  • Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.
  • SYARAT WAJIB PUASA

  • Berakal
  • Akhir Baligh (Cukup umur)
  • Kuat atau mampu mengerjakan puasa
  • SYARAT SAH PUASA

  • Islam
  • Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
  • RUKUN PUASA

  • Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
  • Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.
  • PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila
  • Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
  • ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA

  • Orang yang sakit
  • Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
  • Orang tua yang sudah lemah
  • Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

  • Selamat Berpuasa

    Written by wanmus on Sep 13th, 2007 | Filed under: Puasa

    Selamat Berpuasa..semoga kita diberkati dan diredhai Allah..tambahkanlah amalan kita..

    ingatan dari meja pengarang wanmus.com untuk diri dan semua..

    Sekadar untuk berkongsi Kelebihan Solat Tarawih

    1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
    Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

    2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
    Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

    3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
    Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

    4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
    Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

    5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
    Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

    6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

    7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
    Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

    8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
    Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

    9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
    Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

    10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
    Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

    11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
    Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

    12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
    Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

    13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
    Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

    14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
    Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

    15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
    Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

    16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
    Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

    17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
    Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

    18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
    Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

    19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
    Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

    20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
    Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

    21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
    Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

    22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
    Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

    23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
    Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

    24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
    Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

    25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
    Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

    26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
    Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

    27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

    28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
    Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

    29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

    30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
    Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

    Dan selepas syawal menjelma, kita disunatkan utnuk berpuasa..dan ini antara fadilat puasa sunat 6 syawal:

     

    Hari Pertama

    mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Adam a.s.

     

    Hari Kedua

    mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yusuf a.s.

    keluar dosa-dosa dari tubuhnya bagaikan baru dilahirkan dari perut ibu.

     

    Hari Ketiga

    mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yaakub a.s.

    sekiranya berpuasa tanpa diketahui orang lain, Allah s.w.t. tidak rela untuknya pahala kurang daripada syurga.

     

    Hari Keempat

    mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Musa a.s.

     

    Hari Kelima

    mendapat pahala sebaigaimana pahala Nabi Isa a.s.

    menyamai berpuasa sepanjang tahun

     

    Hari Keenam

    mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Muhammad s.a.w.

    jika kebetulan seseorang makan berhampiran orang yang berpuasa itu, akan dibacakan Istighfar untuknya oleh para malaikat.

     

    Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa”.


    Jangan makan ikan keli!!!

    Written by wanmus on Sep 13th, 2007 | Filed under: Makanan

    Assalamualaikum..mungkin anda yang baru dengar masalah ini akan terkejut tapi tidak kepada siapa yang dah tau hakikat sebenar..saya buka nak menjatuhkan sesiapa atau nak memburukkan syarikat mana2 pun..artikel saya ini sekdar untuk berkongsi maklumat yang saya perolehi..ikut kisah lanjut oleh saya..

    Pada baru2 nih sekitar hujung bulan Ogos, saya diminta ke J-Biotech atau nama penuhnya Perbadanan Johor Bioteknologi dan Biodiversiti yang beroperasi di MTDC-UTM. Saya kesana sebab nak hantar invois. Sesampai saya disana, saya terpaksa tunggu untuk berjumpa pegawai yang bertugas kerana katanya sedang meeting.

    saya pun tunggu di ruangan menunggu bersama beberapa ahli perniagaan bumiputra yang tengah rancak berbincang..saya pun duduk dan dengarlah perbincangan mereka..rupanya mereka sedang bercakap mengenai pembiakan ikan keli.

    Pengarah urusan syarikat apa pun saya tak ingat tapi ada akuakultur lah dibelakang nama syarikatnya itupun berpandukan baju kemeja f1 yang dipakainya..Menurut beliau, ikan keli memerlukan 2 paket makanan untuk membesar seberat 1Kg dari anak benih. 1 paket makanan berharga Rm2 lebih jadi modal makan sahaja dalam Rm4.tapi mcamana tokey ikan keli cina dapat jual RM1.80/Kg? jawapannya setiap hari tokey cina ni akan masuk ke reban ayam dan amik bangkai ayam yang mati untuk dijadikan makanan ikan keli. Ikut kajian, 2% ayam akan mati di Malaysia setiap hari,jadi jika ayam ada 200,000 jadi dalam 4000 ekor ayam akan mati dalam sehari. Perghh..ini dah cukup banyak untuk diberi makan kepada ikan keli..jadi modal makanan yang ditanggung tokey cina adalah RM 0.00!!!

    Ditambah lagi, ikan keli memerlukan masa berminggu2 untuk membesar kepada 1Kg/ekor..jadi cara untuk mempercepatkan pertumbuhan ikan keli adalah dengan memelihara ikan keli dalam air kumbahan (samada kumbahan manusia @ haiwan). Katanya jika dipelihara dalam air kumbahan, ikan keli akan membesar dalam masa yang cukup singkat..tapi kenapa ikan keli yang dibeli bersih jer??? jawapannya ialah selepas ikan keli cukup besar dalam air kumbahan, ia akan dipindahkan ke kolam kuarantin air bersih selama seminggu…SEMINGGU???..ya kerana untuk menjadikan ikan keli itu nampak betul2 bersih..gila betul…

    Jadi kos operasi oleh tokey cina hanya untuk bayar gaji pekerja,kos penghantaran dan beli benih ikan.

    Setahu saya, beza ikan keli yang dipelihara dengan betul dan yang kotor adalah, ikan keli kotor akan dijual dengan saiz yang besar dan banyak lemak sebab makan ayam mati. Kalau nak makan jugak ikan keli, belilah dikampung2 atau yang kecil2 dan berwarna hitam..

    Mencari yang halal adalah fardhu bagi umat Islam..dari meja pengarang..


  • UserOnline

  • Bookmark and Share