Hi there, here I'll share my knowledge, discovery and experience related to my hobby and work. Most articles on this site are related to mylife, short reviews, tips and make money online. More
Calon pertama: CHEF WAN 
“Tolonglah! ia sebuah kelab tarian dan sudah tentu niat saya pergi ke
sana untuk menari. Bagi saya itu tidak salah kerana niat saya untuk
berhibur sambil bersenam. Bukankah menari satu daripada riadah
seperti aerobik?”,
Calon kedua: MISHA OMAR 
“Misha rasa gembira menyambut kemerdekaan negara kali ini kerana kali
ini, dapat berduet ngan abang jamal”.
Calon ketiga: SYANIE
“Syanie…apakah niat anda apabila anda berjaya mengurangkan berat badan”…
Jawapan dari Syanie..”Niat saya yg pertama..ingin memakai bikini di tepi pantai…..” .
Calon keempat: AHLI KUMPULAN X FACTOR (tak tau sapa)
“Saya gembira menyambut hari kemerdekaan kita bila negara kita
berjaya mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos, 1956,” jawab salah
seorang ahli kump X-Factor apabila ditemubual dalam satu rancangan
khas mengenai kemerdekaan tahun lalu dalam siri “Bersama Norman” yang
disiarkan di TV1.
Calon kelima: FIZA
“Fiza pakai seksi sebab bersyukur dengan penberian tuhan”
Calon ke enam: anita sarawak
“Petua kecantikan saya baca selawat setiap kali basuh muka”
Calon ke tujuh: IFA RAZIAH 
“Tak ade lah.. amik air sembayang je” - menjawap soalan kenapa muka nampak berseri-seri
Calon ke lapan: JESLINA 
saya pakai baju seksi2 kerana malaysia ni panas…hehehehe!
Calon ke sembilan: ARTIS2 BARU
“saya masuk dunia seni bukan carik glamor”
Calon ke sepuluh: INA NAIM 
“saya buat buku ni untuk menjelaskan segala fitnah yang melanda saya”
“cinta ptama bang…susah nak lupa”…. dan “Jaga mak, jaga mak, jaga mak…..”
source:forwarded from email
Sekitar April hingga Ogos, kawasan perairan Terengganu pada waktu malam tak ubah seperti bandar terapung yang diterangi cahaya lampu daripada bot-bot nelayan.
Kawasan perairan seperti di Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Kemaman, Merchang, Marang, Kuala Terengganu, Batu Rakit dan Penarik bagaikan sedang berpesta apabila kerlipan cahaya itu menerangi kawasan laut yang sebelum ini gelap-gelita.

Pesta mencandat sotong bermula daripada terbenamnya matahari sehingga fajar menyinsing dan jangan terkejut jika dikatakan seseorang nelayan mampu membawa balik antara sehingga 50 hingga beratus kilogram sotong semalam jika kena lubuknya.

Mencandat sotong adalah satu kaedah tradisi menangkap sotong tanpa menggunakan umpan dan hanya menggunakan sejenis peralatan dinamakan “candat”.
JENIS CANDAT
Alat yang dinamakan candat ini berbentuk umpan tiruan seperti udang diperbuat daripada timah ataupun plastik yang berkilat, bercahaya serta berwarna-warni untuk menarik perhatian sotong yang sifatnya memang tertarik dengan cahaya.

Lazimnya candat ini diikat dengan lapan hingga 10 mata pancing. Antara nama candat yang biasa digunakan ialah candat buntal, twist, udang, umpan dan candat Siam.
Perbezaan candat-candat ini dari segi bentuk dan penggunaannya bergantung kepada kesesuaian dan jenis sotong yang dicandat sama ada sotong torok, cumit-cumit, ketupat dan sotong jarum, mengabang, sotong katak, dan sebagainya.

“Setiap kali mencandat, kita menggunakan lampu kalimantang yang disuluh ke laut untuk menarik perhatian sotong. Candat itu akan dicampak ke dalam air sehingga ke dasar sebelum diangkat balik sepanjang sedepa.”
“Ketika itulah kita perlu menggerak-gerakkan candat tadi dengan menarik-narik talinya supaya ia kelihatan seolah-olah umpan hidup untuk `menipu’ sotong yang kemudian akan menyambar umpan tiruan tersebut,” katanya.


5.30 ptg : berkumpul di jeti LKIM Chendering
6.00ptg: mula bergerak ke kapal Jabatan Perikanan dengan sebuah speed bot.kapal nih dibuat pada tahun 1992 dengan kerjasama kerajaan Jepun..tp kukuh sampai sekarang..kelajuanya hanya 19 knot maksimum..tp cukup tahan enjin n badannya.
6.10ptg:bergerak ke perairan Pulau Kapas,Marang,Terengganu..best sebab naik bot besar..tak pening,hehehe
6.40ptg:dalam on the way ke tempat candat tuh,dalam bot disediakan minum ptg..best kat dalam air-cond kat kafe kecik dalam kapal tuh..nih gambanya
7.00ptg: dah sampaikat tempat candat,semua berebut naktest power candat..tapi aku jugak yang dapat angkat sotong ke kapal pertama..hehehe..walaupun nih kali pertama aku mencandat sotong..
7.50ptg:syok2 mencandat,semayang x lupe..semayang dalam bilik crew kapal..air cond tuh tp pening sbb arus kuat maser tu,kapal bergerak2..nih gambar dalam bilik crew..
8.45mlm:tengah syok mencandat,isyak pun dah masuk..nak gih semayang tp nk gih toilet dulu..terkejut aku toilet dia..yerlah air flush dia gerakx henti2 sebab pakai sedut air laut.pastuh tingkap tuh sebangai pengudaraan..best giler cume sempit sikitlah..hehehhe
10mlm:nilah gambar orang2 duk candat..ngantuk pun wat x layan..yg layan bile dapat tangkap sotong… kitorg pun candat sotong sampai pag..
6.20pg:candat sotong time nilah best sbb sotong banyak giler..x menang tangan kitorg walaupun ngantuk n dah letih satu badan..badan pun dah bau sotong..sotong paling banyak waktu maghrib n subuh…
7.00pg:bertolak balik ke jeti Chendering..perghhh..penat giler rasa badan..badan pun dah x bau manusia.. heheheh
8.00pg:sampaike jeti Chendering..nilah hasil tangkapan sotong kami..