Bukti Pembayaran Tu Ape? Macamana?

Ok..ni saya dah banyak dapat pertanyaan sebegini..Ada lagi best antar mesej atau email ” Saya dah buat bayaran”..Boleh ke macam tu? Ni sebab masih ramai yang tak faham apa itu bukti pembayaran walaupun mungkin ada panduan atau contoh diberikan.. Bila dah dapat email atau mesej macam ni, peninglah nak cari bayaran tu untuk apa dan akaun mana..kalau nama @ email tu sama seperti order tu takpe..ni buat order email lain, bayaran guna email lain..hoho pening..so ni ada sikit panduan menghantar bukti pembayaran

Orang Buat Ebook, Dia Pun Nak Buat EBook!!

Sekarang ni semua nak cari duit lebih..semua nak ada side income. Tapi tu yang ramai terjebak ke MLM, money game, hypersurf dan macam2 program..Kalau yang betul tu takpe..cuma takut tersalah pilih.Ni satu lagi fenomena yang menjelma di pasaran usahawan internet Malaysia iaitu ramai mula sedar bahawa dengan menulis dan jual ebook, boleh memberikan pendapat side income yang menarik. hmm..dah timbul pulak symptom orang jual ebook dia pun nak jual ebook..

Peminat Upin Ipin Terlampau

Hoho..tentu korang rasakan mungkin tak ada peminat upin dan ipin yang terlampau kan? alaaa cerita kartun hasil anak tempatan dengan trademark “Betul..Betul..Betul..” tu..haa..kali ni nak tunjukkan pada dunia yang rupanya ada juga yang terlampau minat sampai sanggup komen spam..hahaha..kelakar betul..

Kenapa Indonesia???

Hmmm..banyak betul ip dari negara seberang yang kena blocked dengan firewall server..Boleh dikatakan setiap hari, 95% dari semua ip yang kena blocked adalah dari indonesia. Kenapa? Kalau dari Malaysia tu mungkin sebab customer try password salah atau terlupa password..tapi rasanya hanya beberapa orang je customer dari indonesia yang langgan hosting dengan saya..tapi kenapa banyak pulak ip kena blocked?

Bosan Dengan Produk IM Sekarang Ni!

“Saya dah bosan dengan produk IM Malaysia sekarang ni!”..hmm..mungkin anda pernah dengar rintihan ni atau dapat email dari mailing list anda kan? Nak panas lagi? “Semuanya produk hampir sama je..tak pun ubah sikit je dari produk orang lain atau IM oversea”..Cukup panas? Memang panas kalau korang sebagai im dapat email macam ni kan?

Saya Telah Kembali…

Haa...akhirnya saya kembali ke dunia blogging dan internet..semuanya setelah selesai majlis perkahwinan saya dan majlis sambut menantu serta honeymoon kami..Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar. Walaupun saya tak online dan…

Jemputlah Ke Majlis Perkahwinan Saya Tau..

Kalau korang perasan, kat tepi sidebar tu ada plugin countdown ke tarikh berbahagia kami nanti..Pejam celik pejam celik..rupanya 1-2 hari je lagi majlisnya..hoho..Jadi dikesempatan ni, saya nak jemput sahabat, pelanggan dan pelawat saya ke majlis berbahagia kami seperti tertera di atas.. Untuk rumah orang tua saya, majlis pada 12 Jun 2010 di Besut, Terengganu..Di rumah mertua, pada 10 Jun 2010 di Nilam Puri, Kota Bharu..

Cerita Pok Mat Lebih Mahal Dari Pelajar IKM?

Pok Mat (bukan nama sebenar) sedang perbetulkan tangga di ruang sempit kat foyer tepi rumah sebab nak betulkan air-cond baru pasang minggu lepas..masalahnya kipas jalan cuma tak sejuk..Pok Mat pun naik dan terus capai penyambung kat tepi compressor air-cond box tu(alaa yang kotak segiempat kat luar tu yang tik tik keluar air air cond tu)..lalu dengan selamba cakap “oooo…ni nat penyambung dok kemas ni, tengok berminyok sekali”..